HAQ 38

6.6K 246 12
                                    

Haq dan Carlo sibuk menyimpan barang-barang yang akan mereka bawa untuk camping ke Jeram Toi hari ini sehingga lusa. Awal pagi lagi Carlo sudah datang menjemput Najwa dan mereka akan menaiki satu kereta sahaja untuk ke sana.

Puspa sibuk mengangkat bakul-bakul yang berisi makanan dan di hulurkan kepada suaminya. Najwa sudah menyiapkan sandwich dari rumah tadi untuk kudap-kudap dalam kereta. Si carrot ni awal-awal sudah whatapps dia tadi minta buatkan sandwich tuna. Sesedap rasa je kan dia oder.

"Ada lagi barang nak bawa sayang?"

Soal Haq sebelum dia menutup pintu bonet Toyota Harrier nya.

"Ermmm tak ada lagi kot. Ni je"

"Kalau macam tu kita dah boleh gerak sekarang. Boleh sampai awal nanti" Arah Haq sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Carlo sudah sedia menunggu di tempat duduk memandu. Puspa dan Najwa mengambil tempat duduk di belakang. Carlo mula memandu kereta bergerak keluar meninggalkan kawasan rumah agam Haq.

"Mana sandwich aku minah pendek?" Soal Carlo sambil memandang cermin belakang. Matanya terus terhala tepat ke wajah Najwa yang terbias di cermin.

"Huh! Dah panggil orang tak ada adab, nak minta sandwich lagi. Takde! Takde!" Najwa memuncung. 

Terdengar Carlo tertawa sakan. "Aku gurau aje lah. Itu pun tak boleh. Sejak bila kau jadi sensitif ni?"

Najwa sekadar menjeling tajam ke arah Carlo yang sesekali mengerling nya di cermin.

Haq sekadar geleng kepala melihat kelakuan Carlo yang suka sangat nak mengusik Najwa.

"Kau ni tak habis-habis nak menyakat Najwa. Nanti bila tak ada depan mata, tau pulak kau nak rindu bagai!" Haq bersuara menyebabkan Carlo jegil mata pada dia.

"Hisy! Apesal kau cakap macam tu depan dia setan!!!!" Suara di celah gigi. Geram pula Carlo dengan Haq ni cakap tak beragak.

"Eh, betul apa. Tak payah nak berdrama sangat lah bongok!" Haq membidas.

Najwa sudah mencebik di belakang. Geram pula dengan si carrot ni. Kalau rindu tu cakap je lah. Tak payah la nak menafikan. Huh! Geram la!

"Abang, saya nak singgah ke tandas kejap"

Mendengar suara isterinya, Haq segera menoleh ke belakang sebelum dia hala pandangan ke arah Carlo.

"Berhenti kat petronas depan tu nanti Carlo"

Carlo tidak banyak soal terus saja memandu dan dia membelok memasuki ke arah Petronas yang berdekatan. Kereta kemudian terus di parkir di kawasan tepi Petronas.

"Kau tak nak ikut sekali Najwa?" Soal Puspa sebelum dia melangkah keluar.

"Tak kot. Kau pergi lah. Aku tak ada rasa nak ke tandas pulak ni"

Puspa angguk sebelum dia keluar. Suaminya sedari tadi sudah sedia menunggu dia di situ.

"Sayang, abang masuk kat dalam tu kejap. Nanti abang tunggu kat tepi tu"

"Okay.."

Puspa terus saja melangkah menghala ke kawasan tandas yang terletak di belakang Petronas sementara Haq masuk ke dalam kedai Petronas untuk membeli minuman.

*****

"Najwa sayang... mana sandwich aku? Aku dah lapar ni. Kau tak kesian kat aku ke?" Carlo menoleh ke belakang. Wajah cemberut Najwa di pandang.

"Bila nak minta makanan, pandai pulak nak cakap macam tu eh?" Najwa menjeling tajam ke arah Carlo yang sedang tersengih-sengih memandang nya.

"Huishhh... sejak bila Najwa aku ni tak boleh bawak gurau ni" Carlo kelip-kelip mata. Suka melihat wajah Najwa yang kelat.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now