"Stay with me terus hari ni, boleh my wife?"
Soal Haq sambil memandu Toyota Harrier nya dengan tenang. Carlo pula terpaksa balik menaiki kereta lain selepas dia mengarahkan salah seorang anak buah nya tadi datang mengambil Carlo. Kelat jugak la muka Carlo tu tadi, tapi nak buat macam mana, dah dia nak duduk berdua dengan cik isteri ni nak bawak balik ke rumah dia terus hari ni.
"Hah? Errr saya tak ada baju nak pakai nanti."
"Kita singgah rumah kau dulu, kemas pakaian kau."
Arah Haq lagi.
"Kena duduk rumah awak hari ni jugak ke?"
Haq menoleh. Dia ukir senyum.
"Habis tu takkan kita nak duduk asing. Rumah aku tu cukup besar tapi sunyi sebab belum ada penyerinya lagi. Tapi sekarang rumah tu sedang menunggu kedatangan permaisuri hati aku ni. Aku tak nak berjauhan dengan kau."
"Err...."
"No objection my love. Dengar cakap aku okay."
Puspa mengeluh kecil. Dia tak sedia lagi sebenarnya nak duduk sebumbung dengan Haq apatah lagi nak duduk sebilik. Rasa segan dan tidak biasa tu masih ada. Mereka bukannya kenal lama, masih terlalu baru lagi perkenalan mereka.
"Kau tak biasa?"
Soal Haq seakan tahu apa yang sedang bermain di fikiran isterinya.
Puspa angguk perlahan.
"Jadi kita kena belajar untuk membiasakan supaya kita tidak terus tenggelam dalam perasaan tidak biasa itu."
Haq terus memandu masuk ke perkarangan rumah sewa Puspa tengahari itu untuk memberi ruang kepada isterinya mengemas pakaian dan tinggal bersama dengan nya. Dia tidak akan membiarkan mereka tinggal berasingan. Dia dan isterinya perlu lebih banyak meluangkan masa bersama untuk mengenali hati mereka dengan lebih mendalam.
Nampaknya Najwa pun tak balik lagi bila Puspa melihat pintu rumahnya masih lagi berkunci.
Puspa melangkah masuk. Kemudian dia menoleh bila Haq turut mengikuti dia dari belakang.
"Eh! Awak nak pergi mana? Awak tunggu kat luar aje. Mana boleh masuk rumah perempuan."
Haq kerut dahi sebelum dia tergelak kecil. Dia geleng kepala perlahan.
"Are you serious sayang?"
"Ya...i'm serious."
Balas Puspa yakin.
"Have you forgotten that we just got married this morning?"
Soal Haq tersenyum. Kenapa pula isteri dia boleh hilang ingatan ni.
Puspa terus ternganga. Macam mana la dia boleh lupa yang dia sudah berkahwin dengan Haq ni. Aduh!
"Err...so...sorry... saya lupa... tak biasa lagi..."
"It's okay. So mana bilik kau?"
Soal Haq sambil melihat sekeliling dalam rumah yang sederhana luas itu.
"Awak duduk tunggu kat sini je la dulu. Saya pergi kemas pakaian kejap ye."
Haq sekadar mengangguk perlahan sebelum dia labuhkan duduk di sofa berdekatan ruang tamu. Matanya sekadar mengekori langkah isterinya yang sudah berlalu masuk ke dalam bilik nya.
Hampir 15 minit menunggu, Haq terus bangun. Mahu melihat samada isterinya sudah siap mengemas pakaian atau pun belum. Dia melangkah perlahan menghala ke arah bilik yang di masuki oleh isterinya tadi. Daun pintu yang sedikit terbuka, di tolak perlahan. Nampak isterinya sedang terkial-kial hendak mencapai sesuatu di bahagian atas dalam almari. Haq lirik senyum sebelum dia melangkah perlahan menghampiri isterinya yang masih gigih melompat-lompat hendak mengambil apa entah dalam almari tu.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...