HAQ 50

5.9K 211 5
                                    

"Elok-elok sayang" Haq membantu menduduk kan tubuh isterinya di atas katil. Mahu isterinya mendapat rehat yang secukup nya.

"Ye abang. Jangan la risau sangat" Pujuk Puspa lembut. Risau betul wajah suami dia tu sejak tau dia mengandung ni.

"Mesti la abang risau sayang. Abang nak sayang sentiasa sihat dan terjaga. Ingat pesanan abang tadi, jangan nak buat apa-apa kerja lagi lepas ni"

Puspa tersenyum senang. Entah berapa puluh kali sudah suaminya berpesan perkara yang sama tadi.

"Makan ubat ni sayang. Jangan skip makan" Haq membelek bungkusan ubat di tangan nya. Di baca satu persatu label yang tertera pada bungkusan ubat. 

"Folic Acid, Iron Tablet, Vitamin B dan Vitamin C " Lantas 4 jenis ubat di hulurkan kepada isteri nya.

Puspa menyambut huluran ubat dari suaminya. "Banyak nya ubat nak kena makan ni abang"

"Untuk baby kita jugak kan sayang. Kena la makan. Abang memang tak sabar nak jumpa baby ni"

Puspa tertawa kecil. Dia tidak lagi membantah lantas terus saja ubat itu di masukkan ke dalam mulut sebelum dia meneguk air di dalam gelas yang di hulurkan oleh suaminya.

"Sayang ada nak makan apa-apa tak? Tadi sayang dah banyak muntah, mesti perut sayang dah kosong balik ni" Lantas telapak tangan di tekap ke perut isterinya yang kempis.

Puspa menggeleng perlahan. Dia benar-benar merasa lemah sekarang ini. Rasa hendak tidur saja sekarang. Selera pula hilang entah ke mana.

"Sayang tak larat la abang. Sayang nak tidur sekejap boleh? Rasa pening pulak kepala ni"

"Okay. Sayang rehat lah"

Haq terus saja memperbetulkan bantal di kepala isterinya. Melihat isterinya yang sudah memejamkan mata, lantas dahi itu di kucup penuh kasih. Comforter tebal terus di tarik sehingga ke paras dada isterinya sebelum dia berlalu keluar dari situ untuk menghala ke dapur.

"Puspa macam mana Haq?" Tegur Nirmala bila melihat anak nya muncul di dapur.

Tetamu juga semua sudah minta diri sekejap tadi semasa Haq dan Puspa sampai ke rumah. Semua tumpang gembira bila mendengar berita yang mengejutkan ini tadi.

"Dia dah tidur ibu"

"Orang mengandung ni emosi dia akan jadi tak menentu. Kadang-kadang boleh jadi lemah, boleh jadi cergas. Ada masa cepat terasa hati, cepat marah. Tugas Haq sebagai suami kena pandai main peranan dalam menjaga emosi isteri supaya tak menjadi teruk. Jaga isteri elok-elok ye nak. Pastikan Puspa mendapat perhatian yang secukupnya dari Haq."

Haq mengangguk. Faham dengan apa yang di sampaikan oleh ibunya.

"Inshaallah bu. Haq akan jaga isteri Haq sebaik-baiknya"

"Nanti ibu masakkan bubur. Kalau Puspa dah bangun nanti, bagi lah dia makan sikit. Takut nanti perut tu masuk angin"

Haq tersenyum. Disaat isterinya berbadan dua, dia ada seorang ibu yang menjadi tempat untuk dia bertanya dan berbicara selain dari Mak Mona. Sekarang dia merasakan hidup nya sudah benar-benar lengkap seperti keluarga orang lain.

"Thank you ibu.. Sebab ibu ada di saat Haq benar-benar perlukan dorongan dan sokongan dari seorang ibu" Lantas tubuh ibunya di peluk erat sebelum dia mengucup penuh kasih pipi ibunya.

****

Penuh hati-hati Haq menatang dulang yang berisi semangkuk bubur nasi menaiki anak tangga. Sudah 2 jam isterinya tidur sejak balik dari klinik tadi. Sekarang sudah pukul 5 petang. Dia akan pastikan isterinya makan.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now