HAQ 2

7.7K 281 9
                                    

Haq melangkah keluar dari kelab malam dan terus menghampiri Bugatti Chiron nya yang terparkir di situ. Dia sudah lama menunggu peluang untuk beraksi dengan kereta ini. Sekilas dia lirik senyum sinis sebelum menekan punat unlock pada kunci kereta yang berada di tangannya.

"Haq! Kau betul tak nak aku teman ni?"

Sedari tadi Carlo mengikut di belakang Haq. Dia masih tidak berpuas hati dengan arahan Haq tadi.

Haq menoleh sekilas ke arah Carlo sebelum dia menggeleng perlahan. Tanda keputusannya adalah muktamad. Tidak akan berubah sama sekali.

"Okay, fine..."

Carlo mengeluh perlahan. Tangan naik bercekak pinggang sambil matanya tetap memandang ke arah Haq yang sudah meloloskan diri ke dalam perut Bugatti nya. Seketika dia sudah mendengar bunyi ngauman enjin kereta itu bergema kuat di situ sebelum kereta itu bergerak dari perlahan dan kemudian terus memecut laju meninggalkannya terkebil-kebil di situ. Haq kalau dah kata A, A lah. Jangan cuba-cuba untuk membantah atau melawan. Dia kemudian berpaling masuk semula ke dalam kelab malam. Kalau Haq tiada, dia lah yang akan mengambil alih untuk melihat aktiviti-aktiviti di kelab itu malam ini. 

Haq memecut laju Bugatti Chiron itu membelah jalanraya yang sudah sedikit lengang ketika ini. Jam di dashboard menunjukkan angka 11 malam. Keadaan jalanraya yang basah dan licin selepas hujan lebat tadi tidak di pedulikan. Yang dia tahu dia mahu sampai segera ke tempat pertemuan yang sudah di atur oleh Andy malam ini. Biarpun sekarang dia merasa kepalanya sudah mula berpusing kesan daripada minuman keras tadi, namun dia tetap meneruskan pemanduannya.

Kelajuan kereta yang sudah mencecah ke 300 kilometer per jam cukup menghasilkan bunyi ngauman enjin yang garang di atas jalanraya. Tidak mempedulikan beberapa buah kereta yang masih ada di atas jalanraya ketika ini, Haq terus memecut laju Bugatti nya memotong setiap kereta yang ada. Kehebatan nya ketika memandu kereta memang cukup sempurna. Dia sangat cekap menguasai jalanraya tanpa sebarang kejanggalan sedikit pun. 

Andy yang sedari tadi tetap bersandar di hadapan Lamborghini Veneno nya, menoleh bila dia melihat ada pancaran cahaya lampu datang dari jauh. Dia lorek senyum. Tahu sudah siapa gerangan yang baru tiba ke sini. 

Dia hanya memerhati dengan pandangan yang sinis bila Bugatti Chiron itu berhenti secara mengejut sehingga menghasilkan bunyi decitan tayar yang kuat akibat bergesel dengan permukaan jalan. Dia hambur gelak halus melihat ke arah kereta yang sudah berhenti di hadapan nya sekarang ini.

Haq melangkah keluar dengan riak wajah yang tenang dan bersahaja. Pintu kereta kemudian di hempas kasar sebelum dia bersandar di tepi Bugatti miliknya sambil berpeluk tubuh. Kaki kanan di silang di hadapan kaki kiri. Hujung bibir di jungkit sedikit sambil matanya memandang tepat ke arah Andy yang sedang memandang ke arahnya.

"Selamat datang Haq.. adik ku yang tersayang...."

Ujar Andy bersama senyuman sinis. Sengaja hendak menyakitkan hati Haq kerana dia tahu Haq paling tidak suka dengan panggilan itu.

Haq hambur tawa kecil. Lidah menolak-nolak pipi kanan dari dalam. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Syaitan je yang sudi nak anggap kau ni adik beradik dia..."

Pandangan tajam tetap terarah ke wajah Andy.

"Wo..Wo... syaitan-syaitan jangan main adik ku... kau pun apa kurang nya... dah sama taraf macam syaitan.. jadi memang okay la kan kita ni adik beradik... sama-sama syaitan..."

Ujar Andy bersama tawa geli hati. Dia tegakkan tubuh. Melangkah menghampiri Haq yang masih tenang bersandar di sisi Bugatti nya. Tangan di masukkan ke dalam poket seluarnya.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now