HAQ 3

7.8K 317 19
                                    

Hujan lebat yang baru reda sebentar tadi menyebabkan keadaan jalan basah dan lopak air bertakung agak dalam. Puspa yang baru saja selesai membantu abang Zain menutup pintu kedai makan tadi terus bergerak menghampiri skuternya yang di parkir tidak jauh dari situ. Sekarang sudah pukul 11 malam. Mujur juga esok hari Ahad. Hari Ahad kedai Zain akan tutup untuk hari rehat. Memang sudah menjadi rutin harian nya membantu menguruskan kedai makan bersama dengan abang Zain setiap hari.

Mereka bukan lah datang dari keluarga yang senang. Kematian kedua-dua orang tua mereka 5 tahun yang lalu menyebabkan mereka dua beradik terpaksa berusaha keras untuk meneruskan kehidupan mereka. Puspa kasihan melihat abang Zain yang sebelum ini hanya makan gaji bekerja di kedai makan yang gaji nya tak seberapa. Mana nak tanggung makan minum isteri dan anak dia lagi. Akhirnya Puspa sanggup gunakan wang simpanan nya yang di kumpul semasa bekerja di kilang sebelum ini untuk membantu abang Zain membuka kedai makan yang kecil-kecilan ini.

Sekarang alhamdulillah, masuk tahun ke 5 perniagaan abang Zain sudah bertambah maju semakin hari ke hari. Puspa tumpang gembira melihat perniagaan abang Zain sekarang. Abang Zain pun sudah mampu untuk mengupah beberapa orang pekerja untuk turut membantunya di situ.

Helmet terus di sarung ke kepala dan dia terus naik ke atas skuternya serta menghidupkan enjin skuter itu. Mendengar ada panggilan masuk ke telefon nya, Puspa terus melihat nama pemanggil. Sekilas dia ukir senyum melihat nama Amar tertera di skrin telefon nya.

Dia lantas menekan punat menjawab dan speker di tukar kepada loud speaker kerana dia malas nak buka lagi helmet di kepalanya.

"Hai Puspa..." - Amar

"Hai" - Puspa

"Dah habis kerja ke?" - Amar

"Haa baru je nak balik ni. Ada apa Amar call ni?" - Puspa

"Saje call.. rindu dengan kesayangan saya ni.. " - Amar

Serta merta wajah Puspa terasa berbahang mendengar kata-kata lelaki itu. Lelaki yang sudah 1 tahun menjadi kekasih hatinya. Namun sehingga sekarang dia masih lagi tidak mengetahui apa sebenarnya pekerjaan lelaki itu. Bila di tanya, lelaki itu hanya menjawab dia menjalankan perniagaan import dan export. Memang tidak di nafikan yang kehidupan lelaki itu memang nampak mewah kerana dia seringkali melihat lelaki itu menaiki kereta mewah kalau datang berjumpa dengan nya.

Puspa tersipu-sipu di situ. Tangannya bergerak-gerak memintal hujung tudungnya. Gedik jugak kau ni eh! Hati kecil nya berbisik. Pelitup muka di buka sedikit untuk memastikan suaranya kedengaran jelas di talian.

"Err... yeke..." - Puspa

"Ye my dear.. hati-hati balik tu nanti... jangan laju sangat bawak skuter tu.." - Amar

"Okay boss... pesanan di terima..." - Puspa

Terdengar suara Amar gelak di hujung talian.

"Okay lah my dear, nanti ada masa kita jumpa ya. Sekarang saya sibuk sikit. Take care. Bye." - Amar-

"Okay. Awak pun sama, jaga diri jugak." - Puspa

Puspa terus mematikan talian. Pelitup muka di pakai semula kerana dia sememangnya tidak dapat menghidu bau asap ataupun debu. Cepat je nanti dia akan kena alahan hidung dan pasti akan berakhir dengan selesema. Dia paling malas kalau dah terkena benda-benda macam tu. Tentu saja akan menganggu rutin kerja nya nanti.

Dia kemudian terus membawa skuternya meninggalkan kawasan itu kerana abang Zain sudah berpesan tadi terus saja balik ke rumah sewanya sebab dah lewat sekarang ini. Sekarang Puspa duduk menyewa dengan sahabatnya Najwa kerana dia tidak mahu membebankan abang Zain yang perlu menanggung anak dan isterinya.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now