HAQ 27

5.8K 238 17
                                    

Hari ini Puspa mengajak Najwa untuk menemani dia pergi ke butik pengantin sebab nak pilih baju untuk majlis pernikahan dia dan Haq minggu hadapan. Memang tak menyempat-nyempat sungguh la Haq tu. Macam mana dia boleh urus semua hal ni sekelip mata je. Tau-tau dengar lelaki tu kata semua dan setel. Tinggal tunggu nak baca akad nikah je lagi. Dia mampu geleng kepala je dengar.

Kejap lagi Haq akan datang jemput mereka berdua. Ikutkan Najwa malas sebenarnya nak ikut. Malas nak jadi nyamuk. Tapi dah Puspa beria-ia nak ajak dia, jadi tak sampai hati pulak dia nak menolak.

"Kau dah siap?"

Soal Puspa yang baru keluar dari bilik. 

"Aku ni siap simple-simple je Puspa. Pukul berapa Haq nak datang ni?"

"Jap lagi la kot."

Puspa labuhkan duduk sambil melihat telefon bimbitnya.

"Eh, aku rasa macam mimpi je la yang kau nak kahwin jugak dengan Haq . Pandai betul ye dia pikat hati kau sampai kau setuju ni. Macam mana perasaan kau dengan dia sekarang ni?"

Najwa berminat hendak tahu. Mana tahu kalau-kalau Puspa dah suka dekat Haq ke kan.

Puspa tertawa kecil.

"Aku tengah belajar lagi nak cuba suka dia. Soal hati ni mana dapat terus nak paksa. Kena perlahan-lahan la pupuk perasaan tu."

Najwa angguk-angguk sambil mulutnya di herotkan ke kiri dan ke kanan.

"Tapi kan, bila dia tukar warna rambut tu, trim potong macam tu, baru la nampak betul-betul muka dia tu. Memang ternyata handsome abang Haq kau tu. Huntong lerrr engko Puspa. Aku jugak la yang masih nak membujang ni...apa la nasib..."

Najwa mengeluh. 

"Eh? Habis tu Carlo tu macam mana? Kau tak nak try dia ke? Handsome pun handsome. Mamat Philipine kot!"

"Ewwww!!! Si carrot tu? Simpang jauh-jauh. Tak nak aku. Tak aman hidup aku nanti asyik nak gaduh je dengan dia."

Puspa sekadar menggeleng mendengar kata-kata Najwa. Anti betul dengan si Carlo tu dah kenapa.

Tidak lama kemudian kedengaran hon kereta berbunyi di luar rumah. 

"Dah sampai la tu agak nya. Jom lah kita pergi sekarang."

Najwa angguk dan mengekori Puspa di belakang. 

Haq sudah menunggu di hadapan keretanya sedang tersenyum manis ke arah nya. Sekarang lelaki itu murah benar dengan senyuman sehingga menampakkan lekuk indah di kedua-dua belah pipi nya. 

Puspa berdehem kecil. Kalau hari-hari nak tengok senyuman Haq ni, takut dia cair aje nanti.

"Hai my future wife... "

"Err hai...."

"I miss you..."

Puspa terus terkulat-kulat di situ. Tak agak-agak la si Haq ni nak cakap macam tu depan Najwa.

Najwa pula sudah tercebik-cebik di belakang Puspa. Geli geleman dia mendengar. Dia kemudian meninjau ke arah kereta Haq. Eh, dia datang bawah kereta sport ni . Dua orang je dapat duduk. Habis tu, Puspa ajak dia ni, nak suruh dia duduk kat mana? Takkan nak duduk kat bumbung?

"Errr Puspa... aku tak payah ikut la eh..."

"Eh Najwa... jom la ikut sekali. Nanti kita boleh keluar lepak sekali."

Haq terus bersuara bila melihat Najwa sudah mahu berpatah balik masuk ke dalam rumah.

"Tapi kau kan bawak kereta....."

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now