"Macam mana kau buat kerja ni Amar? Nasib baik kau sempat lari. Kalau tak, sia-sia plan kita nanti. Bodoh!" Andy bertempik nyaring melawan bunyi muzik yang membingitkan telinga di situ. Wajah bersahaja Amar di pandang penuh geram.
"Mana la aku nak tau tiba-tiba dia nak ada di situ" Tukas Amar lagi tanpa rasa bersalah.
"Kau macam la tak kenal dengan Haq tu Amar. Berapa kali dah kita cuba nak hapuskan dia, tapi masih juga tak berjaya!" Andy mendengus kasar. Tangan naik bercekak pinggang.
"Habis tu, nak buat apa lagi lepas ni? Kau ada plan baik lagi ke?" Soal Amar sambil menyedut rokok nya dalam. Asap di hembus perlahan ke udara.
Andy jeda. Cuba memikirkan sesuatu. Taktik yang pernah di gunakan sebelum ini tak akan berhasil lagi kerana Haq bukan semudah itu dapat di pancing lagi sekarang ini. Cuma..... dia kemudian ukir senyum penuh muslihat.
"Apa kata kita usik orang yang palinggggg dia sayang......" Andy jungkit hujung bibir. Tayang senyum sinis dengan riak wajah yang jahat. Dia terus ketawa kecil di situ. Isteri Haq tu kepunyaan dia yang sudah dia beli dari Amar. Cukup cantik dan menggiurkan. Cuma Haq tu yang melebih-lebih merampas perempuan tu dari dia sebelum ni.
"Maksud kau?" Amar kerut dahi.
"Kau jangan lupa apa yang kau dah jual dengan aku Amar! Aku tetap nak kan hak aku tu! Berpuluh ribu aku beli. Aku tak nak rugi" Balas Andy dengan wajah yang bengang.
Puntung rukuk yang tinggal sisa di tenyeh kasar ke dalam bekas abu rokok. Pandangan kemudian di hala tepat ke wajah bengis Andy.
"Kau nak aku buat kerja ni bila?" Soal Amar tanpa riak.
"Secepat mungkin. Aku dah tak boleh nak bersabar lagi" Balas Andy kasar.
Amar angguk. Dia sandarkan tubuh ke belakang sofa.
"Dia dah rampas apa yang dah jadi hak aku sebelum aku jual dengan kau. Aku takkan biarkan dia terlepas macam tu aje. Banyak dah dia kacau plan aku. Kali ini, aku akan pastikan dia balik tidak bernyawa" Ujar Amar sinis. Mata nya tidak kalih dari melihat ke arah kelompok perempuan yang sedang ligat menari di depan sana. Senyuman sinis terukir pada ulas bibir hitam nya.
"Aku akan buat kerja malam ni juga"
Dan Andy terus menoleh memandang tajam ke arah Amar sebelum dia juga turut ukir senyum sinis di situ.
****
Haq duduk termenung di sofa dalam kelab malam miliknya. Sudah agak lama dia tidak ke sini. Cuma kali ini dia sekadar datang untuk duduk dan bertemu dengan Carlo. Sampai sekarang dia masih lagi menunggu kemunculan Carlo.
Tadi jenuh juga dia mendengar bebelan isterinya bila dia menyatakan dia hendak kelab malam ini. Dia bukan tak mahu nak tinggalkan, tapi dia tak dapat nak drastik untuk terus tinggalkan. Namun satu masa nanti perlahan-lahan dia akan tinggalkan juga semua dunia gelap ini demi untuk kebahagiaan rumahtangga nya. Merokok dan menyentuh arak pun sudah lama dia tinggalkan semenjak dia berjumpa dengan isterinya dulu.
Satu jam juga dia menunggu, akhirnya terpacul juga wajah Carlo di situ. Carlo labuhkan duduk sebelum dia tarikh nafas dalam-dalam.
"Hmmm... apa maklumat yang kau dapat?" Soal Haq tidak sabar ingin tahu.
"Kau nak tahu pasal yang mana dulu?" Soalan berbalas soalan.
"Nirmala Property Group" Haq sandarkan tubuh. Bersedia menunggu bicara Carlo yang seterusnya.
"Mesti kau akan terkejut dengar ni Haq" Carlo jeda.
"Syarikat Hartanah ni sudah lama daddy kau tubuhkan. 5 tahun selepas arwah ibu kau meninggal dulu. Syarikat ni memang saja di daftarkan atas nama arwah ibu kau sebagai bahagian wasiat untuk arwah ibu kau. Cuma kewujudan syarikat ni tiada sesiapa pun yang tahu termasuk lah Datin Mariah dan Andy sehinggalah ianya dibacakan dalam wasiat minggu lepas" Ujar Carlo dengan jelas.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomansaAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...