HAQ 44

5.4K 235 8
                                    

Klak!!

"Selangkah kau bergerak, peluru ini akan menembusi kepala kau!" Suara wanita itu bergema lagi menjengah pendengaran.

Perlahan-lahan Haq turunkan isterinya. Dia terus berpaling ke belakang. Tidak pula dia terkejut melihat gerangan wanita yang sedang mengacu pistol ke arah nya.

"Well... well...well... look who's here.... Perempuan jalang..." Haq tertawa sinis.

Carlo yang berlari laju menghala ke situ terus menghentikan larian nya bila dia melihat Datin Mariah sedang menghala pistol ke arah Haq. Dia kemudian memandang ke arah Haq sebelum Haq memberi isyarat supaya membawa isterinya jauh dari sini. Carlo mengangguk sebelum dia bergerak perlahan menghampiri Haq dan terus membawa Puspa menjauh dari di situ.

Datin Mariah memandang sekilas ke arah Andy yang terbaring di situ dengan berlumuran darah sebelum dia memandang kembali ke arah Haq.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni?" Soal Haq tenang.

"Apa yang aku tak puas hati?" Datin Mariah tertawa di situ.

"Come on la Haq... kau dengan mak kau memang sama je lah. Dua-dua menyusahkan aku!" Tengking Datin Mariah nyaring.

"Iye? Bukan kau tu ke yang menyusahkan kami? Apa kau nak?" Soal Haq tegang.

Datin Mariah ketawa sinis.

"Nyawa kau." Balas Datin Mariah dingin.

Haq jungkit hujung bibir.

"Kau nak nyawa aku? Lepas tu?" Haq terus-terusan memandang tajam ke arah Datin Mariah.

Datin Mariah tertawa kecil.

"Cececece... kau ni mudah sangat di perbodohkan sejak kau kecil kan Haq. Kau tau tak yang mak kau tu perampas!"

Haq tersentak bila perihal arwah ibunya di bangkitkan.

"Apa maksud kau?" Dada Haq sudah mula berombak kencang. Apa kena mengena dengan arwah ibu nya pula sekarang ini.

"Mak kau tu dah rampas Mansur tu daripada aku! Aku yang sepatut nya kahwin dengan bapak kau tu, bukan nya mak kau!"

Pandangan mata yang tadi nya sudah merah, menjadi semakin galak dan bertambah kemerahan. Mendengar kata-kata Datin Mariah, Haq sangat terkejut.

"Kau jangan nak buat cerita!" Haq menafikan. Tidak mungkin arwah ibunya sebegitu.

"Kenapa? Kau tak percaya?" Soal Datin Mariah tersenyum lebar.

"Kalau betul pun mak aku perampas, mungkin sebab kau tu bukan taste Datuk Mansur" Haq tertawa sinis. Sengaja hendak menyimbah api yang sudah sedia marak dalam diri Datin Mariah.

"Sebab tu aku sanggup buat apa saja untuk rosakkan rumahtangga mak dengan bapak kau! "

Haq sekadar diam. Mendengar apa yang di perkatakan oleh Datin Mariah.

"Aku hasut bapak kau. Aku goda dia sampai akhirnya dia termasuk dalam perangkap aku.. dan mak kau... menjadi mangsa dera bapak kau sebab dia termakan hasutan aku. Haha! Bodoh!"

Nafas Haq sudah mula turun naik sekarang ini.

"Apa yang kau dah buat setan!?"

"Benda boleh buat Haq.. aku buat cerita yang mak kau berlaku curang di belakang bapak kau. Dan bapak kau yang bodoh tu pun percaya bulat-bulat. Sebab tu lah hidup kau hari-hari tengok kekejaman bapak kau tu depan mata mendera mak kau sampai mak kau terlantar sakit. Puas hati aku!"

"Jahanam!" Haq mahu meluru namun Datin Mariah terus melepaskan tembakan ke arah kaki Haq namun tersasar.

"Kau bergerak lagi aku tak teragak-agak tembak kepala kau Haq!"

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now