Tepat jam 9.00 pagi Haq sudah terpacak di depan rumah Puspa. Hari ini sesi kaunseling dia yang kedua. Ala bukan nak kena kaunseling sangat pun. Saja nak tenung muka cantik cik kaunselor tu nanti. Hehe.
Seperti yang dia katakan, dia akan datang jemput cik kaunselor dia hari ini. Dia tak akan mungkir janji. Awal-awal dia sudah menghantar pesanan whatapps kepada gadis itu tadi supaya tunggu dia datang jemput. Jangan nak memandai-mandai drive sendiri.
Hampir 5 minit menunggu, pandangan nya terus terhala ke arah wajah cantik yang baru melangkah keluar dari rumah. Dia ukir senyum sekilas. Kadang-kadang terasa macam mimpi pula orang yang di cari-cari selama 5 tahun ini betul-betul sudah muncul depan mata.
Haq melangkah keluar. Menghampiri Puspa yang sedang menutup pintu pagar.
"Hai...."
Puspa yang sedang menutup pagar tersentak. Lantas dia menoleh ke belakang. Tau-tau dah terpacak kat belakang dia klien dia ni. Bukan tadi dia dalam kereta ke?
Ikutkan hati memang tak nak la nak naik kereta lelaki ni. Tengok aje la rupa gaya kereta dia tu. Tengok aje pun dah rasa gerun, apatah lagi nak naik ni nanti.
"Hai.. Encik Haq.."
"Shall we go now?"
Soal Haq terus menghampiri pintu bahagian tempat duduk penumpang dan terus membuka untuk mempersilakan cik kaunselor ni masuk.
"Ya.. Ya.. Sure.."
Gugup juga Puspa bila dah masuk ke dalam kereta lelaki ini. Mak ai! Ni kereta ke robot? Canggih betul rupa dalam kereta ni. Ni bukan kereta untuk healing, tapi kereta untuk pergi feeling ke kubur agaknya. Seram!
Haq labuhkan duduk. Pintu di sebelahnya di tutup. Seketika dia menoleh ke arah cik kaunselor yang nampak terkebil-kebil melihat sekeliling dalam keretanya.
Dia mendekat dan tangan terus di silang di hadapan Puspa.
"Eh! Awak nak buat apa ni encik Haq?"
Sedikit terjerit Puspa bila tiba-tiba sahaja tangan lelaki itu melintang di depan nya.
Haq tidak membalas sebaliknya tangan kanan nya terus menarik tali pinggang keledar membelit tubuh Puspa dan klak!
"Fasten your sealbelt cik Puspa. Aku takut nanti kalau aku hilang kawalan aku tak sedar tertekan pedal minyak melebihi had laju nanti."
"Hah! Apa maksud awak encik Haq?"
"Nothing."
Haq terus memandu keluar dari situ. Sepanjang perjalanan, kedua-duanya hanya diam membisu. Haq cuba menahan debar di hati. Memang betul-betul realiti sekarang ni gadis idaman dia duduk kat sebelah dia dalam satu kereta ni. Boleh tak kalau dia nak culik je cik kaunselor ni simpan ketat-ketat kat rumah dia? Tak perlu hantar balik? Apa yang perlu dia buat ni?
"Hari ni aku tak nak buat sesi kat rumah."
Haq bersuara tiba-tiba menyebabkan Puspa berpaling ke arahnya.
"Jadi kita nak buat sesi kat mana encik Haq?"
"Aku dah tempah vip room kat satu coffee house. Kita buat sesi kat situ je nanti. Boleh?"
Puspa sekadar mengangguk. Malas pula hendak membantah. Yang penting dia nak cepat-cepat selesaikan sesi hari ini. Lepas tu nanti dia perlu masuk kerja kat restoran abang Zain lagi.
Haq memakir kereta berdekatan dengan coffee house yang di maksudkan nya tadi. Dia melangkah keluar sebelum membuka pintu di sebelah Puspa.
Mereka berjalan beriringan masuk ke coffee house. Seorang pelayan coffee house terus membawa mereka ke vip room yang sudah di tempah Haq semalam.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
Любовные романыAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...