HAQ 53 (FINAL)

8.7K 281 49
                                    

Puspa sudah di tempatkan ke wad rawatan biasa selepas dia selesai menjalani proses-proses mencuci dan menjahit luka selepas bersalin tadi. Mujurlah dia tidak mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan Eiman tadi. Dia benar-benar bersyukur kerana lahirnya Eiman ke dunia telah melengkapkan kehidupan dia dan suaminya.

Dia menoleh sekilas ke arah bayi nya yang terlena di atas katil bayi di sebelahnya. Kenyang selepas menyusu tadi. Suaminya pula sedari tadi tidak lepas langsung dari merenung anak mereka sebaik sahaja suaminya sudah mengiqamatkan Eiman tadi.

"Sebijik macam muka daddy dia" Puspa tertawa kecil. Eiman benar-benar mewarisi wajah suaminya sampaikan lekuk indah yang terbentuk di pipi pun Eiman ikut mewarisi suaminya.

Haq yang ralit mengelus pipi anaknya, angkat muka memandang isterinya. Senyuman manis di ukir buat isterinya.

"Baby boy abang kan, mesti la macam muka abang, kan Eiman?" Entah kenapa merasa teruja benar melihat bayi nya ketika ini.

Sewaktu pertama kali Eiman di serahkan kepada nya tadi untuk di iqamatkan, menggigil juga rasa tangan nya kerana seumur hidup nya tak pernah sekali pun dia memegang bayi sekecil ini.

"Mulai hari ni daddy yang akan jaga Eiman. Biar ibu rehat cukup-cukup. Tak nak susahkan ibu okay" Haq mengucup sekilas dahi anak nya sebelum dia kalih duduk rapat di sisi isterinya.

"Thank you my love, kerana telah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat abang. Abang janji akan jaga sayang dan anak kita melebihi diri sendiri" Tangan isterinya kemudian di kucup penuh kasih.

"Thank you jugak abang sebab dah jadi suami yang terbaik untuk sayang. Kekal lah menjadi suami terbaik sayang sampai syurga nanti. Sayang cintakan abang sangat-sangat. Dunia dan akhirat"

Haq ukir senyum bahagia mendengar kata-kata isterinya. Sekarang dia merasakan dirinya sudah benar-benar lengkap dengan kehadiran si comel ni.

"Lama ke abang nak kena puasa ni sayang?" Haq tayang sengih.

"Ha ah, lama abang. 100 hari"

"100 hari? Aduh lamanya sayang. Tapi abang masih boleh kiss kan?"

Puspa tergelak kecil mendengar kata-kata suaminya.

"Can I kiss you, love? Just an appreciate kiss for my wife"

Puspa tidak membalas. Dan dia hanya membiarkan bila suami nya sudah menyatukan bibir mereka untuk seketika.

"Thank you sayang... "

Seketika mereka berpaling bila mendengar bunyi kuakan daun pintu dibuka dari luar. Muncul Nirmala bersama dengan Najwa dan Carlo di situ.

"Haiii mommy.....congratulation " Najwa terus menerpa dan memeluk erat Puspa di situ.

Puspa tergelak kecil melihat tingkah sahabat nya. Najwa sekarang pun sudah berbadan dua. Usia kandungan nya sudah mencecah 16 minggu.

"Thank you my bff"

"Nah.. Hadiah untuk baby" Lantas hamper yang berisi barangan bayi di serahkan kepada Puspa sebelum Najwa bergerak ke arah katil bayi.

Ditilik dalam-dalam wajah anak Haq dan Puspa yang masih kemerahan itu.

"Alololo comei nyeee... Macam muka daddy dia.. Ala baby baby tomei tomei" Rasa geram pula Najwa sekarang ni.

Carlo yang memerhati sejak tadi sekadar tayang senyum.

"Tahniah bapak orang. Eeiii dah jadi bapak la kawan aku ni" Carlo tersengih memandang ke arah Haq.

Haq mencebik. "Aik abis tu kau tu bukan dah nak jadi bapak orang jugak ke? Cepat betul kau buat kerja ya Careem"

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now