Usai sahaja majlis nikah selesai, melilau mata Aryssa mencari seseorang.
"Cari siapa sayang?" Tersentak Aryssa apabila terasa rapat suara garau lelaki di telinganya.
"Ya Allah, Ad. Terkejut aku." Tersengih Ku Adlee lalu mengenggam tangan dan dicium lembut kekura tangan Aryssa.
"Ad, malu lah nanti orang nampak."
"Malu apa, bukan cium tempat lain," tersengih Ku Adlee nakal.
'Eh, miang pulak mamat ni,' bisik hati Aryssa.
"Ad jangan miang sangat eh. Nanti aku return kau dekat mama minta refund baru tahu," ugut Aryssa.
"Hahahaha! Kau cari siapa dari tadi terhendap-hendap," soal Ku Adlee kembali serius.
"Mana Raifa? Raifa tak balik dari Sydney ke?"
"Balik... tapi dia tak nak datang since dia dah tahu hal ayah dengan kau," ujar Ku Adlee perlahan. Erat tangan Aryssa digenggamnya.
Jelas berubah riak wajah Aryssa. Berat keluhan dilepaskan.
"Kau jangan risau, marah-marah Raifa, dia tak pernah buat benda bukan-bukan dekat orang yang dia marah tu. Biar dia cool kan diri dia sendiri dulu," pujuk Ku Adlee.
Perlahan jarinya mengusap pipi Aryssa.
"Ad, sejak bila tangan ni suka tak duduk diam?" soal Aryssa. Ditepis lembut jari Ku Adlee yang berada di pipinya.
"Sejak jadi suami kau." Senyum Ku Adlee menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
'Aduh! Handsomenya suami aku ni, Ya Allah!'
"Tahniah Ryss, dah jadi isteri orang. Aku je yang masih single sob sob!" cebik Eleanor sambil memeluk Aryssa erat.
"Thanks Lea. Thanks juga selalu ada dengan aku. Esok jangan lupa datang majlis bersanding aku tau."
"Mestilah aku datang Ryss," balas Eleanor tersenyum sebelum meminta diri untuk pulang.
Kelihatan Aihan mengiringi Eleanor ke kereta Mercedes A45 milik gadis itu.
"Umi, Han tu kenapa? Asyik ikut bontot Lea je dari awal pagi tadi," tanya Aryssa. Tersenyum Sofiyah melihat gelagat anak lelakinya itu.
"Tak lama lagi, bau nasi minyak Han lah pula kot," balas Sofiyah. Terlopong mulut Aryssa. Mata tidak lepas melihat Aihan berlambai-lambai dengan Eleanor sebelum kereta kawannya itu bergerak pergi.
'Amboi-amboi Lea, kau tunggu aku korek sampai kering air liur kau nak explain nanti!'
*****
Janggal rasanya kaki menapak masuk ke dalam rumah agam keluarga Ku Adlee. Sebelum ini, dia datang sebagai tetamu pada Kamilah. Kali ini, sebagai menantu pula. Mata Aryssa masih mencari kelibat Raifa yang tidak kelihatan.
"Icha, Kak Raifa mana?" tanya Aryssa kepada Raisa yang baru mahu melangkahkan kaki ke tangga untuk naik ke bilik mereka.
"Icha rasa Kak Rai dekat bilik dia tu. Kak Aara jangan risau, nanti elok la mood Kak Rai tu. Dah, akak naik lah, rehat. Esok majlis sanding pulak," sengih Raisa.
"Aara sayang, buat apa dekat bawah tu lagi. Meh naik..." tegur Ku Adlee dari tingkat atas.
Pelik apabila dia sedari tadi mengangkut bagasi milik Aryssa sehingga ke bilik, masih tidak nampak batang hidung isterinya itu. Kamilah yang sudah awal naik ke atas juga menjengulkan kepala ke bawah melihat menantunya masih di bawah.
"Aara jangan malu-malu. Ni dah jadi rumah Aara juga. Tak payah pakai tudung. Semua perempuan dalam rumah ni," ujar Kamilah dari tingkat atas.
"Ba– baik mama," balas Aryssa tersenyum. Ku Adlee turun ke arah Aryssa lalu meraih jemari Aryssa dan naik ke bilik mereka bersama.
"Cantiknya bilik kau Ad... besar." Terlopong mulut Aryssa melihat keseluruhan ruang bilik Ku Adlee yang mungkin sebesar ruang tamu rumahnya. Tapi rasanya ruang tamu rumahnya lagi kecil dari bilik Ku Adlee ni.
"Biasa je Aara. Bilik kita. Bukan bilik aku sorang dah," tutur Ku Adlee lembut sambil tangannya menanggalkan veil dan mula membuka pin tudung milik Aryssa. Tergamam Aryssa apabila terasa tangan kasar Ku Adlee di bawah dagunya cuba membuka tudung bawal putih yang dipakai ketika majlis nikah siang tadi.
"Ad..." Aryssa memegang tangan Ku Adlee yang sedang membuka pin tudung dan anak tudung Aryssa. Tapi sudah terlambat. Jatuh beralun rambut hitam milik Aryssa ke paras pinggangnya.
"Cantik..." Lama mata Ku Adlee merenung dalam mata coklat bersinar milik Aryssa.
Disentuh dagu belah milik Aryssa agar mendongak ke arahnya. Lembut ciuman Ku Adlee berlabuh di ubun-ubun isterinya.
"Dah, pergi mandi dulu, lepas tu rehat. Nanti kita maghrib sama-sama tau," ujar Ku Adlee sebelum melabuhkan pula ciuman ke pipi merah Aryssa.
"Ad!" Terbuntang biji mata Aryssa memegang pipinya yang dicium Ku Adlee. Ketawa besar Ku Adlee melihat wajah merah isterinya yang sudah malu dicium.
"Tu baru 2 percent tau. Selebihnya nanti aku bagi sikit-sikit. Don't worry."
"Eee, gatal!" Laju Aryssa melangkah masuk ke dalam bilik air dan dikunci dari dalam. Bahaya ni. Karang ada yang ceroboh. Ku Adlee ni bukan boleh percaya. Miang rupanya. Kusss semangat!
Kedengaran Ku Adlee terbahak-bahak di luar bilik air.
'Cis betul mamat ni kenakan aku!'
Sesudah Aryssa mandi, baru dia teringat yang dia tidak mengambil baju bersih dari dalam bagasinya. Menonong sahaja dia berlari ke bilik air. Mujur ada kain tuala bersih berlipat di kabinet sudut bilik air mewah itu.
Telinga Aryssa dilekapkan ke pintu bilik air untuk mendengar kalau-kalau Ku Adlee masih di dalam bilik atau tidak.
'Hmm, macam sunyi je. Dia dah turun kot. Ya Allah, harap dia dah turun. Memang tak lah aku nak berkemban dengan tuala ni je depan dia. Ahh! Membayangkan sahaja pun sudah malu!'
Perlahan Aryssa membuka pintu bilik air dan mengintai ke ruang bilik tidur. Macam tak ada orang. Fuh. Terus Aryssa melangkah menuju ke bagasinya...
'Eh! Mana bagasi aku? Ya Allah, mana? Mana?'
Melilau mata Aryssa mencari bagasinya yang tadi terletak elok di tepi katil. Aryssa berpusing ke belakang lalu,
BUKK!
"Ahh!" Hampir jatuh Aryssa akibat terlanggar dada seseorang di hadapannya ketika itu. Sempat Ku Adlee memaut lengan dan pinggang Aryssa yang hampir terjelepuk ke lantai.
"Sayang, kenapa kelam kabut ni?"
"Ah, err... mana luggage aku Ad?" soal Aryssa sambil tangannya menggosok dahi yang terhantuk tadi. Keras juga dada mamat ni. Aduh...
Aryssa tersedar posisi mereka yang rapat ketika itu. Terus dia cuba meleraikan tangan Ku Adlee yang masih di pinggangnya. Tapi tidak berjaya. Hampir terlorot tuala di badan Aryssa. Laju tangannya memegang hujung tuala supaya tidak jatuh.
Ku Adlee seperti terleka memeluk Aryssa, tidak sedar tangannya sudah membelai rambut basah Aryssa yang baru sahaja dicuci. Ku Adlee mendekatkan wajahnya ke rambut Aryssa.
"Wangi..." lalu bibirnya turun ke telinga Aryssa dan dicium lembut.
"Ad..." perlahan suara Aryssa seperti tidak terkeluar dari kerongkong. Terasa kuat debaran di dada apabila Ku Adlee bertindak berani ke atasnya.
Perlahan bibir Ku Adlee turun ke leher putih Aryssa pula. Lembut ciuman Ku Adlee di situ.
Lama.
Membuatkan Aryssa seperti terbuai. Rasa geli tapi membuai perasaannya.
Rasa apa ni?
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Lãng mạn1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...