HAQ 7

7.6K 304 32
                                    

Carlo melangkah masuk ke kelab malam selepas mendapatkan beberapa maklumat mengenai restoran Zain tadi atas arahan Haq. Sekarang dia banyak buat kerja-kerja bodoh pulak sebab Haq tu dah gila. Kedai makan yang tak ada kena mengena dengan urusan mereka pun Haq nak cari pasal, sibuk nak suruh cari maklumat apa segala. Apa yang lelaki tu nak buat sebenarnya? Carlo betul-betul tak puas hati sekarang ni.

Haq melihat sekilas ke arah Carlo yang baru melabuhkan duduk di hadapannya. Dia sedari tadi hanya duduk di situ memerhati gelagat-gelagat pengunjung kelab malam yang sedang rancak menari. Tak kurang juga pasangan yang sedang rancak berpelukan dan bercumbuan tanpa segan silu. Haq sekadar senyum sinis sambil menggeleng kepala perlahan.

"So? Apa maklumat yang kau dapat?"

Soalnya memandang ke arah Carlo yang nampak sangat muka tak puas hati nya tu.

"Owner kedai tu atas usahasama dua beradik, Zain dan adik dia  Razea Puspa. Mak ayah dah lama menemui tuhan. Dulu tu kedai makan kecil-kecilan je. Ada bajet lebih sikit sekarang dah upgrade jadi restoran."

Jelas Carlo ringkas. Bagi nya tak ada apa-apa yang menarik pun pasal owner restoran ni yang Haq berminat sangat nak tahu.

"Aku nak tahu pasal Razea Puspa."

Carlo kerut dahi. Dia picing mata melihat wajah bersahaja Haq sekarang ni. Macam sesuatu sangat mamat ni.

"Apesal berminat sangat nak tahu pasal perempuan ni?"

Soal Carlo lagi. Jangan cakap yang Haq dah tangkap cintan pulak dengan perempuan entah siapa-siapa ni. Dia tak nak Haq lupa dengan kegiatan mereka yang sentiasa berdepan dengan bahaya yang boleh membahayakan nyawa sesiapa saja yang ada kaitan dengan mereka.  Lebih-lebih lagi kalau mereka melibatkan soal hati dan perasaan. 

"Kau jangan banyak tanya lah. Apa maklumat yang kau dapat pasal Puspa?"

Amboi! Puspa ek? Kemain lagi Haq ni ye.

"Sejak bila kau mandai-mandai panggil nama perempuan ni Puspa? Macam kau dah kenal lama aje dengan dia.."

Kedengaran Haq berdecit. Geram betul dengan Carlo yang banyak sangat cakap sekarang ni.

"Sebelum aku tumbuk gigi kau sampai patah, baik kau bagitau apa yang aku nak Carlo!"

Naik seoktaf sudah suara Haq sekarang. Terasa hilang sabar.

Carlo mencebik sebelum dia membuka telefon bimbitnya untuk meneliti lagi maklumat yang telah diperoleh daripada anak-anak buah mereka tadi.

"Nama penuh Razea Puspa bt Luqman. Berusia 28 tahun. Baru balik ke sini dalam 3 bulan yang lepas selepas dia menamatkan pengajian di UNIMAS Sarawak. Sekarang bergerak sebagai Pegawai Psikologi secara persendirian je. Ada masa dia akan pergi la ke sekolah, jabatan kerajaan, swasta untuk buat sesi kaunseling. Job tetap dia sekarang tolong abang Zain dia tu lah kat restoran tu."

"Dia dah kawin ke belum?"

Huih! Straight to the point betul soalan Haq.

"Ermm setakat ni single lagi la kot. Tak tau la kalau dah ada pakwe ke.. tunang ke... selagi status belum kawin, anggap je la masih single.."

Balas Carlo ringkas.

Haq angguk kepala perlahan-lahan. Jemarinya mengusap-usap dagunya seakan-akan berfikir sesuatu.

"Aku rasa sekarang ni aku memang perlukan khidmat kaunseling."

Tutur Haq tanpa riak.

Carlo pula sudah ternganga dan buntang mata. 

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now