"Setan betul! Dah la tak ada persediaan langsung nak berlumba ni. Ni semua cik kaunselor tu punya pasal la. Kalau aku tak ingat sikit kau ni Haq, memang aku luku-luku kepala kau sampai berlubang!"
Carlo membebel siap menyumpah-nyumpah dalam kereta nya. Jam di dashboard AMG GTR di kerling sekilas. Sudah pukul 2.30 pagi. Ni semua Haq punya pasal. Ingatkan boleh la tidur awal sikit dalam pukul 3 pagi ke hari ni. Awal la sangat tu Carlo nak tidur jam 3 pagi. Baik kau buat sembahyang tahajjud, tak pun solat taubat, kasi kikis dosa dan syaiton dalam badan kau tu.
Carlo kerut dahi. Dah kenapa pulak ada ceramah agama menerjah masuk ke dalam telinga dia ni. Gangguan betul lah.
Kaki sedari tadi sudah rancak bermain dengan pedal minyak. Kereta Benjamin di sebelah di kerling tajam. AMG GTR vs BMW i8. Dah lama dia tak tunjuk skill ni. Syok juga ada peluang nak race malam ni. Hahahaha. Kau tunggu jap lagi ye. Kalau boss kau tu anjing kurap, kau pulak anak anjing liar tak cukup umur.
Terus berdekah-dekah Carlo ketawa sendiri di situ. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahu lah.
Haq menekan pedal minyak perlahan. Di tekan-tekan sehingga menghasilkan bunyi garang pada lubang ekzos di belakang. Pandangan hanya di fokus ke hadapan. Tidak dia menoleh ke sebelah. Apa pun yang terjadi dia dan Carlo perlu memenangi perlumbaan malam ini. Hanya kerana demi memiliki seorang gadis bernama Puspa.
Amar ukir senyum sinis. Dia sekadar santai sambil menunggu jarum saat yang menjadi penanda masa bergerak ke saat yang sudah di tetapkan.
Tak semudah itu kau nak ambik apa yang dah jadi kepunyaan aku Haq. Amar ketawa kecil.
Sebaik sahaja jarum saat di dashboard kereta masing-masing menunjukkan ke saat 2.59.59, ke empat-empat buah kereta yang memiliki kelajuan kuasa tinggi dengan bunyi ngauman enjin yang garang itu mula bergerak keluar dari situ memasuki ke arah lebuhraya.
Haq yang membawa kelajuan awal dari 150 km per jam, meningkatkan kelajuan kepada 200 km per jam.
Amar juga tidak mengalah. Kelajuan naik sama rata bersaing dengan kereta Haq di sebelah. Dia menoleh ke sebelah. Kau sedang bermain dengan api Haq. Kau takkan dapat perempuan yang dah menjadi milik aku.
Carlo pula naik seronok memandu AMG GTR kepunyaan Haq itu. Sekejap dia di depan, sekejap dia di belakang bila kereta Benjamin dapat menyainginya. Dia tidak akan membiarkan anak anjing liar tak cukup umur tu menang. Lagi pun Haq dah bagi warning dengan dia tadi jangan sesekali kalah.
Fuh! Carlo tarik nafas sedalam mungkin. Stereng kereta di genggam kuat sebelum dia mula menukar gear kereta dan terus menekan pedal minyak sehingga habis.
Sekarang ke empat-empat buah kereta itu sudah berada di lebuhraya empat lorong. Haq dan Carlo sudah berada di hadapan sekali ketika ini.
Mereka terus memecut laju bila Amar dan Benjamin masih mampu mengejar di belakang. Menggunakan teknik dan skill yang ada, Haq dan Carlo terus menguasai perlumbaan malam ini dengan menyekat setiap celah-celah laluan yang cuba hendak di bolosi oleh Amar dan Benjamin. Ke kiri ke kanan keempat-empat kereta itu bergerak hendak bersaing antara satu sama lain.
Carlo terus menyaingi McLaren Haq. Mereka beriringan. Haq menurunkn cermin tingkap di sebelahnya. Carlo turut berbuat perkara yang sama dengan menurunkan cermin tingkap bahagian penumpang sebelah pemandu.
Haq angguk sebagai memberi isyarat kepada Carlo. Carlo yang memang susah sedia faham dengan isyarat Haq, turut mengangguk sebelum kedua-dua mereka memusat pandangan ke hadapan dan terus saja memecut laju meninggalkan Amar dan Benjamin jauh di belakang.
Berdecit bunyi tayar kereta bila mereka sudah tiba di garisan penamat. Haq senyum lebar sebelum dia melangkah keluar dan kemudian bersandar di sisi kereta sambil berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
عاطفيةAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...