2 set snack plate KFC dan 2 cup coke large size sudah habis licin dalam masa 10 minit. Bukan-bukan je Carlo melantak hari ni. Marah punya pasal. Marah dengan Haq, marah dengan minah pendek tu lagi. Entah muncul dari mana lepas tu nak cari gaduh dengan dia. Tak ada lagi yang berani nak cari gaduh dengan dia.
Sudah la kena duduk makan sorang-sorang. Tak guna betul la. Ini la parah nya kalau ada orang dah angau, memang tak ingat kawan lagi dah. Dari agenda nak keluar makan, terus bertukar jadi agenda pergi dating. Samdol betul.
Sedap je ye si Haq tu pergi dating. Huh! Yang dia ni jadi penunggu je la kat sini.
Selesai makan Carlo terus berlalu keluar dari situ. Kenyang betul perut dia. Tapi dia bangga sebab badan dia tetap fit dan tough. Hehe. Lama dah tak makan KFC. Hari-hari melantak nasi ayam je. Jemu jugak. Tapi asalkan menu ayam, memang dia suka. Hehe.
Dia sekadar berjalan santai sambil tangan ralit menggodek telefon bimbit. Sebelah tangan masuk ke dalam poket seluar jean nya. Sambil-sambil masih lagi menunggu Haq yang dating kat mana entah sekarang ni.
Namun dia tiba-tiba terkejut dan terkebil-kebil seketika. Sekelip mata saja telefon nya sudah terpelanting ke atas lantai. Membulat matanya melihat. Akibat tersilap tekan search dekat google tadi, terpapar pulak gambar minah saleh berbikini kat tepi pantai di skrin telefon bimbitnya nya. Jelas dan terang pulak tu.
"Eeiii tak senonoh punya manusia! Tengok gambar lucah!! Ewwwww!!! Otak karat!"
Sergah satu suara di hadapan nya. Carlo terus angkat muka. Tak semena-mena darjah kemarahan nya terus meningkat naik 100% bila melihat minah pendek yang sedap makan aiskrim tu melihat ke arah telefon bimbit nya yang sudah elok terdampar di atas lantai.
"Kau jatuhkan telefon aku hah minah pendek!"
Najwa yang tidak perasan dengan orang yang berlanggar dengan nya tadi terus angkat muka bila mendengar perkataan minah pendek itu. Terus mencerlung mata nya.
"Manusia tak ada adab!!!"
"Minah pendek!!"
Turun naik nafas Najwa sekarang. Aiskrim di tangan sudah tidak mampu lagi hendak menyejukkan hati nya sekarang ini. Hidung dah kembang kempis serupa seladang hendak menanduk mangsa saja sekarang ini.
"Ganti balik phone aku!"
Carlo tayang riak tegang. Penumbuk di kepal. Bersedia untuk menyerang kalau dia kena serang hendap lagi lepas ni.
"Phone aku pulak bila kau nak ganti balik?"
Najwa tidak mahu mengalah.
"Itu salah kau sendiri lah minah pendek!"
"Kau cakap sekali lagi, memang botak kau aku kerjakan!"
Carlo mencebik. Dia tergelak kuat.
"Kau ingat aku takut? Tak padan dengan pendek ketot. Sekali aku tekan kepala kau tu, memang tenggelam terus kau kat bawah tanah tu!"
"Argghhhh!!! Kurang ajar punya manusia tak ada adab!"
Sekelip mata muka Carlo sudah habis berlumuran dengan aiskrim yang pelbagai warna itu. Ternganga dan terbuntang mata nya.
Najwa sudah ketawa berdekah-dekah di situ. Geli hati nya melihat muka lelaki yang sudah habis di lumur nya dengan aiskrim. Ambik kau! Beberapa orang yang lalu lalang turut tersenyum-senyum geli hati melihat muka Carlo.
Carlo sudah hilang sabar. Nampak bahu nya sudah turun naik seiring dengan dada nya.
"Kau memang nak kena hentak sampai betul-betul pendek dengan aku ni. Kau cari pasal dengan aku!!"
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...