HAQ 39

5.9K 225 8
                                    

Setelah melalui hampir 3 jam perjalanan, mereka berempat akhirnya tiba di lokasi perkhemahan Jeram Toi. Haq dan Carlo terus mengeluarkan barang-barang dan mereka terus berjalan masuk menuju ke kawasan perkhemahan yang sudah di sediakan di situ. Puspa dan Najwa membantu membawa bakul-bakul berisi makanan.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, Haq dan Carlo terus mendirikan 3 pasang khemah di situ. Najwa menghampiri tebing sungai yang kelihatan mengalir tenang ketika ini. Lama dah dia tak pergi ke tempat rekreasi macam ni. Sekali-sekala pergi ke tempat macam ni memang seronok juga.

Haq sudah siap mendirikan khemah untuk dia dan isterinya. Kemudian dia membantu Carlo memasang khemah untuk Najwa pula. 

"Wei Haq, memang tak boleh ke aku tidur satu khemah dengan Najwa?" Soal Carlo tersengih.

"Aku luku jugak kau ni kang. Cukup lah tidur dalam khemah asing-asing ni. Kira masih dekat juga la ni bersebelahan. Kau kentut pun Najwa masih boleh dengar" Balas Haq sambil tangannya terus memacak kaki khemah ke dalam tanah.

"Hisy! Abis tu kenapa jarak khemah kau tu jauh sangat?" Soal Carlo tak puas hati.

"Eh, tak kuasa aku nak dekat-dekat dengan kau. Nanti kau skodeng pulak kalau aku nak sweet-sweet dengan isteri aku"

Carlo mencebik. "Eleh! Tak hingin la aku!"

Haq tertawa kecil. Akhirnya siap juga khemah Najwa terpasang di situ. Hari ini kelihatan ramai juga pengunjung yang datang berkhemah ke sini membawa ahli keluarga masing-masing. Tak la rasa sunyi sangat. 

"Haq, apa dah jadi kat petronas tadi?" Sedari tadi sudah Carlo teringin hendak tahu. Macam ada sesuatu saja yang terjadi tadi.

Haq mengeluh kasar sebelum dia labuhkan duduk di pintu khemah bersebelahan dengan Carlo.

"Aku tak dapat nak pastikan lagi siapa manusia bedebah tu tadi yang berani kacau isteri aku sebab dia tutup muka"

Carlo kerut dahi. Wajah Haq di pandang. "Dia buat apa tadi?"

"Aku sempat nampak dia cuba tarik tangan Puspa dan aku tak tahu apa tujuan dia"

Carlo angguk. Dia sendiri pun tidak dapat berfikir apa sebenarnya motif lelaki misteri itu berbuat begitu.

"Kau rasa kerja siapa ni? Dan apa motif dia?" Soal Carlo lagi. Jari telunjuk nya mengusap-usap dagu nya perlahan.

Haq ketap rahang sambil matanya fokus ke arah anak sungai. "Amar"

Jawapan ringkas Haq itu membuatkan Carlo sedikit hairan.

"Amar? Sebab?"

"Kau dah lupa ke apa yang dia pernah cuba nak buat dengan Puspa dulu? Aku tak rasa jantan keparat macam tu nak diam macam tu aje. Kita kena bersedia bila-bila masa saja Carlo. Aku dapat rasa isteri aku berada dalam keadaan bahaya sekarang ni. Aku tak boleh leka. Sekali dia berani sentuh kulit isteri aku, memang aku akan bunuh dia!" Itulah yang hatinya rasakan saat ini. 

Kalau betul Amar yang punya angkara tadi, dia memang akan kerjakan jantan tu cukup-cukup nanti sampai mampus. Dia dah lama rehatkan perangai syaitan dalam diri dia ni sebab dia nak hidup dalam keadaan tenang dan bahagia bersama dengan isterinya.

"Balik nanti cari maklumat pasal gerak geri Amar tu" Arah Haq lagi sebelum dia bingkas berdiri menghampiri isterinya yang sedang mengemas dalam khemah mereka.

Carlo hanya mengangguk. Dah memang itulah tugas dia sebagai orang yang paling rapat dengan Haq. Bermakna ada dua perkara yang dia perlu siasat selepas ini, tentang Nirmala Property Group dan Amar keparat tu. Huh! Tak habis-habis nak cari pasal la anjing kurap tu.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now