SIDE STORY [CARLO]

5.4K 169 17
                                    

Tahun 2003, Kampung Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah

"Sampai bila aku kena hidup susah macam ni Joshua? Aku dah nda sanggup lagi Joshua" Teresak-esak Mariana menangis di situ. Sudah 13 tahun mereka berkahwin, hidup masih juga susah begini. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Dulu dia ingatkan keputusan untuk mengahwini Joshua yang merupakan warga Filipina yang menetap di sini adalah satu keputusan yang terbaik, namun dia tersilap percaturan. Lelaki itu kaki mabuk dan kaki judi. 

"Kau jangan nak bising boleh tak! Huwag mong hayaang sampalin kita mamaya! (Jangan sampai aku tampar kau nanti!)" Joshua sudah mengangkat tinggi tangan nya mahu menampar isterinya.

Careem sudah menikus di sudut rumah bila melihat ibu dengan bapa nya bergaduh. Sudah bertahun-tahun dia melihat keadaan begini sejak dia berusia 3 tahun lagi. Sekarang dia sudah menginjak ke usia 8 tahun. 

"Tampar lah! Kayo nga'y talagang walang silbi na lalaki.!"(Kau ni memang lelaki tak guna..!)

Panggggg!!!!

Terus tersungkur Mariana dek tamparan yang terlampau kuat itu. Dia sendiri pun sudah lali kerana selalu saja menjadi mangsa dera suaminya. Wajah suaminya di pandang dengan penuh perasaan benci.

"Aku dah tak sanggup dengan hidup dengan lelaki macam kau lagi! Kau boleh pergi mampus Joshua!!!" Jerkah Mariana kuat sebelum dia berlalu dari situ.

Careem sudah teresak-esak menangis di situ. Lantas dia terus meluru ke arah ayahnya dan memukul-mukul tubuh ayahnya sekuat hati.

"Kau lelaki jahat!Masama ka! Sinaktan mo ang nanay! Masama ka!" (Jahat! kau pukul mak! kau jahat!)

Joshua kembali naik angin. Lantas muka anak nya pun turut di tampar sebelum dia menolak tubuh kurus itu kuat sehingga Careem jatuh terjelepok di lantai kayu yang sudah usang itu. Rumah yang menunggu bila-bila masa menunggu roboh saja sekarang ini. 

"Kau kalau nak berambus, berambus! Jangan menyusahkan hidup aku lagi!" Jerkah Joshua lagi sebelum dia terus berlalu pergi dari situ.

"Galit ako sa iyo, demonyo!" (Aku benci kau, syaitan!) Careem terus menjerit-jerit di situ.

Dia menendang semua barang-barang yang ada di depan mata bagi melepaskan kemarahan nya. Merah menyala mata nya saat ini bersama nafas yang turun naik. Kemudian dia berpaling bila dia melihat ibunya sudah mengusung sebuah beg pakaian yang besar keluar dari rumah.

"Mak!! Mak nak pergi mana?" Dia terus memeluk erat ibunya. Tangisan nya semakin menjadi-jadi.

"Aku minta maaf Careem. Aku dah nda sanggup mau hidup susah macam ni. Kau pandai-pandai lah urus hidup kau sendiri lepas ni. Aku nda mau ambil peduli pasal kau lagi" Mariana juga sudah menangis. 

Dia sayangkan anak nya. Namun kepentingan hidup melebihi segala-galanya sekarang ini.

"Mak! Jangan pergi mak! Huwag mo akong iwanan, nanay" (Jangan tinggalkan aku mak) Careem terus memeluk kaki ibunya erat.

Dia menangis semahu-mahunya di situ. Dia tiada sesiapa lagi di sini melainkan ibu dan ayahnya. Ke mana dia harus pergi kalau sudah kedua-dua ibu dan bapa nya tidak mahu mempedulikan nya lagi.

"Kau pergi lah ke mana-mana saja yang kau nak, asalkan kau dapat makan yang mencukupi. Jangan cari aku lagi" Mariana terus menarik kasar kakinya sehingga terlepas pegangan tangan Careem. 

Mariana terus berlari keluar dari situ tanpa menoleh lagi ke belakang. 

"Makkk!!!! Makkkk!! Jangan tinggalkan aku makkk!!!!" Careem terus meraung di situ bersama tangisan yang menggila.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now