HAQ 43

4.9K 219 19
                                    

Haq terus berlari ke sekitar kawasan itu untuk mencari di mana isterinya di sembunyikan. Dia masuk ke celah-celah laluan kontena yang sempit. Mata melilau ke kawasan sekeliling. Seketika telinga nya menangkap bunyi sayup-sayup kedengaran suara meminta tolong. Tidak membuang masa, dia terus berlari ke arah dari mana datang nya suara itu. Semakin hampir dan semakin jelas dia dapat mendengar suara isterinya.

Kaki di ayun selaju mungkin untuk berlari ke situ. Dia sudah tidak dapat menahan kemarahan nya lagi saat ini. Kalau betul Andy cuba untuk membuat sesuatu pada isterinya, dia tidak akan teragak-agak untuk membunuh lelaki itu. Seketika dia terpandang akan sebuah bilik kecil di hujung sana dengan daun pintu tertutup rapat. Dia terus berlari meluru ke situ. Suara isterinya yang sedang meminta tolong semakin kuat kedengaran dari dalam sana.

Tombol pintu yang berkunci menghentikan tindakan nya. Tidak berfikir panjang, daun pintu itu terus saja di tendang dengan kuat sehingga terbuka. Dan matanya terus tersorot ke arah Andy yang sedang menindih tubuh isterinya dalam keadaan pakaian isterinya yang sudah separuh terbuka. Dada nya sudah mula berombak kencang.

Haq terus meluru ke situ. Tubuh Andy terus di tarik kasar sebelum dia melayangkan penumbuk ke muka Andy dan terus menerajang tubuh lelaki itu sekuat hati sehingga Andy terpelanting ke tepi dinding.

"Abanggg!!!" Puspa sudah hampir kehilangan tenaga kerana terlalu banyak menangis. Namun bila melihat wajah suaminya di situ, hati nya sedikit lega.

Haq terus menghampiri isterinya. Matanya memanah tajam ke arah tubuh isterinya yang separuh terdedah. Hampir hilang kewarasan akal nya bila membayangkan Andy yang sangat berani menyentuh wanita kesayangan nya ini. Wajah isterinya yang lebam dan luka di tatap dalam.

"Abang! Abang! Sayang takut!" Puspa sudah teresak-esak menangis. Dia memeluk erat tubuh suaminya.

Haq terus membuka jaket nya dan menutupi tubuh isterinya.

"Abang akan lindungi sayang" Sekilas dia mengucup dahi isterinya sebelum dia berpaling semula ke arah Andy yang masih berkerut menahan sakit di tepi dinding.

"Jahanam kau Andy! Aku bunuh kau!" Haq kemudian meluru semula ke arah Andy.

Tak teragak-agak Haq terus menyepak Andy bertubi-tubi. Dia kemudian menghadiahkan penumbuk berkali-kali ke muka Andy sehingga Andy terduduk lemah di situ.

"Kau sentuh orang yang aku sayang, kau memang tempah maut Andy!!!!!" Haq menjerkah kuat.

Tubuh Andy terus di seret kasar dan di tendang ke luar bilik kecil itu. Dia mahu melampiaskan kemarahan nya sepuas hati. Tubuh Andy yang terjelopok di luar kemudian di tarik hingga lelaki berdiri. Kolar baju lelaki itu di cengkam sekuat hati. Dia memanah tajam ke muka Andy dengan pandangan mata yang penuh amarah.

"Kau sentuh isteri aku?" Soal Haq dengan riak bengis.

Andy jungkit hujung bibir. Tangan nya galak mahu melepaskan cengkaman tangan Haq pada kolar baju nya namun tidak berjaya.

"Kau tahu apa akibat nya kalau orang kacau hak aku?" Soal Haq lagi.

Andy kemudian tertawa perlahan.

"Rileks laaa adik ku.... benda boleh rasa, buat apa nak tengok saja kan?"

Semakin turun naik nafas Haq mendengar kata-kata lelaki itu.

"Apa yang kau dah rasa?" Haq semakin menguatkan cengkaman tangan nya pada kolar baju Andy menyebabkan lelaki itu mula terbatuk-batuk kecil.

"Haq...Haq... aku kesian sungguh la dengan hidup kau ni.... kenapa eh asal kau sayang seseorang tu, mesti ada je bala yang menimpa? Cececece..... dulu mak kau, laki dia kena rampas, sekarang bini kau, aku dah sempat kongsi rasa... manis Haq...." Andy terus-terusan ketawa sambil menjilat bibir nya dengan lidah.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now