HAQ 25

5.8K 243 17
                                    

Seawal pagi Haq sudah turun ke tingkat bawah. Dia langsung tidak dapat lelapkan mata sepanjang malam. Sudahnya dia hanya termenung di balkoni bilik nya sehingga fajar menjelma. Dia tidak sabar mahu ke coffee house pagi ini. Dan dia sangat berharap Puspa akan datang. Sungguh pun dia membesar dalam keluarga yang tidak pernah kenal erti kasih sayang dan adat, tapi dia sebolehnya mahu memiliki Puspa dengan cara yang cukup beradat. Bukan dapatkan secara koboi dan paksa. 

Semalam banyak yang dia tanyakan dengan Mak Mona apa yang perlu dia buat kalau dia nak berkahwin. Sedikit sebanyak ada juga la ilmu yang dia dapat sekarang ini. 

Haq masuk ke dapur. Kelihatan Mak Mona sedang sibuk menyediakan sarapan pagi hari ini. 

"Morning Mak Mona."

Haq labuhkan duduk di meja makan. 

"Eh, Haq.. selamat pagi. Awal bangun hari ni. Nak minum ke?"

Soal Mak Mona menghampiri Haq.

"Boleh jugak."

Mak Mona terus mencapai cawan kosong sebelum menuang kopi susu ke dalam cawan. Haq sangat gemar minum kopi susu selain dari cappucino. Gigih juga dia belajar cara-cara untuk membuat minuman kegemaran Haq tu.

"Jadi nak jumpa dengan Puspa hari ni?"

Soal Mak Mona. Semalam Haq ada memberitahu hajatnya mahu melamar gadis cantik itu. Mak Mona benar-benar merasa gembira bila mendengar Haq sudah terbuka hati mahu mencari pasangan hidup.

Haq angguk perlahan sambil menyisip sedikit kopi susu yang masih berasap nipis itu.

"Haq dah benar-benar bersedia ke nak berumahtangga? Nak jadi seorang suami ni berat tanggungjawab nya. Kena banyak membaca tips-tips dan ilmu rumahtangga."

Mak Mona menasihati. Bimbang kalau anak muda ini hanya menurut kata hati hendak berkahwin semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal dia tanggung bila sudah beristeri nanti.

"Aku tahu Mak Mona. Aku akan cuba usaha untuk mendalami ilmu rumahtangga nanti sikit-sikit. Mak Mona nanti tolong-tolong la tegur aku kalau ada benda yang aku buat salah atau tak betul. Mak Mona sendiri tahu kan kehidupan aku selama ni macam mana?"

Mak Mona angguk. Selalu sahaja dia menasihati Haq. Cuma anak muda ini masih belum lagi terbuka hati nya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. 

"Pukul berapa nak jumpa Puspa?"

"Pukul 9 nanti. Aku harap dia akan datang nanti."

Haq penuh mengharap.

"Inshaallah. Mak Mona doakan hajat Haq tu tercapai. Kamu minum la dulu. Mak Mona ada kerja lagi nak buat ni. Nanti suruh la Carlo datang minum sini. Mak Mona ada goreng kan ayam ni. Dia tu memang pantang kalau dengar nama ayam ni, memang laju langkah dia."

Mak Mona tertawa kecil bila mengenangkan telatah Carlo yang selalu saja mencuit hatinya. Haq juga tertawa kecil. Mengiakan kata-kata Mak Mona.

******

Puspa duduk termenung di meja makan. Dia melihat jam dinding. Sudah pukul 8.15 pagi. Dia masih berkira-kira lagi hingga ke saat ini. Dia sudah siap mandi, namun dia masih lagi dengan pakaian santai begini dengan tuala masih melilit di atas kepalanya.

Najwa yang baru keluar dari bilik, menghampiri Puspa yang leka termenung di situ.

"Aik, kau tak siap lagi ke ni? Bukan kau kata Haq ajak kau jumpa pukul 9 hari ni?"

Najwa terus melihat ke arah jam dinding.

"Dah 8.15 ni Puspa.."

Najwa mengingatkan. Dia kemudian tarik kerusi dan labuhkan duduk berhadapan dengan Puspa. Wajah keruh Puspa di pandang berkali-kali.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now