HAQ 29

5.5K 236 28
                                    

"Kau nak duduk dalam kereta ni aje ke minah pendek? Aku nak keluar ni."

Carlo terus mematikan enjin kereta. Memang haru betul lah hidup dia hari ni gara-gara duduk berdua dengan minah pendek ni sepanjang perjalanan ke sini. Tanpa menunggu dia terus saja keluar dari kereta. Tak kuasa lah nak melayan minah yang tengah mogok ni. Rimas tau tak.

Najwa mendengus geram. Pintu kereta di buka kasar sebelum di hempas sekuat hati bagi melepaskan rasa geram nya. Terkejut Carlo mendengar. Automatik kepala nya terpusing 360 darjah dan dia terus berlari laju ke sebelah. Pintu kereta di belek-belek dan di periksa berkali-kali. Dia mendengus geram.

"Kalau tercalar atau rosak pintu kereta ni ,siap kau! Tak boleh nak tutup elok-elok ke hah?"

"Huh! Lain kali memang aku sepak je pintu kereta kau ni. Alang-alang dah kau kata macam tu kan?"

Balas Najwa sakit hati. Menyampah betul la!!!

"Cuba la kalau kau berani! Kalau nak merasa kena tanam 7 lapisan bumi!"

"Bluwekkkkkk!!"

Najwa terus jelir lidah ke arah Carlo. Sengaja nak menyakitkan hati mamat tak ada adab tu.

Terbuntang mata Carlo melihat Najwa yang sedang mengejek nya begitu. Dia mula merasa geram.

"Kau ejek aku? Kau memang nak kena niii!!!!"

Carlo tidak menunggu dia terus saja mahu meluku dahi Najwa. Namun Najwa tidak menunggu di situ, dia terus berlari mahu menyeberangi jalan tanpa menoleh lagi ke kiri dan ke kanan.

"Wooo minah pendek! Kau nak lari ke mana hah! Aku dapat kau, memang siap kau nanti!"

"Hahahah!! Kejar lah kalau kau dapat Carrot!!!!"

Laung Najwa sebelum dia terus saja menonong berlari.

Carlo terus mengejar Najwa yang sudah meluru berlari ke tengah jalanraya. Namun pandangan mata Carlo tertancap ke arah sebuah kereta yang datang dari arah kanan jalan yang nampak laju menghala ke arah Najwa. Kemudian pandangan nya terhala ke arah Najwa yang sudah sampai di lorong kanan jalan.

"Najwaaa!!!! Keretaaa!!!"

Pantas Carlo berlari selaju mungkin dan terus menarik tubuh Najwa ke tepi jalan. Kereta tadi terus saja meluncur laju melimpasi mereka. Nasib baik sempat. 

"Aduh!!!"

Najwa menyeringai kesakitan bila siku nya bergesel dengan permukaan jalan. 

"Kau tak apa-apa? Kau okay tak ni?"

Cemas Carlo melihat Najwa yang hampir-hampir saja kena langgar tadi. Namun mereka tidak sedar kedudukan tubuh mereka sekarang ini. 

"A...aku okay...o...okay...."

Najwa menahan debar dan rasa terkejut yang masih belum hilang. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja tubuh nya terasa di tarik dan terus terjatuh ke tepi jalan.

Najwa memandang ke arah Carlo yang sedang memandang ke arah nya sekarang. Dengan kedudukan Carlo yang berada di atasnya, Najwa telan liur berkali-kali. Berdegup kencang jantung nya sekarang. Tubuh mula terasa menggigil.

"Err kau... to...tolong bangun!!"

Najwa menolak-nolak dada Carlo yang bagai terkaku saja di atas nya sekarang ini.

"Bangunnnn!!!"

Jerit Najwa menyebabkan Carlo terus tersentak dari lamunan nya tadi. Tergesa-gesa dia bangun dan menjarakkan diri Najwa. 

Carlo urut dada yang tiba-tiba merasa berdebar. Dah kenapa ni? 

"Err sorry...sorry...aku tak sengaja."

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now