HAQ 51

5.8K 216 18
                                    

Haq menjengah ke dalam bilik. Melihat isterinya masih lagi bersiap di hadapan cermin, lantas dia menghampiri. Tubuh itu terus di peluk erat dari belakang.

Tangan nya melingkar lembut mengepung perut isterinya yang sudah sedikit berbentuk itu. Tak sedar sekarang usia kandungan isterinya sudah memasuki usia 16 minggu. Tinggal lebih kurang dalam 5 bulan saja lagi untuk isterinya melahirkan zuriat mereka ke dunia.

"Tak siap lagi sayang? Nanti kita lambat pula nak ke majlis nikah Carlo tu"

Carlo dan Najwa akan bernikah pada jam 10 pagi nanti dan terus saja membuat majlis persandingan selepas selesai akad nikah. Dan dia juga berbesar hati untuk menaja hotel dan pelamin bagi majlis persandingan Carlo dan Najwa hari ini.

Tambahan pula Carlo dan Najwa dua-dua nak majlis grand bertemakan fantasi. Seorang nak jadi prince charming , seorang nak jadi frozen. Naik pening kepala dia bila duduk berbincang dengan bakal laki bini yang sama saja perangai tak semenggah nya tu.

"Sikit je lagi abang. Kejap ye" Tangan Puspa terus melilit selendang di atas kepala nya.

Haq tongkat dagu ke atas bahu isterinya. Biasan wajah isterinya di dalam cermin di renung dalam.

"Isteri abang ni sejak mengandung semakin bertambah cantik dan berseri-seri. Ini yang orang kata seri ibu mengandung eh sayang?" Soal Haq tersenyum.

Puspa tergelak kecil mendengar kata-kata suaminya. Sepanjang menjalani proses kehamilan ni, dia di tatang bagai minyak yang penuh oleh suaminya. Sedikit pun suami nya tak bagi dia ruang untuk merasa letih.

Dia mengelus perlahan pipi suaminya yang masih lagi memeluk nya dari belakang. Seketika dia memerhati biasan diri mereka di dalam cermin. Hari ini mereka sedondon mengenakan baju berwarna gabungan merah hitam. Warna kesukaan mereka berdua.

"Abang tau tak bila abang pakai baju melayu macam ni, abang nampak segak sangat" Anak mata nya menentang pandangan mata suaminya di dalam cermin.

"Iye? Ni kali kedua abang pakai baju melayu. Yang pertama masa majlis nikah kita dulu" Haq ukir senyum lebar. Terserlah kemanisan yang terukir pada senyuman nya.

Puspa pusing tubuh perlahan. Menghadap suami nya.

"You have a sweet and charming smile abang. Senyum lah selalu kerana senyuman abang itu lah yang akan mewarnai hidup sayang sampai bila-bila"

"Hurmmm... Sweet betul isteri abang cakap macam tu. Jangan sweet-sweet sangat sayang. Takut nanti kita tak sampai-sampai pula ke majlis kahwin Carlo tu" Haq tersengih.

Puspa sudah jegil mata mendengar kata-kata nakal suami nya.

"Eeeii abang ni kan, sempat lagi tu" Puspa memukul manja lengan suaminya.

Haq tergelak kecil. Tangan nya kemudian melekap rapat di perut isteri nya sebelum dia menurunkan tubuh nya dan berlutut di hadapan isterinya. Kemudian dia melekapkan telinga kanan nya ke perut isterinya. Mahu mendengar dan merasai kehadiran anak nya di dalam sana.

"Assalamualaikum anak daddy.. How are you today my baby? Cepat membesar ye baby. Daddy dah tak sabar nak jumpa dengan baby ni" Haq berbicara sendiri dengan anak nya.

Puspa tersenyum bahagia. Rambut suami nya di elus penuh kasih.

"Baby jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan ibu. Nanti bila baby dah lahir, biar daddy pula yang akan jaga baby okay"

Haq kemudian berdiri. Wajah cantik isterinya di tatap dalam.

"Abang nak baby girl atau boy?"

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now