"Kau apehal tercegat lagi tu Haq? Duduk lah. Kau terkehel ke apa asyik pusing tengok kat belakang tu?"
Carlo labuhkan duduk. Yang si Haq ni dah kenapa pulak terus jadi batu kat depan dia ni.
"Weh.. weh.. kau duduk sini."
Cepat-cepat Haq beralih ke tempat duduk Carlo.
"Eh apehal pulak ni nak tukar tempat duduk pulak?"
Soal Carlo tidak puas hati.
"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Dah pergi duduk situ. Bangun!"
Arah Haq lagi sambil menolak-nolak bahu Carlo mahu lelaki itu bangkit dari duduk.
Carlo kerut dahi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Carlo mendengus kasar sebelum dia bangkit juga dari duduk dan terus beralih ke tempat duduk Haq tadi. Haq labuhkan duduk. Sekarang mata dia sudah boleh fokus terus ke arah pintu masuk dapur. Tak perlu la dia nak pusing kepala lagi untuk menoleh.
Hampir 15 minit juga menunggu kemunculan gadis misteri itu keluar dari situ. Sekejap dia bersandar, sekejap dia menongkat tangan di atas meja. Sesekali dia meraup rambut kelabunya ke belakang. Gelisah tak payah cakap la sekarang ni sampai Carlo pun naik hairan.
"Woii!! Kau ni dah kenapa? Macam cacing kepanasan ja aku tengok!"
Hangin juga Carlo melihat tingkah si Haq ni. Dah la tak ada angin tak ada ribut suruh tukar tempat duduk. Lepas tu kenapa mata si Haq ni duk pandang ke arah pintu dapur tu macam nak tembus aje.
Carlo pusing kepala ke belakang. Mahu melihat apa yang Haq sedang lihat sebenarnya. Tak ada apa-apa pun kat sana. Yang ada hanyalah cashier lelaki yang tengah duduk kat kaunter cashier tu. Hisy! Takkan la Haq ni pergi usha cashier lelaki tu? Carlo sudah jauh menyimpang fikirannya.
"Kau tengok apa sebenarnya ni Haq?"
Sedari tadi Carlo bising tak henti-henti bertanya. Bengang melihat si Haq ni. Dah la dia tengah lapar gilerrr sekarang ni.
"Kau diamlah Carlo!"
*******
"Puspa.. oder customer tadi dah siap."
Kak Amira menolak dulang yang berisi nasi ayam bakar, spaghetti dan 2 tin coke kepada Puspa untuk di hantar kepada pelanggan tadi. Puspa yang baru selesai mencuci pinggan kotor terus mengelap tangannya sehingga kering sebelum dia mengambil dulang yang sudah sedia di atas meja untuk dihantar kepada pelanggan 2 orang tadi.
Dia membuka seketika pelitup muka yang di pakainya kerana dia merasakan sedikit lega sekarang ini. Tidak menunggu lama dia terus menatang dulang berisi makanan dan minuman itu menghala ke arah ruang makan restoran.
Haq yang sejak tadi memakukan pandangan ke arah pintu dapur, terus tegakkan tubuh. Ralit matanya memerhati langkah si gadis yang berjalan ke arah meja mereka. Sekarang dia sudah boleh melihat dengan jelas wajah gadis misteri yang di carinya selama ini. Sangat cantik dan begitu mempesonakan biarpun sekarang ini gadis itu sekadar mengenakan tshirt hitam berserta cargo pants berwarna coklat gelap dan mengenakan berselendang hitam di kepalanya. Kali pertama dia benar-benar berminat untuk melihat gadis bertudung. Cuma sekarang ini, dia inginkan kepastian samada betul kah ini memang orang yang dia cari selama ini ataupun bukan?
Puspa berhenti di meja 2 orang lelaki tadi. Dia terus menghidangkan makanan dan minuman itu dengan berhati-hati kerana makanan masih panas dan berasap lagi. Namun kenapa tiba-tiba dia merasa tidak selesa dengan pandangan mata lelaki berambut kelabu ni? Sungguh dia terasa cuak dan seram sekarang ini. Samseng kot! Mau nya tak cuak. Takut timbul apa-apa masalah yang tak diingini nanti.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
Storie d'amoreAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...