Haq dan Carlo bersandar tenang di hadapan Honda NS-X berwarna hitam yang terparkir di situ. Sejak sejam tadi mereka berdua sudah menunggu di situ. Mahu membuat perhitungan tentang kejadian kemalangan Haq 5 tahun yang lalu kerana selepas kejadian itu Andy tidak berada di Malaysia kerana berhijrah ke Italy selama 5 tahun. Amar pula sukar untuk di jejaki di mana keberadaan lelaki itu selama ini selepas kali terakhir kes pergaduhan nya dengan Carlo 5 tahun lepas.
"Aku rasa mereka mesti ada agenda ni Haq. Kita kena hati-hati. Kenapa tiba-tiba Andy dan Amar boleh muncul serentak sekarang ini?"
Carlo memang sudah mengesyaki sesuatu yang tak elok sejak tadi. Rokok yang sudah habis di sedut di lempar ke atas jalan.
Haq berpeluk tubuh. Anak-anak buah Datuk Mansur, pembekal dadah terbesar di Malaysia. Cuma dia je yang tak nak terlibat dengan urusan jual beli dadah sekarang ini. Saingan mereka hanya bisnes kelab malam yang merebut pelanggan-pelanggan dan perempuan untuk di jadikan bahan niaga saban malam.
"Tak apa. Kita tunggu aje apa permainan mereka kali ni. Sekarang ni aku cuma nak buat perhitungan dengan Andy. Lama dah aku simpan ni."
Ujar Haq tenang. Licik lelaki itu main kotor ketika menawarkan dia berlumba pada malam itu. Mujur saja dia selamat. Selamat sebab ada bidadari yang datang selamat kan dia. Sungguh dia sudah benar-benar bertekad mahu memiliki dan menjaga bidadari itu selepas ini.
Dari jauh kelihatan lampu sebuah kereta datang mendekat. Haq hanya memandang tajam sebelum kereta itu berhenti betul-betul di hadapan dia dan Carlo. Malam ini hanya mereka berdua saja yang datang. Tidak mahu melibatkan terlalu ramai anak-anak buah mereka yang lain. Haq hanya mahu berurusan dengan dua orang lelaki ini.
Andy dan Amar keluar dari perut kereta Lamborghini berwarna kuning itu. Seketika Haq memerhati ke arah penampilan Andy yang sudah jauh berubah. Dengan rambut di warnakan dengan warna merah gaya punk. Dia tertawa kecil. Kepala di geleng perlahan.
"Haq adik ku... long time no see... "
Andy menyapa sambil bersandar di hadapan Lamborgini nya. Amar juga berdiri di sebelahnya sambil memandang sinis ke arah Carlo yang sejak tadi sudah panas hati melilhat ke arahnya.
"Seronok bersembunyi?"
Soal Haq sinis. Tiada masa hendak bergurau sekarang ini. Perhitungan ini harus di selesaikan segera.
"Mana ada bersembunyi bro. Aku pergi healing je la... Kenapa kau suka sangat buruk sangka dengan aku ni Haq?"
Andy tertawa sinis. Dia menyalakan mancis sebelum di dekatkan pada sebatang rokok. Rokok itu kemudian di sedut perlahan dan di hembus asapnya ke udara.
"Aku tak habis lagi dengan kau pasal kejadian 5 tahun lepas Andy. Kau ingat aku tak tahu semua tu memang rancangan kau dengan anjing yang berdiri kat sebelah kau ni?"
Haq tayang riak sinis sambil memandang ke arah Amar yang sudah mula nampak marah selepas mendengar kata-katanya tadi.
"Apa bukti kau nak tuduh aku ni Haq? Dah takdir kau nak accident, nak buat macam mana kan? Tapi yelah panjang betul umur kau ni eh?"
"Ya.. panjang umur supaya aku dapat balas semua perbuatan kau tu nanti. Cuma sekarang bukan masa nya lagi. Tunggu sikit masa lagi baru aku buat."
Ujar Haq tenang.
"Tak baik nak tuduh-tuduh adik ku. Takkan la aku nak perdajalkan adik tiri kesayangan aku ni...ish..ish..ish..."
Andy menggeleng kepala nya perlahan.
"Aku dah ada bukti tu. Kau jangan ingat kau licik sangat. Lepas dah buat taik, kau terus hilang kan diri macam tu aje."
"Whatever la Haq. Eh, kau balik la rumah pergi lawat bapak kau kat rumah tu. Aku tengok orang tua tu sejak dua menjak ni selalu je tak sihat. Tak lama lagi nak mati la kot!"
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...