HAQ 52

5.9K 226 8
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Haq menanggalkan kasut yang tersarung di kaki nya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sejak seminggu ni dia memang akan balik awal dari pejabat. Usia kandungan isterinya sekarang sudah mencecah 39 minggu dan bila-bila masa sahaja anak mereka akan lahir ke dunia. Dia seboleh nya tidak mahu berenggang dengan isterinya walau sesaat pun. Dia mahu bersama dengan isterinya di saat isterinya menghitung waktu untuk bersalin nanti.

Melihat isterinya yang perlahan-lahan menuruni anak tangga, lantas dia berlari mendapatkan isterinya.

"Sayang, kenapa turun ni? Rehat je dalam bilik" Tangan isterinya di pimpin turun.

Risau betul melihat isteri dia ni memang tak reti nak duduk diam walaupun perut dah memboyot macam ni.

"Sayang nak tunggu abang balik. Tapi terlambat pulak ni. Abang dah sampai dulu" Nafas yang sedikit mengah, di hela perlahan.

Memang perlahan sedikit pergerakan Puspa sekarang kerana perutnya sudah membesar. Selepas check up di klinik semalam, doktor memberitahu yang jantina baby nya adalah lelaki. Dia dan suami nya tidak kisah dengan jantina bayi mereka. Yang penting bayi mereka sihat dan lahir dengan sempurna.

Haq memimpin isterinya duduk di sofa. Kemudian dia labuhkan duduk di sisi isterinya.

"Tak perlu tunggu abang sayang. Kan abang dah pesan banyakkan berehat. Bahaya turun tangga tu sorang-sorang" Haq mengelus lembut rambut isterinya.

"Dekat nak melahirkan kena banyak bergerak abang. Tak boleh la kalau nak duduk baring aje" Doktor juga ada beritahu menjelang trimester akhir ni perlu banyakkan pergerakan untuk memudahkan proses bersalin nanti.

"Abang nak minum?" Wajah letih suami nya di tatap lama.

Kasihan suaminya yang sanggup menjaga dia siang malam. Setiap malam tak pernah terlepas sekali pun suaminya mengurut kaki dan betis nya. Biarpun nampak penat kerana seharian sudah bekerja, namun suaminya tidak pernah mengeluh ketika menjaga nya.

"Tak pe sayang. Abang boleh ambil sendiri nanti. Kaki sayang bengkak lagi ke?" Haq terus saja menyingkap sedikit gaun kembang yang di pakai isterinya. Mahu melihat kaki isterinya.

"Ada suruh sikit dah abang. Ibu kata kalau bengkak dah mula surut ni, bila-bila masa je sayang boleh bersalin" Ujar Puspa teruja. Sungguh dia benar-benar tidak sabar mahu melihat anak mereka lahir ke dunia.

"Iye? Tak sabarnya abang nak jumpa baby" Haq terus saja merebahkan kepala nya dan perlahan dia mengucup perut isterinya.

"Assalamualaikum sayang daddy, sihat tak hari ni? Ada susahkan ibu tak hari ni? Tak lama lagi baby nak lahir dah. Nanti kita jumpa ye Eiman Firas Bin Zahirul Haq" 

Puspa kerut dahi. "Eiman Firas?" Soal nya melihat ke arah suaminya.

Haq angguk.

"Nama anak kita sayang. Eiman Firas yang bermaksud keimanan kecerdikan. Abang nak nanti dia membesar menjadi seorang lelaki yang beriman dan cerdik pandai. Sayang suka tak nama tu?" Soal Haq bahagia.

"Suka sangat abang. Sedap nama nya. Pandai abang pilih nama" Puspa mengelus pipi suaminya penuh kasih. 

"Thank you sayang kerana sanggup bersusah payah sampai ke tahap ini dan tetap cekal dan sabar menjalani proses kehamilan. Abang doakan semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati isteri abang ni"

Puspa merasa sebak mendengar kata-kata suaminya. Lantas dia terus memeluk erat tubuh suaminya. Mahu menghidu wangian yang terbit dari tubuh suaminya. Kerana wangian itu lah yang menjadi penenang diri nya sepanjang dia mengandung.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now