Sedari tadi Carlo asyik tersengih-sengih, lepas tu gelak-gelak macam orang tak betul saja gayanya.
"Kau apa hal setan? Lawak sangat ke?"
Soal Haq tak puas hati. Dia tahu yang Carlo tengah gelakkan dia sekarang ini selepas mereka keluar dari salon tadi.
"Hahaha.. tak ada lah... gara-gara cik kaunselor tu kau sanggup eh korbankan rambut kelabu kau tu pergi tukar warna hitam... kah..kah..kah..."
Haq mendengus. Puntung rokok di lempar ke arah Carlo yang tengah ketawa berdekah-dekah di depannya.
"Kau tak payah la nak gelak sangat."
"Kelakar la kau ni. Hilang dah rupa gangstar kau tu. Lepas ni, apa pulak yang kau terpaksa korbankan? Ni belum kawin lagi. Tak tau lah kalau dah kawin nanti. Aku takut kau terus pakai jubah dengan serban je nanti Haq."
Haq berdiri di hadapan cermin. Memerhati rambut nya yang sudah di warnakan hitam. 5 tahun dia dengan imej rambut berwarna kelabu. Menangis dalam hati jugak dia tadi bila terpaksa mengorbankan warna rambut nya. Demi cik kaunselor yang tersayang tu, dia turutkan saja.
"Cik kaunselor tu dah bagi persetujuan ke dengan lamaran kau?"
Soal Carlo lagi. Hari ni rasa nak tidur di rumah Haq je lah. Malas dia nak balik ke rumah yang beberapa langkah saja dari rumah Haq ni. Lagipun Mak Mona kata nak masak nasi ayam bakar untuk makan malam ni. Huih! Dia mana boleh dengar kalau bab-bab ayam ni. Memang terus kecur liur dia dengar.
Haq labuhkan duduk. Keluhan kecil di lepaskan. Teringat kembali tentang lamaran nya pagi tadi. Puspa tetap menolak mentah-mentah sebab kata nya tetap nak kahwin dengan Amar keparat tu. Sakit betul hati bila kali pertama jatuh cinta ni, terus kena reject mentah-mentah macam ni. Tapi dia bukan lah yang mudah untuk angkat tangan secepat ini. Dia akan dapatkan apa yang dia nak. Tak kira kalau dia perlu berdepan dengan orang seperti Amar sekali pun.
"Tak lagi. Tapi aku akan buat sampai dia setuju. Aku takkan biar kan dia jatuh ke tangan manusia keparat macam Amar tu. Puspa memang tak kenal lagi Amar tu siapa. Aku takut Amar tu ada rancang something je nanti. Aku memang tak percaya dengan dia tu biarpun kita dah menang dalam game tu semalam. Dia tu pembelit macam ular."
Carlo angguk-anguk kepala. Tanda setuju dengan kata-kata Haq. Siapa tak kenal dengan Amar tu? Licik sama seperti Andy. Dah dua-dua anak didik Datuk Mansur. Cuma sekarang lama dah dia tak dengar berita pasal Datuk Mansur. Amar dengan Andy je yang banyak buat kerja sekarang ini.
"Tapi aku hairan la, macam mana eh Puspa tu boleh kenal dengan Amar tu? 6 tahun pulak tu bercinta. Siap kena tipu lagi kaunselor kau tu dengan si anjing kurap tu. Takkan la bakal bini kau tu tak syak langsung tentang pekerjaan Amar tu yang selalu saja menghilang."
Haq angkat bahu. Dia sendiri pun tak pasti kalau pasal ni. Macam mana Puspa boleh bercinta dengan Amar memang menjadi persoalannya sekarang.
*****
Puspa menilik wajah nya yang sudah siap di rias dengan solekan natural di cermin. Malam ini Amar mengajak nya keluar makan malam. Setelah agak lama mereka tidak keluar bersama kerana Amar sering saja sibuk dan menghilang entah ke mana, dia jadi teruja untuk keluar malam ni. Dan malam ini paling membahagiakan dia bila lelaki itu menghantar pesanan whatapps kepada nya petang tadi mahu mengajak nya keluar makan malam.
Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Mengenakan blouse putih berbunga kecil di padankan dengan skirt kembang berwarna hitam, kepala di tutupi dengan tudung bawal Fazura bercorak kosong, menyerlah kan lagi wajahnya yang cantik dan putih itu.
'Hmmm... excited betul nak keluar dating dengan Amar malam ni.'
Desisnya sendiri sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...