"Rheaaaaa!!!!!"
Terkocoh - kocoh Najwa mengejar anak dara nya yang sudah berusia 4 tahun 4 bulan itu. Anak itu terlampau aktif dan sangat nakal. Sebiji ikut perangai papa dia. Sudah satu jam dia mengejar anak nya itu sekeliling rumah gara-gara mahu memakaikannya gaun untuk menghadiri majlis harijadi yang ke 5 tahun anak bujang Haq petang ini.
Rhea pula terkekek-kekek ketawa bila melihat wajah cemberut mama nya yang masih lagi tidak putus asa mahu mengejar nya.
"Mama tak dapat kejar!! Tak dapat kejar!!" Kaki terus saja berlari mengelilingi sofa.
"Eeiii budak ni kan! Geram nya aku!! Bieee!!!"
Carlo yang sedang mengelap kereta di luar rumah, terus jatuh terduduk dek mendengar jeritan yang lantang dari dalam rumah itu. Terkocoh-kocoh dia berlari masuk ke dalam rumah. Bimbang kalau ada apa-apa yang telah terjadi.
"Kenapa? Kenapa?" Soal Carlo dengan riak wajah cemas. Dia berdiri di muka pintu.
"Ni anak kesayangan Bie kan? Nah! Bie pakaikan lah dia baju ni. Honey tak larat dah kejar budak ni. Apasal aktif semacam saja anak Bie ni?"
Carlo garu kepala yang tidak gatal. Asal anak buat hal je, elok je la jadi anak dia seorang. Kalau anak tak buat hal, terus jadi anak mama. Argh! Kusut betul lah. Kaki tetap juga di ayun menghala ke sofa untuk mengambil gaun kembang berwarna hitam yang sudah di sidai isterinya di situ.
"Rhea.. sini papa pakaian baju ni" Carlo memanggil anak nya yang masih galak ketawa di situ.
Carlo sendiri naik pening melihat keleteh anak dara nya yang seorang ni.
"Tak nak!"
"Sini!"
"Tak nak!!"
"Tak nak? Okay kalau macam tu Rhea tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Papa dengan mama nak pergi rumah uncle Haq" Carlo cuba memancing anak nya.
Bukan dia tak tahu yang anak dara nya ni sangat daring orang nya. Tak segan silu pergi kacau nak tackle anak bujang Haq tu setiap kali kalau dia bawa Rhea ke rumah Haq. Memang tak makan saman sungguh la budak ni.
Terus terhenti larian Rhea bila mendengar papa nya menyebut nama uncle Haq. Itu bermakna dia akan jumpa dengan abang Eiman ke nanti? Tanpa menunggu terus dia meluru ke arah papa nya.
"Kita nak pergi rumah abang Eiman ke papa?" Soal nya teruja dengan mata yang bersinar-sinar.
Memang pantang dengar nama Eiman. Terus jadi teruja. Kecik-kecik dah pandai nak bercinta budak-budak sekarang ini.
"Ha yelah. Hari ni birthday abang Eiman. Kalau nak jumpa abang Eiman, pakai baju ni. Pakai cantik-cantik. Nanti boleh cop abang Eiman tu jadi bakal suami masa depan awak. Kira nanti tercapai la hajat papa nak berbesan dengan uncle Haq tu" Carlo tersengih-sengih.
Teringat dengan perbualan mereka dulu semasa hari pertama Eiman lahir ke dunia. Habis la kau Haq. Memang aku cop sungguh-sungguh la anak bujang kau jadi menantu aku. Haha. Carlo ketawa dalam hati.
"Nak! Nak! Cepat pakaikan Rhea baju tu. Lepas ni Rhea nak pinjam make up mama" Ujar Rhea tidak sabar.
"Amboi! Awak ni kalau bab nak jadi diva memang cepat je kan. Mama awak tu dulu tak de la diva mana pun. Cuma mulut mama awak tu pot pet sikit"
Rhea mencebik mendengar kata-kata papa nya. Sempat lagi tu nak kutuk mama. Mentang-mentang mama dah masuk dalam bilik.
"Haa papa kutuk mama. Rhea pergi report!" Rhea mahu berlari dari situ namun Carlo pantas menahan anak nya.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...