HAQ 35

6.6K 254 5
                                    

- Haq, aku dapat mesej dari orang kanan daddy kau ni, daddy kau nak jumpa esok- Carlo

- Untuk apa orang tua tu nak jumpa aku? - Haq

- Itu aku tak tahu lah. Dia kata berkumpul dekat rumah agam dia esok jam 10 pagi - Carlo

- Hmmm.. aku tak berminat! - Haq

Telefon bimbit itu terus di lempar kasar ke atas tilam selepas dia membaca pesanan whatapps dari Carlo. Haq mendengus kasar. Rambut di raup ke belakang. Selepas 20 tahun, kenapa tiba-tiba Datuk Mansur hendak berjumpa dengan nya? Tidak pernah sekali pun lelaki itu ambil kisah pasal dia selama 20 tahun ini. Susah senang dia harungi sendirian selepas ibu nya meninggal. Dan jangan harap dia nak jejak kan ke rumah lelaki itu.

Apa yang terjadi selama ini, dia tanggung semuanya sendiri. Tidak pernah sekali pun dia menyusahkan Datuk Mansur. Kebencian nya dengan lelaki itu tidak pernah pudar walau sedikit pun. Kalau bukan kerana lelaki durjana seperti itu, pasti ibu nya masih hidup lagi hingga sekarang. Badan kemudian di tundukkan sedikit. Kedua-dua siku kemudian di tongkat ke atas lutut. Entah kenapa terasa serabut pula fikiran nya sekarang ini selepas membaca pesanan dari Carlo tadi.

Bunyi kuakan pintu bilik mandi sedikit menganggu lamunan nya. Lantas kepala yang tadi nya tertunduk, di angkat perlahan. Dan matanya terus terpaku bila melihat isterinya melangkah keluar dari bilik mandi, dan tiada lagi tudung di kepala nya. Rambut lurus separas bahu yang masih basah itu di lepas bebas. Tubuh nya sudah siap tersarung dengan pijama satin berlengan pendek yang menampakkan tangan nya yang putih gebu dan di padankan dengan seluar panjang. Kali pertama melihat isterinya dalam keadaan tidak bertudung begini, hati nya mula di palu debaran hebat.

Puspa melangkah perlahan menghampiri meja solek. Dia perasan dengan renungan mata suaminya yang tidak berkelip sejak dia keluar dari bilik mandi itu tadi. Debar di hati dia cuba kawal sebaik mungkin. Rambut yang masih basah di urai perlahan. Dia jeling dengan ekor mata biasan wajah suaminya yang nampak di sebalik cermin. Mata tajam lelaki itu masih lagi galak merenung ke arah nya.

Dia berdehem kecil. Sikat di capai dan rambut di sisir perlahan. Dengan ekor mata, dia nampak suaminya sudah bangkit dari katil dan melangkah perlahan ke arah nya. Hati yang semakin berdebar membuatkan nya mula merasa gugup.

"You have a very beautiful hair, sayang"

Tahu-tahu encik suami sudah berdiri rapat di belakang nya. Dan dia mula merasakan tangan kekar suaminya mula melingkar erat di pinggang nya. Rasa bagaikan hendak melompat keluar jantung nya sekarang ini.

Tangan kiri Haq mula bergerak nakal. Rambut isterinya yang lepas bebas di selak ke tepi dan kini terhidang di hadapan matanya belakang leher yang putih gebu itu. Dia telan liur. Mula lah hati tak nak bagi kerjasama sekarang ini bila melihat keindahan begini yang terhidang depan mata.

"Err awak tak nak mandi dulu?"

Soal Puspa gugup. Terasa jari suaminya bergerak perlahan bermain di sekitar lehernya.

"Hurmmm.. nanti boleh mandi"

Balas Haq perlahan. Nada suaranya sudah mula berubah rentak. Dia sudah terbuai dengan haruman yang terbit dari rambut lurus isterinya. Leher putih gebu itu di pandang berkali-kali sebelum dia melihat biasan wajah mereka yang terpantul di dalam cermin. Nampak isterinya sedang menunduk dan tidak mahu memandang ke arah nya. Dia ukir senyum.

"I love you..."

Semakin tidak keruan Puspa mendengar kata-kata suaminya. Dan dia mula menggeliat kegelian bila bibir suami nya mula menari nakal di sekitar lehernya.

"A...awakk..... sa...."

Serentak itu, drastik tubuhnya berpusing ke belakang. Puspa tergamam. Pandangan redup suami nya di balas. Dia terkebil-kebil.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now