Amaran keras‼️
Minuman keras adalah haram bagi umat Islam ❌******
Rokok yang tinggal separuh di sedut dalam-dalam. Kemudian asap di hembus ke udara berkali-kali. Sungguh dengan cara ini lah paling menenangkan minda dan hatinya. Mata sedari tadi leka memerhati wanita-wanita yang sedang menari di depan sana. Berpelukan tanpa mengira jantina. Kepalanya ikut terangguk-angguk mengikut bunyi rentak muzik yang begitu membingitkan telinga.
Gelas yang berisi minuman keras di capai dan di teguk rakus. Sesekali tangan nya mengusap bahu seorang wanita yang sedang duduk meliuk lintuk di sebelahnya. Bibir mengukir senyuman kecil.
"Jom menari Haq..."
Ajak wanita itu dengan penuh menggoda. Tubuh yang hanya di baluti pakaian singkat sehingga menampakkan segala aset yang ada, Haq pandang dengan gelengan perlahan.
"You pergilah. I tak ada mood nak menari..."
Rokok di sedut lagi sehingga habis sebelum di campak ke lantai dan di pijak kasar dengan kasutnya.
"Alaa Haq... come on...I akan layan you baik punya..."
Wanita itu tersenyum menggoda dan terus cuba memujuk sambil menarik tangan Haq untuk mengikutnya bangun. Baru saja Haq mahu bangun, dia tidak jadi angkat tubuh bila mendengar namanya di panggil oleh seseorang.
"Haq!"
Haq menoleh. Dia kemudian memberi isyarat kepada wanita tadi untuk pergi dari situ. Kalau Carlo dah muncul ni, mesti ada hal yang sedang berlaku ni.
Haq kembali labuhkan duduk. Wajah Carlo yang nampak cemas di pandang seketika.
"Apa lagi masalah kali ni Carlo?"
Soalnya mendatar. Riak tenang tetap terpamer di wajahnya. Rambut nya yang berwarna kelabu di raup ke belakang. Wajah tampan yang persis wajah jejaka cina, membuatkan dia di gilai oleh pengunjung-pengunjung wanita yang datang berhibur di kelab malam miliknya.
"Macam biasa lah anak-anak buah bapak kau.. tak habis-habis nak cari pasal."
Haq mendengus kasar. Dia kemudian menongkat kedua-dua sikunya di atas lutut. Rahang bergerak-gerak menahan rasa geram. Hubungan nya dengan Datuk Mansur memang langsung tidak pernah baik. Dia sangat bencikan lelaki itu kerana lelaki telah menyebabkan kematian ibunya 15 tahun yang lalu.
Dia membesar dalam keluarga yang tiada kasih sayang, tiada cinta dan tiada kemesraan dari kedua ibu bapanya. Yang ada hanyalah kekerasan dan kekejaman. Hidup remaja nya hanya terhidang dengan kekejaman ayahnya melayan ibunya sehingga ibunya di sahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan kerosakan organ-organ dalam badan akibat kerap kali di dera oleh ayahnya. Dia sendiri tidak pernah kenal dan merasai erti kasih sayang yang mencukupi dari kedua orang tua nya. Lantas dia terus membesar menjadi seorang lelaki yang kurang kasih sayang dan berhati beku.
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomansaAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...