HAQ 26

5.8K 262 23
                                    

Puspa memarkir kereta setelah dia sampai di hadapan coffee house yang menjadi tempat pertemuan dia dengan Haq pagi ini. Dia tahu dia sudah terlewat 2 jam. Dia pasrah datang ke sini. Tidak tahu samada Haq masih menunggu atau pun sudah berlalu pergi.

Tergesa-gesa dia keluar dari perut kereta sebelum pintu kereta di tutup dan butang lock di tekan. Dia berlari-lari kecil menuju ke arah coffee house. Pintu kaca terus di tolak kasar sebelum matanya terpandang ke arah sesusuk tubuh yang sedang membuka pintu keluar di belakang sana sepertinya mahu keluar dari situ. Nafas yang sedikit semput cuba di kawal sebaik mungkin. Mujur lah dia masih sempat menemui lelaki itu. Jadi ini bermakna 2 jam Haq tunggu dia di sini tadi? Rasa bersalah mula menjalar dalam diri.

"Zahirul Haq!"

Spontan dia menjerit kecil memanggil nama lelaki itu. Bimbang kalau lelaki itu terus saja keluar ke sana dan dia tak sempat lagi hendak mengejar.

Kaki Haq terus terpasak dari terus melangkah bila dia terdengar nama nya di panggil oleh suara halus itu dari belakang. Pintu kaca yang sudah terbuka tadi, di tutup semula. Tidak jadi melangkah keluar, Haq terus pusing tubuh ke belakang. Seketika matanya tersorot ke arah seraut wajah yang sedang tersenyum manis memandang ke arah nya. Liur di telan berkali-kali sebelum dia melangkah perlahan menghampiri orang yang paling dia tunggu sejak tadi.

"Hai... sorry sebab buat awak lama tunggu.. ingatkan tak sempat jumpa awak kat sini lagi tadi..."

"Err hai.... it's okay... "

Alahai.. kenapa tiba-tiba gugup pulak ni. Haq garu kepala yang tidak gatal. Hati yang mula berdebar di pujuk perlahan supaya jangan buat perangai.

"Errr duduk lah dulu."

Haq menarik semula kerusi tadi. Menjemput Puspa duduk. Kemudian dia labuhkan duduk di hadapan Puspa. Haq berdehem kecil sebelum dia sandarkan tubuh pada belakang kerusi. Dia tarik nafas. Cuba mengatur rentak nafasnya yang sedikit tidak teratur kerana dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Puspa sekarang ini sedangkan tadi dia sudah mati-mati mengingatkan Puspa tidak akan datang ke sini.

"Aku dah oder cappucino tadi, tapi sekarang dah sejuk. Kalau kau nak yang baru, aku boleh oder lagi..."

"Eh.. tak pe.. tak pe... saya dah minum tadi. Terima kasih..."

Puspa sedikit gugup. Ketika masuk ke sini tadi, puas dia menahan debaran di hati. Bila dia melihat penampilan Haq pagi ni, nampak sangat berlainan dari yang biasa dia tengok sebelum ini. Nampak sangat kemas dan lebih matang dengan potongan rambut yang di gel rapi.

Haq angguk. Tidak memaksa. Dia melatari wajah gadis di hadapan nya ini. Dia ukir senyum sekilas.

"Kau sihat?"

"Sihat, alhamdulillah. Awak nampak lain hari ni..."

Haq tergelak kecil.

"Lain? Lain yang macam mana?"

Soalnya ingin tahu.

"Nampak lebih kemas dan nampak matang."

"Jadi sebelum ni aku nampak tak matang ke?"

Soal Haq lagi. Sengaja mahu mewujudkan kemesraan antara mereka.

"Errr... tak.. bukan macam tu maksud saya... "

Serba salah pulak Puspa sekarang. Dia tersalah cakap ke tadi.

Terdengar lelaki itu ketawa lagi.

"Just kidding Puspa...."

Meleret intonasi suara Haq melontarkan kata-kata.

Puspa lepaskan rasa lega. Bimbang kalau dia sudah tersalah cakap ke apa tadi.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now