HAQ 16

5.6K 248 17
                                    

"Awak jangan nak buat kerja gila boleh tak?"

"Kerja gila? Kerja gila apa tu?"

Soal Haq sengaja.

"Saya tak nak kawin dengan awak. Saya tak kenal awak, tak suka awak pun!"

Bantah Puspa keras. Lelaki entah siapa-siapa tiba-tiba nak ajak dia kahwin. Habis tu boyfriend dia nak letak mana?

"Kau tak ada pilihan. Kau dah curi masa aku 5 tahun untuk aku tunggu kau. Aku takkan lepaskan kau semudah tu Puspa."

Haq juga tetap dengan pendirian ny. Walau apa pun terjadi Puspa tetap dia akan ikat untuk menjadi milik nya.

"Dunia awak dengan saya jauh berbeza Haq! Saya tak faham kenapa awak asyik cakap saya curi masa awak 5 tahun. Kita tak pernah kenal pun!"

"Jadi isteri aku dulu, baru aku bagitahu kenapa aku kaitkan kau dengan masa 5 tahun aku yang dah kena ganggu tu."

"Eeiii you are crazy!"

"I'm crazy over you."

"Eeiii!!! Arghhh! Saya tak akan kahwin dengan awak lah Haq! Never!"

"I'll make sure you'll be mine. Tau lah apa aku nak buat nanti. You don't even know me well, so jangan cabar aku okay sayang?"

"Saya nak balik!"

Puspa sudah berlalu ke arah pintu. Dia benar-benar marah sekarang ini. Sungguh lelaki ini sudah gila! Mental! Meroyan! Dia tidak akan sesekali kahwin dengan lelaki samseng ni. Apa akan jadi dengan hidup dan masa depan dia nanti kalau bersuamikan orang macam ni.

Perempuan nak cari suami yang boleh membimbing ke syurga, bukan cari suami yang membawa ke neraka.

Kau jangan mimpilah Haq!

"Aku yang jemput kau so aku yang akan hantar kau balik."

"Tak payah! Tak ingin nak naik kereta awak tu! Saya naik grab!"

Haq yang seakan terasa tercabar dengan kedegilan Puspa, menarik kuat lengan Puspa sehingga Puspa sudah terpusing menghadap nya.

"Aku hantar kau. Jangan degil. Sebab aku takut nanti aku hilang sabar, hari ni jugak aku angkut kau pergi jumpa tok kadi. Kau nak?"

Puspa geleng kepala laju-laju. Dia telan liur berkali-kali. Terasa kecut perutnya sekarang.

Haq tidak banyak cakap terus saja menarik lengan Puspa yang beralas mengikut langkah nya keluar dari coffee house itu.

"Hantar saya ke restoran abang Zain."

Puspa buang pandang ke tepi sambil peluk tubuh selepas dia selamat masuk ke dalam kereta Haq. Benci sungguh dengan keadaan sekarang ni.

"As you wish. Jangan nak tunjuk muka annoying macam tu dengan aku. Aku tengok buat aku jadi geram kau tau."

"Huh! Whatever!"

Haq terus memandu Lamborghini Aventador nya meninggalkan kawasan coffee house. Sekarang dia hanya memandu santai sahaja. Sesekali dia mengerling orang di sebelah yang sedari tadi masam mencuka wajahnya.

Asyik tengok pemandangan di luar sana. Haq tertawa sinis.

"Kau nak kawin dengan aku atau tak?"

Soal Haq memecahkan kesunyian. Stress pula bila bisu-bisu macam ni.

"Tak nak! Tak nak! Tak nak! Tolong faham bahasa boleh tak!?"

Puspa benar-benar marah sudah sekarang.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now