HAQ 36

6.2K 237 20
                                    

Haq hanya diam sepanjang perjalanan menuju ke rumah agam Datuk Mansur. Carlo juga diam tidak banyak bersuara seperti selalu. Dia tahu apa yang sedang menganggu fikiran Haq sekarang ini. Dia hanya menemani Haq hari ini. Kereta BMW M850i itu terus saja di pandu menghala ke rumah Datuk Mansur.

Memasuki perkarangan rumah agam Datuk Mansur, Carlo berhentikan kereta. Di sekeliling rumah ini memang di kawal ketat oleh pengawal keselamatan. Datuk Mansur ni antara orang berpengaruh yang mempunyai ramai musuh. Jadi pergerakan lelaki itu memang sentiasa di kawal ketat oleh orang-orang nya setiap masa.

Haq melangkah keluar. Seketika dia memandang kosong ke laman rumah agam ini. Keluhan kecil di lepaskan.

"Kau masuk lah. Aku tunggu kat luar aje" Carlo bersuara. Dia kemudian melangkah menghala ke arah meja kopi yang terletak tidak jauh dari situ.

Haq mengatur langkah perlahan menghala ke muka pintu yang di jaga oleh seorang pengawal keselamatan di situ. Daun pintu itu kemudian terus di buka untuknya. Dia sempat mendengar seseorang sedang bercakap dari dalam sana sebelum dia berdiri di muka pintu dengan riak wajah yang tenang.

Seketika, orang kanan Datuk Mansur berbisik ke telinga nya sebelum pandangan mata tua nya beralih ke muka pintu. Dia tergamam dan tidak percaya sebelum dia merasakan matanya mula berkaca-kaca.

"Haq?"

Haq melangkah masuk dengan riak wajah yang kosong. Tanpa pamitan dia terus menghala ke arah ruang tamu di sana. Semua mata yang ada sedang memandang tepat ke arah nya. Dia labuhkan duduk. Seketika pandangan mata nya bertaut dengan Datin Mariah dan Andy yang sedang memandang sinis ke arahnya.

Puas sudah dia berfikir awal pagi tadi. Meluah rasa yang berbuku di hati dengan isterinya pagi tadi. Mujur lah isterinya itu seorang kaunselor, sedikit sebanyak banyak kata-kata positif yang menerjah masuk ke telinga nya. Secara tak langsung dia telah menjalani sesi kaunseling bersama dengan isterinya pagi tadi.

Teringatkan kata-kata isterinya, kemarahan yang sudah lama bertapak dalam diri selama ini, perlahan-lahan akur untuk surut. Terlayar kembali apa yang sudah berlaku malam tadi antara dia dan isterinya, hati nya benar-benar terasa lapang sekarang.

Datuk Mansur yang memandang ke arah Haq sejak tadi, berdehem kecil. Kerinduan yang sarat di tanggung selama ini, terasa sedikit terubat bila dapat melihat semula anak nya yang sudah hampir 20 tahun tidak berada depan mata. Biarpun mereka berada di atas satu tanah yang sama, namun terasa seakan mereka di jarakkan oleh tembok yang cukup tinggi dan utuh yang di ciptakan oleh Haq sendiri.

"Memandangkan Encik Zahirul Haq sudah berada di sini, saya dengan ini senang hati akan memulakan bacaan wasiat Datuk Mansur"

Peguam peribadi Datuk Mansur bersuara kembali.

"Baca lah cepat Zaidi. Jangan nak lengah-lengah lagi lah"

Datin Mariah menyampuk. Tidak betah lagi hendak menunggu. Lagi pun dia hendak keluar selepas ini dengan kawan-kawan nya. Menghabiskan duit di shopping mall.

"Baik lah. Untuk makluman semua, segala harta yang Datuk Mansur ada, sudah di agihkan dan di bahagikan kepada beberapa bahagian yang berikut. Antaranya Perusahaan Kereta Mewah, Kilang Komponen-Komponen Kereta Import, Nirmala Property Group, Perusahaan Import dan Eksport Perabot serta rumah agam ini. Selain daripada itu,segala harta-harta lain yang berupa wang ringgit juga akan di agihkan kepada waris mengikut peratus yang sudah di tetapkan oleh Datuk Mansur"

Haq sekadar mendengar. Tidak menunjukkan sebarang minat dengan pengagihan wasiat ini. Untuk apa dia perlu berada di sini. Bukan kah segala harta dan kekayaaan Datuk Mansur akan menjadi milik Datin Mariah dan Andy juga? Dia sedikit pun tidak pernah bermimpi hendak mewarisi segala harta kekayaan Datuk Mansur kerana harta dia sendiri sudah cukup banyak tidak habis makan.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now