HAQ 17

5.7K 232 19
                                    

Carlo sedari tadi memerhati Haq yang nampak gelisah. Berapa batang rokok sudah habis di hisap Haq sejak tadi. Sampai sekarang Haq belum bersuara lagi.

"Kau apahal ni Haq? Macam ada masalah besar je?"

Carlo sandarkan tubuh. Sesekali matanya meliar melihat ke arah pengunjung-pengunjung kelab malam yang sedang rancak menari di hadapan sana. Mata dia ni dah bertahun-tahun puas kena cuci tengok perempuan-perempuan seksi yang keluar masuk saban malam ke sini.

Bukan setakat tengok aje, puas raba dan peluk pun ye jugak. Hehe. Lelaki mana yang nak lepas peluang keemasan macam tu. Kepalanya turut ikut terangguk-angguk mengikut rentak muzik yang membingitkan telinga.

Haq turut sandar kan tubuh. Rambut yang sedikit kusut di raup ke belakang.

"Aku ajak Puspa kawin siang tadi."

"Apaa!!?"

Terkejut beruk Carlo mendengar kata-kata Haq yang selamba gila tu.

"Biar betul kau ni Haq? Kau ajak kaunselor tu kawin? Kau nak kawin? Kau? Eh... Aku tak percaya.. No.. No... Gangstar nak kawin?"

Berdekah-dekah Carlo ketawa geli hati. Rasa nak terguling-guling pun ada jugak ni. Mengarut. Lelaki macam mereka ni mana layak nak kawin, nak jadi suami orang. Hidup pun terumbang ambing bergelumang dengan maksiat dan jenayah. Nak beristeri? Perempuan pun takut nak dekat.

"Kenapa? Aku tak boleh kawin? Yang kau ketawa macam nak mati ni dah kenapa setan?"

Marah Haq geram. Tak sesuai nak ketawa berdekah-dekah masa-masa macam ni.

Terus terhenti ketawa Carlo. Ingatkan nak ketawa sampai guling-guling tadi, tapi tak jadi lah kalau macam ni. Serius je muka Haq ni.

"Kau serius ke ni Haq? Aku tak dapat nak hadam bila kau tiba-tiba cakap nak kawin ni. Kau ingat senang ke nak jadi suami, nak ada isteri. Belum lagi kalau ada anak nanti. Ewww seram aku nak fikir. Berat tanggungjawab tu Haq."

"Kalau aku tak serius, aku takkan buat la kalau benda tu benda bodoh. Aku sayang kan dia."

Carlo geleng kepala perlahan. Dia tertawa kecil.

"Parah dah kau ni Haq. Kau dah sedia ke nak libatkan hidup dia dengan dunia kita yang penuh dosa ni Haq?"

Haq geleng kepala. Sesekali dia memerhati pengunjung kelab yang rancak menari di sana.

"Aku takkan libatkan dia dalam dunia hitam aku ni. Aku akan jaga dan jauhkan dia dari dunia ni."

"Hmmm... Dah itu kata kau, aku nak kata apa lagi. Jadi yang muka kau kelat aje ni, apa lagi masalah nya?"

"Amar."

Carlo kerut dahi. Dah kenapa nama Amar tiba-tiba muncul dalam topik ni pulak.

"Amar? Anjing kurap Andy tu?"

Soal Carlo inginkan kepastian. Mana ada orang lain lagi yang bernama Amar kalau bukan yang selalu cari pasal dengan mereka.

Haq angguk.

"Kenapa dengan dia?"

"Puspa bercinta dengan dia."

"Hah!!???"

Lagi satu berita yang mengejutkan Carlo. Kalau lama-lama dia asyik terkejut macam ni, memang mati terkejut dia lepas ni agak nya.

"Biar betul Haq? Macam mana kau tahu?"

"Puspa sendiri mengakui. Aku jumpa si keparat tu datang jumpa Puspa siang tadi."

Carlo garu kepala. Berat kes ni. Akan jadi kes perebutan ke apa ni nanti.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now