Haq jungkit hujung bibir. Dia tertawa kecil. Tak sangka pula boleh terjumpa cik Puspa dia kat sini. Hurmmm... Semalam bukan main kata nak rehat tak nak di ganggu bila dia ajak keluar hari ini. Ni apa cerita? Elok aje merayau dalam shopping mall ni.
"Cik Puspa.. What a suprise!"
Haq kemudian melangkah menghampiri Puspa yang masih terkebil-kebil di situ. Najwa pula sudah hairan melihat.
"Err kau kenal dia ke Puspa?"
Soal Najwa pelik. Sejak bila Puspa ni pandai nak kenal-kenal dengan spesis penyangak ni?
"Klien aku... "
Perlahan Puspa menjawab pertanyaan Najwa.
"Ha? Klien kau?"
Agak terkejut juga Najwa mendengar. Jadi ni la lelaki yang ada masalah sakit jiwa tu ye.
"Dan yang datang malam tadi.. "
"Apa!??"
Makin terkejut Najwa mendengar. Terjerit kecil dia di situ.
"Heii minah pendek kau jangan nak jerit-jerit boleh tak? Sakit la telinga aku dengar!"
Carlo sedari tadi menahan rasa geram melihat perempuan pendek kat depan dia ni. Eeiii sakit betul la hati dia hari ni.
"Apa kau cakap? Mulut kau tu memang tak ada insuran ke? Kau nak aku cili-cili mulut kau tu?"
Geram sungguh la Najwa tengok makhluk yang sekor ni.
"Eeii Najwa, dah la. Jom kita pergi dari sini."
Puspa cepat-cepat tarik tangan Najwa untuk pergi dari situ. Tidak mahu berlama-lama di situ bila dia melihat pandangan mata klien dia dah lain macam saja sekarang ni.
Namun sekelip mata saja Haq sudah memintas di depan dan menghalang langkah kedua-dua gadis itu dari berlalu pergi.
"Where you think you're going cik Puspa? Semalam bukan cik Puspa kata nak rehat aje hari ni? Tak nak di ganggu? Tapi kenapa pulak boleh ada kat sini sekarang ni?"
Soal Haq tak puas hati.
"Err encik Haq, boleh tolong ke tepi? Saya ada urusan ni encik Haq."
Hentam saja lah apa pun alasan yang ada. Janji dapat lepas dari klien sengal dia ni.
"Urusan apa tu cik Puspa?"
Soal Haq tidak percaya. Dia kekal berdiri di situ menghalang Puspa dari bergerak.
"Itu bukan urusan encik Haq ya. Tolong jangan campur aduk urusan peribadi dengan urusan kerja."
Jelas Puspa terus-terang. Ni kalau dah sampai menganggu masa rehat dia memang tak boleh la.
"Hurmm iya?"
Haq tayang riak curiga.
"Kenapa encik Haq ni? Esok sesi kaunseling encik Haq ya. Jadi sekarang jangan ganggu saya, boleh?"
"Tak boleh!"
Terkejut Puspa mendengar. Najwa pun sama ikut terkejut. Dah kenapa mamat ni nak kacau Puspa pulak? Dia lantas berbisik ke telinga Puspa.
"Memang kritikal la masalah jiwa klien kau ni Puspa. Dia memang betul-betul ada masalah mental ke?"
Soal Najwa ingin tahu. Tapi tengok pada penampilan nampak normal je. Tak nampak pun macam orang mental.
"Encik, kami betul-betul ada hal ni. Tolong jangan ganggu kami. Baik encik tolong tengok-tengok kan kawan encik yang tak ada adab tu."
Najwa bersuara. Geram pula melihat perangai lelaki berambut warna kelabu ni. Sekilas dia menjeling juga ke arah Carlo yang sudah tayang riak tidak puas hati ke arahnya.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...