Tekun sepasang mata coklat meneliti sebut harga di skrin laptop. 30 minit masih di muka surat yang sama. Diurut lembut belakang tengkuk bagi menghilangkan rasa tegang.
"Mahalnya harga kabel sekarang," keluh Aryssa.
"Ryss, Encik Mizi panggil masuk bilik dia sekejap" pesan Fakhri yang baru sahaja pulang dari berjumpa bos mereka itu.
'Aduh, ni yang lemah ni. Tak lain tak bukan, sama ada kena tambah kerja atau kena overtime.' Lemah kaki Aryssa melangkah masuk ke dalam bilik Tarmizi.
"Yes, Encik Mizi?' Aryssa sudah berdiri di hadapan meja besar Tarmizi dengan senyuman manis.
"Ryss, sekejap lagi pukul 10.00 kita pergi HQ KR Builders, meeting pertama kita dengan diorang. Dah nak sebulan kita dapat projek ni, baru diorang panggil jumpa untuk meeting. Saya tahu ni kerja Melissa, tapi since dia on emergency leave, Ryss sebagai assistant dia, kena take over lah sementara dia tak ada ni," arah Tarmizi tanpa memandang ke arah Aryssa. Sibuk menyusun dokumen dan fail untuk dibawa nanti.
"Err, okay boleh. Saya akan take note info penting and kalau ada apa-apa progress, saya update dalam meeting tu on behalf of Kak Melissa," balas Aryssa.
'Dah agak, bertambah kerja aku hari ni.'
"Thank you, Ryss. I know I can rely on you."
*****
Melangkah 4 pasang kaki ke ruang lobby HQ KR Builders, terpegun masing-masing dengan reka bentuk dalaman pejabat itu. Jauh beza dengan syarikat Tarmizi yang baru bertapak dalam industri pembinaan selama 10 tahun.
Pernah juga Aryssa memasang niat untuk menghantar resume ke KR Builders, tetapi rasa sayangnya terhadap TESB begitu utuh. 7 tahun Aryssa berkhidmat di TESB dari tamat diploma hinggalah sekarang. Benefit yang diberikan oleh syarikat itu juga tidak kurang hebatnya.
"Encik Mizi, projek baru kita ni, nak buat lagi satu cawangan office untuk KR Builders kan? Kenapa KR Builders tak buat sendiri je?" soal Wanaa rakan sekerja Aryssa. Aryssa juga mengangguk ingin tahu.
"Sedengar saya lah, sebelum ni memang diorang nak buat sendiri, tapi since Managing Director dah bertukar, diorang ikut plan MD baru. MD baru ni anak lelaki kepada owner KR Builders. So, MD baru nak company kecil macam company kita ni cuba masuk tender. Alhamdulillah kita dapat. Dia nak tolong company kecil build name lah, kasi projek cun-cun. Melayu support melayu," jawab Tarmizi.
"Ooo, faham," serentak Aryssa, Wanaa dan Fakhri mengangguk.
"Sekejap lagi kita jumpa MD diorang. Projek ni diselia ketat oleh MD sendiri. Saja lah nak bagi tahu, MD KR Builders ni muda lagi. Handsome katanya," sengih Tarmizi.
'Handsome tara mana tu?' bisik hati Aryssa.
Masing-masing mengambil tempat duduk di dalam bilik mesyuarat. Kelihatan seorang gadis sibuk mengedarkan agenda mesyuarat berserta 1 lampiran kedatangan untuk mereka isi.
"Ryss, Kak Melissa teruk ke alahan dia?" tanya Wanaa yang duduk di sebelah kanannya.
"Teruk juga, makan je muntah, makan je muntah. Warded seminggu," jawab Aryssa sambil tangannya mengisi maklumat dirinya di lampiran kedatangan sebelum diserahkan pula kepada Fakhri yang duduk di sebelah kirinya.
"Alah, kesiannya, kau kena take over kerja Kak Melissa la nampaknya."
"Begitu lah nampaknya," cebik Aryssa.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...