HAQ 45

5.9K 261 19
                                    

"Abanggggg!!!!!"

Puspa terus meluru ke arah suaminya. Begitu juga dengan Carlo. Airmata yang semakin lebat mengalir di tubir mata sudah mula mengaburi pandangan. Namun tidak di hiraukan. Tubuh suaminya terus di peluk seeratnya. Puspa sudah hampir hilang suara akibat menangis.

"Abang..... abanggggg.." Puspa menangis teresak-esak di situ. 

Wajah suaminya di pandang berkali-kali. Namun tangisan nya terhenti seketika bila dia melihat pandangan mata redup suami nya yang masih bersinar memandang ke arah nya.

"Abang? Abang tak apa-apa ke ni?" Drastik dia memeriksa tubuh suaminya. Namun tidak pula dia menjumpai kesan tembakan.

"Abang okay sayang..." Balas Haq perlahan. 

"Ya Allah syukur abang tak apa-apa" Tubuh suaminya di peluk semula. Lega rasa hati nya. Seakan terasa berhenti berputar dunia tadi bila dia melihat Datin Mariah melepaskan tembakan ke arah suaminya.

Carlo menghela nafas lega. Dia benar-benar sudah merasa seperti putus nyawa tadi memikirkan yang Haq kena tembak.

"Rasa nak terputus nyawa aku tadi Haq. Tapi siapa yang menembak tadi?" Soal Carlo hairan.

Haq sekadar memandang kosong ke arah Carlo sebelum pandangan nya terhala ke arah Datin Mariah yang sudah terbatuk-batuk hingga mengeluarkan darah dari mulut nya. Dia sendiri tergamam dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Melihat Datin Mariah yang sudah rebah, Haq sekali lagi tergamam bila melihat susuk tubuh seseorang di belakang sana yang sedang memegang pistol.

"Datuk?"

Datuk Mansur berjalan perlahan dan dia berhenti seketika di sisi Datin Mariah yang sudah tidak bernyawa dengan mata terbeliak luas. Dia menunduk lemah. Hela nafas dalam. Dia benar-benar tidak menyangka akan perbuatan isterinya selama ini. Sungguh licik perempuan ini memporak- perandakan hidup nya selama ini. Sekarang dia benar-benar lega kerana dia sampai tepat pada waktu nya untuk menyelamatkan nyawa anak nya dari menjadi mangsa tembakan Mariah tadi. 

Kepala kemudian di angkat. Dia mengatur langkah menghampiri Haq yang masih tergamam melihat ke arah nya.

"Maafkan daddy Haq... atas kesilapan daddy selama ini. Dan sekarang daddy sedar yang daddy sudah terlalu banyak mengabaikan kamu dan ibu kamu..."

Pandangan Datuk Mansur kemudian terhala ke arah Carlo yang sedang menolak kerusi roda ke arah mereka. Matanya mula berkaca-kaca bila melihat wajah lesu dan tubuh isterinya yang nampak cengkung. 

Haq terus menghampiri ibunya dan duduk melutut di hadapan ibunya.

"Ibu......" Menggeletar tubuh nya tatkala dia menyeru sebaris perkataan itu yang sudah 20 tahun tidak pernah lagi di lafazkannya secara zahir...

Nirmala menggerakkan bebola matanya. Seolah-olah suara itu menyerap masuk ke ruang minda nya. 

"Ibu masih ingat Haq lagi?" Tangan ibu nya di capai lantas di kucup semahu-mahunya.

"Ibu.... 20 tahun Haq hanya hidup dengan kenangan ibu, Haq kehilangan ibu di saat Haq berusia 11 tahun. Usia yang sepatutnya untuk seorang anak membesar bersama kasih sayang seorang ibu. Kenapa manusia sangat kejam ibu? Tergamak melakukan perbuatan seperti ini sehingga memisahkan Haq dengan ibu.. Ibu.... "

Haq sudah menangis teresak-esak di situ. Dia gagal untuk mengawal emosinya ketika ini. Puspa terus duduk memeluk erat tubuh suaminya. Mahu menyalurkan sedikit kekuatan buat lelaki itu sekarang.

"Ibu... Ibu tak ingat dengan anak ibu ni lagi ke?" Soal Haq lagi. Kaki ibu nya di peluk erat.

"Haq rindu sangat dengan ibu. Rindu sangat-sangat. Tolong kembali hidup bersama dengan Haq ibu.... Haq merayu sangat-sangat...." 

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now