HAQ 10

7.4K 281 48
                                    

"Hai..."

Dalam hati yang penuh debar, Haq ukir senyum sesimpul yang mungkin. Sewaktu menuruni anak tangga tadi dia sudah rasa cecah tak cecah lantai saja kaki nya bila melihat figura gadis pujaan itu sudah berada di hadapan mata. Gugup di hati cuba di kawal sebaik mungkin. Dia berdehem kecil. 

Melihat gadis yang sudah 5 tahun menganggu ketenteraman hatinya sedekat ini, terasa bagaikan hendak terhenti jantungnya untuk beberapa saat. 

"Err hai.... "

Balas Puspa sedikit gugup. Melihat lelaki di hadapan nya ini, dia sedikit takut biarpun wajah itu nampak sangat kacak dan begitu mempesonakan. Namun melihat pada penampilan nya, Puspa merasa sedikit kecut perut. 

"Cik Puspa?"

Soal Haq lagi, bunga-bunga bahasa untuk memulakan perkenalan yang sekian lama di tunggu nya.

Puspa angguk kecil. 

"Saya Zahirul Haq. Tapi boleh panggil Haq aje..."

Puspa angguk lagi. Terasa kematian kata pula sekarang ini. Sedari tadi hati nya merasa tidak menentu dan gelisah. Ini ke klien dia?

"A...awak ke klien saya?"

Soal Puspa inginkan kepastian.

Melihat Haq mengangguk, Puspa telan liur sesaat. Kenapa tak nampak pun macam orang gila yang ada masalah? Nampak sangat normal seperti lelaki lain je. Berkerut kening nya berfikir. 

Haq yang sesekali curi pandang, merasa geli hati melihat ekspresi wajah gadis pujaan nya sekarang ini. 

"Cik Puspa duduk lah."

Haq mempelawa Puspa untuk duduk di ruang tamu yang di lengkapi dengan set sofa mewah dan moden itu.

"Ha..ye... terima kasih."

Puspa melangkah perlahan menghala ke arah sofa yang di tunjuk oleh Haq tadi. Dia labuhkan duduk. Haq yang mengikuti di belakang berkali-kali mengusap dada nya. Berdebar gilerrr!! Haq berdehem lagi untuk yang ke sekian kali nya sebelum dia labuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Puspa. Sekarang, mata nya tidak lepas dari meneliti raut wajah jelita itu. Pandangan matanya terhala ke arah sepasang mata yang sudah menghantui diri nya selama 5 tahun ini.

"Kita nak buat sesi kaunseling kat sini ke?"

Soal Puspa ragu-ragu. Sesi kaunseling kena buat di tempat yang tertutup tanpa ada orang lain yang ikut mendengar kerana sesi ini melibatkan perkongsian dari hati klien kepada kaunselor.

"Kenapa? Cik Puspa tak selesa nak buat kat sini ke?"

Soal Haq ringkas.

"Eh.. tak..tak.. bukan tu maksud saya. Tapi kalau awak okay aje nak buat sini, tak pe.. saya ikut aje.."

"Ada je bilik.. kalau cik Puspa tak kisah nak berdua-duaan dengan aku , aku okay aje..."

Haq tersengih kecil.

Puspa sudah merah padam wajahnya mendengar kata-kata lelaki itu. Seramnya!

Carlo yang muncul dari dapur memegang segelas mug berisi kopi panas sekadar menjeling ke arah dua orang manusia yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari situ. Dia labuhkan duduk di meja makan tidak jauh dari situ. Dia mencebik sambil menghirup lagi kopi di dalam mug nya. Mata nya menjeling lagi ke arah dua orang makhluk itu.

Hah! Padan sangat la tu. Sorang gila, sorang tukang rawat orang gila.. last-last nanti dua-dua jadi gila. Carlo terus menghirup kopinya sehingga habis dan berlalu dari situ.

Puspa yang melihat kelibat Carlo sedang duduk tidak jauh dari situ, berdehem kecil. Dia kemudian membuka ipad di tangannya kerana mahu mencatit sedikit maklumat berkenaan dengan klien nya sebelum dia memulakan sesi pertama pagi ini.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now