"Apahal kau halang aku tadi?"
Soal Haq tak puas hati. Carlo di pandang dengan perasaan geram sebelum dia mendengus kasar. Hujung bibir nya terasa perit. Dia melirik sekilas bibirnya di cermin kecil yang terletak di depan tempat duduk. Nampak sudah lebam dan luka di hujung bibirnya. Jantan tak guna!
"Kau nak jadi pembunuh hari ni ke? Dah puas berkasih sayang dengan cik Puspa kau tu?" Soal Carlo sinis. Nak marah-marah dia dah kenapa?
Haq sekadar menjeling tajam. Mengingatkan kembali pertemuan di rumah Datuk Mansur tadi, terasa panas hati nya. Ingat dia kisah sangat ke pasal harta tu? Satu sen pun dia tak ingin. Cuma dia sedikit ragu-ragu dengan nama Nirmala Property Group tu. Kenapa nama ibunya turut tersenarai dalam wasiat itu sebagai nama sebuah company? Apa yang sudah Datuk Mansur sembunyikan selama ini?
Sejak bila company yang berdaftar dengan nama ibunya itu wujud? Setahu dia kalau di lihat pada nama company tu, tu adalah company hartanah.
"Aku nak kau buat satu kerja ni"
Arah Haq tiba-tiba. Carlo yang sedang memandu menoleh sekilas.
"Kalau kerja bodoh aku tak nak buat lagi"
Carlo membantah awal-awal. Haq sudah menjeling tajam.
"Tolong siasat maklumat pasal Nirmala Property Group ni"
Terus bercantum kening Carlo mendengar nama Nirmala itu. Bukan kah itu nama arwah ibu Haq? Dan dia sendiri pun tak pernah dengar nama company yang Haq sebut ni. Setahu dia , hanya supermarket milik Haq saja yang berdaftar atas nama Nirmala Deparmental Store. Kalau yang lain, dia memang tak pernah dengar lagi.
"Kenapa dengan company tu?"
Soal nya ingin tahu.
"Kau siasat je dulu sebab aku pun tak tahu lagi sekarang ni"
Carlo kemudian akur dan hanya mengangguk. Nasib baik bukan kerja bodoh yang Haq suruh dia buat kali ini. Kalau tak memang dia angin dengan Haq ni.
"Hujung minggu ni ikut aku nak tak?"
Soal Haq mengubah topik perbualan.
"Nak pergi mana pulak ni? Macam-macam lah kau ni Haq!"
"Camping" Balas Haq ringkas sambil menjongket-jongket kening nya ke atas.
"Camping?" Soal Carlo hairan. Dah biul ke apa Haq ni tiba-tiba nak ajak camping bagai ni.
"Kau ni normal ke tak ni?"
"Apahal pulak? Ada nampak aku tak nomal ke?"Soal Haq lagi. Hairan.
"Yelah tiba-tiba nak ajak camping ni. Tak pernah-pernah kau berminat nak buat kerja-kerja camping ni. Mana la tau lepas kena tumbuk tadi terus jadi biul otak kau ni" Tukas Carlo lagi.
"Saja. Sambil-sambil nak luangkan masa dengan isteri aku yang tercinta tu. Nanti kau bawalah minah pendek kau tu sekali. Dah lama kau tak jumpa dia kan?"
Terus tersengih lebar Carlo mendengar kata-kata Haq itu. Sebut saja nama minah pendek, terus berbunga-bunga hatinya. Rindu la dengan minah pendek tu. Dah seminggu tak jumpa kot! Hehe.
"Kat mana?" Soal Carlo berminat. Yalah kalau minah pendek tu ada, mesti la dia tak tolak punya.
"Jeram Toi"
"Negeri Sembilan?"
Haq hanya angguk kemudian nya.
"Jadi nanti kau satu khemah dengan bini kau, aku satu khemah dengan Najwa la eh?" Soal Carlo yang tak henti-henti tersengih-sengih macam kerang busuk sudah gayanya.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...