HAQ 49

5.9K 247 30
                                    

"Tahniah Encik Zahirul. Puan Puspa mengandung dah 8 minggu" Ujar doktor yang bernama Fatimah itu.

Haq sudah ternganga. Terkebil-kebil mata nya mendengar kata-kata doktor Fatimah itu. Antara percaya atau tidak. 

"Serius ni doktor?" Soal nya inginkan kepastian.

"Ye Encik Zahirul. Nanti boleh ambil ubat dekat kaunter. Pastikan Puan Puspa makan ubat setiap hari. Jangan skip ye. Ubat tu penting untuk tumbesaran janin dan pastikan Puan Puspa banyakkan rehat dan jangan buat kerja-kerja berat buat masa ini"

Haq masih merasakan yang dia seakan sedang bermimpi sekarang ini. Isterinya mengandung? Jadi dia... bakal jadi ayah? Hati mula berdebar-debar. Betul ke apa yang dia dengar ni? Ya Allah....alhamdulillah kalau betul, dialah lelaki yang paling bahagia sekali sekarang ini. Dia bakal ada zuriatnya sendiri. Dia benar-benar tidak menduga akan rezeki yang hadir ini. Sungguh Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada hamba Nya.

Seketika dia melihat ke arah isterinya yang baru keluar dari bilik rawatan di bahagian sebelah. Melihat wajah pucat isterinya, terus saja dia bangkit berdiri dan mencapai tangan isterinya. 

"Terima kasih doktor" Ujar Haq perlahan sebelum dia memimpin isterinya keluar.

"Sayang duduk dulu. Abang pergi ambil ubat sekejap" Terus saja Haq berlalu dari situ untuk mengambil ubat sebelum dia menghampiri semula isterinya yang masih setia duduk di situ menunggu nya.

"Okay, dah. Kita balik ye sayang" 

Puspa tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia sendiri pun teruja bila doktor mengatakan yang dia mengandung tadi. Hampir menitis airmatanya bila doktor menunjukkan imbasan imej bayi nya yang masih kecil di skrin monitor tadi. Tanda cinta nya dengan suaminya sedang membesar dalam rahim nya. 

Baru Puspa hendak bangkit berdiri, terasa tubuh nya melayang ke udara. Terjerit kecil dia di situ.

"Abangg!!" Rasa gayat pula sekarang ini dengan keadaan badan nya yang masih lemah. Tengkuk suami nya di peluk erat.

"Mulai hari ini, abang akan jaga sayang dengan sebaiknya sebab isteri abang ni tengah bawa satu lagi nyawa sekarang ni. Dan sekarang abang kena double kan perhatian abang untuk sayang. Abang akan layan isteri abang ni macam permaisuri. So lepas ni sayang tak di benarkan lagi buat sebarang kerja-kerja kat rumah tu. Just rehat. Jaga anak abang baik-baik kat dalam ni, okay?"

Puspa menggeleng perlahan sebelum dia ukir senyum ke arah suaminya. Dapat dia lihat riak bahagia yang terpancar jelas di wajah suaminya sekarang ini.

"Thank you sayang, atas hadiah yang paling bermakna untuk abang kali ini. Abang akan pastikan sayang dan anak kita akan mendapat kasih sayang yang secukupnya dari abang"

****

Selepas selesai mencuci semua pinggan kotor, Najwa mencuci pula bahagian dalam sinki dan sekelilingnya. Mahu memastikan kawasan dapur nampak bersih dan kemas. Sementara menunggu Haq dan Puspa balik dari klinik ni, lebih baik dia tolong kemaskan apa yang patut. Selepas semua selesai makan tadi, dia sudah kemaskan semua nya dan sekarang semua kerja-kerja pun dia sudah siapkan. Puspa tengah tak sihat sekarang ini jadi dia tak nak kawan tu semakin bertambah letih nanti.

Dua plastik sampah besar yang sudah penuh itu terus diikat ketat sebelum Najwa membawa nya keluar dari kawasan rumah untuk di buang ke dalam tong sampah. 

Dia mengheret dua plastik sampah yang terasa berat itu menghala ke arah pintu pagar. Namun tiba-tiba saja dia merasakan plastik sampah itu di tarik dari tangan nya.

"Eh!" Najwa terus menoleh.

Plastik sampah itu sudah selamat berada di tangan Carlo. Najwa tayang riak kelat.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now