"Encik Haq buat apa kat sini malam-malam ni?"
Soal Puspa hairan. Tak tengok jam ke lelaki ni nak terjah kat depan rumah orang masa-masa macam ni.
Haq garu kepala perlahan. Dia tegakkan tubuh dan berjalan menghampiri pintu pagar yang masih tertutup rapat yang menjadi penghalang antara dia dan cik kaunselor nya itu. Sekilas dia melirik ke arah penampilan Puspa yang mengenakan pyjama bercorak karton itu. Hmm comel betul. Desis hati kecil nya.
"Tolong buka pagar ni sekejap boleh?"
Tak beragak la si Haq ni. Carlo pula sudah berdecit geram di situ. Apahal la Haq ni. Tak habis-habis dengan gila dia tu.
"No!"
Puspa berkeras.
"Please.."
"I said no Mr Haq!"
"Saya panjat eh!"
Haq sudah berura-ura mahu memanjat pagar sebelum Puspa terjerit kecil di situ melihat tindakan nya.
"Argh!! Encik Haq jangan nak buat kerja gila kat sini! Kalau tak, saya call polis nanti!"
"Woi Haq! Kau apahal ni hah! Kau jangan nak cari pasal kat depan rumah anak dara orang malam-malam ni boleh tak!?
Carlo yang menahan geram sedari tadi bersuara. Tak boleh sungguh la nak tahan sabar sekarang ni. Dia pantas menghampiri Haq yang kaki sebelahnya masih lagi bergayut di atas besi pagar. Cepat-cepat dia tarik lelaki itu supaya turun dari situ.
"Kau ni apahal la gila!"
Suara di celah gigi. Carlo menarik kolar jaket Haq.
"Kau jangan sibuk lah!"
Haq menepis kasar tangan Carlo yang mencengkam kolar baju nya tadi.
"Cik Puspa... aku..."
"Encik Haq ada masalah apa-apa ke ni?"
Soal Puspa dengan suara yang mula mengendur. Ini klien dia yang mengalami masalah perasaan. Jadi dia kena bijak untuk mengendalikan klien seperti ini. Kena pandai bermain dengan emosi supaya klien seperti ini tidak membuat tindakan di luar kawalan nanti.
"Hati aku tak tenang..."
Puspa mengeluh perlahan. Sekarang bukan sesi kaunseling. Tidak sepatutnya masa-masa begini nak berbincang tentang masalah klien. Lagi pun sekarang dah jauh malam.
"Encik Haq.. saya rasa baik encik Haq balik dulu, berehat.. tenangkan fikiran. Inshallah nanti hati encik Haq boleh beransur-ansur tenang."
Puspa cuba memujuk. Menggunakan kaedah psikologi yang termampu untuk di gunakan saat ini. Punya la cuak dia tadi bila melihat lelaki itu hampir saja hendak memanjat pagar itu tadi. Sungguh dia cuak dengan klien dia yang seorang ini. Memang tahap kritikal masalah gangguan jiwa lelaki ini.
"Aku tak akan tenang.. walau guna apa cara sekalipun.. aku nak ajak kau keluar esok, boleh?"
Terkejut Puspa dengan ajakan yang tiba-tiba sahaja itu. Keluar? Dengan lelaki ini? Kenal apa pun tak. Memang tak la dia nak terima. Ini cuma klien dia saja. Kenapa sampai nak perlu keluar ni.
"Encik Haq, esok hari minggu. Hari rehat saya. Saya nak rehat kat rumah. Isnin nanti kita jumpa lagi, boleh?"
"No! I've told you cik Puspa, aku tak terima sebarang penolakan kalau aku mahukan nya..."
Haq tidak mahu mengalah. Yang dia nak, gadis itu mesti bersetuju dengan kehendak nya.
"Tolong la encik Haq.. saya tak suka hari rehat saya di ganggu..."
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...