🌼 BAB 15

9K 332 6
                                    

Lama Aryssa menongkat dagu di meja sambil menikmati pemandangan dari luar KLCC itu.

Dikerling jam ditangan. Haih, tak menepati masa betul lah budak-budak ni. Rungut Aryssa di dalam hati.

"Babe!" sergah Eleanor dari belakang diikuti tamparan hebat di bahu Aryssa.

"Auch, sakit lah Lea!" berkerut dahi Aryssa menahan sakit. Diketap bibir menjegilkan matanya pada gadis tinggi lampai itu.

"Wei, sakit lah Ryss!" marah Raja Emir sambil meluku kepala Eleanor.

"Sorry babe. Terkuat pulak pukul," tersengih kambing Eleanor menggaru kepala yang tidak gatal. Serba salah dibuatnya melihat Aryssa menggosok-gosok bahunya akibat ditampar tadi.

Walaupun mereka berkawan seperti rakan sebaya, hakikatnya tetap Aara Aryssa tua 2 tahun darinya. Tetap perlu ada hormat pada Aryssa.

"Islam ke tak ni. Salam mana salam? Ni datang-datang terus kena tampor macam nak terpelanting nyawa aku ni ha. Sipi-sipi dah nampak cahaya syurga tahu tak," bebel Aryssa.

Muncung panjang mulut Eleanor lalu mengambil tempat di sebelah Aryssa.

"Ryss, kau nak makan apa? Aku belikan," tanya Raja Emir.

"Aku nak spaghetti olio seafood Mir!"

"Aku tak tanya kau. Aku tanya Ryss. Kau pergi beli sendiri lah," balas Raja Emir. Naik menyampah pula. Tanya Aryssa, Eleanor pula yang jawab.

"Alah, belikan lah untuk Lea juga Mir. Kalau untuk aku je, tak payah," ujar Aryssa.

"Aduh, hmm yelah. Parasit ni nak spaghetti, kau nak apa Ryss?"

"Ambil yang sama juga Mir. Senang satu tempat je beli," balas Aryssa. Raja Emir mengangguk dan terus berlalu untuk membeli makanan buat mereka.

"Sikit-sikit Ryss, sikit-sikit Ryss. Kau tak rimas ke Emir tu asyik nak melekat dengan kau je?" tanya Eleanor.

"Rimas juga, tapi selagi dia hormat aku, tak berlebih-lebih, aku abaikan je Lea," jawab Aryssa.


Selesai makan, mereka bertiga mula berjalan ke satu-satu butik di mall itu. Sengaja cuci mata.

Sekejap Eleanor menarik tangannya masuk ke butik Miu Miu. Sekejap Raja Emir mengajak ke butik Adidas. Aryssa mengikut sahaja langkah panjang dua rakannya itu.

Sedang Raja Emir mencuba beberapa kasut, Aryssa dan Eleanor pula mengacu-acu baju jersey di hadapan cermin.

"Kak Aara!" jerit kecil suara dua orang remaja comel kecil molek di sebelahnya.

"Eh! Raina, Raisa!" teruja Aryssa. Dibiar tangan halusnya disalam dan dicium oleh kedua gadis itu.

"Kak Aara shopping ke? Kitorang nak beli kasut untuk marathon universiti next week," beritahu Raina dengan ceria.

"Oh ye ke, akak tak shopping pun. Teman kawan je ni. Korang shopping dengan siapa ni?"

"Kitorang datang dengan Abang Lee. Ha, tu dia!" memuncung mulut Raisa menunjuk ke arah Ku Adlee yang sedang berjalan ke arah butik sambil berbual di telefon bimbit.

'Alamak ada pula mamat ni.' Getus hati Aryssa.

Terangkat kening Ku Adlee apabila melihat adik-adiknya bersama Aryssa.

Terus sahaja dia menamatkan panggilan dan berjalan ke arah mereka.

"Aara," tegur Ku Adlee mesra. Niat dihati baru je nak Whatsapp minah lawa ni. Baru berapa hari tak jumpa dah membuak-buak rasa rindu mahu manatap wajah gadis ini.

"Hai Ad. Eh, kenalkan ni bestfriend aku dekat U, Eleanor Nadra. Call her Lea. Yang tu pulak, Raja Emir," memuncung mulut Aryssa menunjuk ke arah Raja Emir yang sedang membayar barangan yang dibeli di kaunter.

"Lea, ni kawan sekolah aku dulu, Ku Adlee Raiz," tersenyum Ku Adlee menunduk ke arah Eleanor.

"Hai Ku Adlee! Tak tahu pula Ryss ada kawan bapak handsome. Cenggini!" naik ibu jari Eleanor di depan muka Aryssa.

Membulat mata Aryssa lalu menyiku lengan Eleanor.

"Behave Lea." jeling Aryssa.

"Eh, Kak Aara dengan Abang Lee kawan dari sekolah ke? Ingatkan kenal dari mama," soal Raina.

"Kitorang satu kelas lah dulu," jawab Ku Adlee mendatar.

"Lah, serius tak tahu. Yang kitorang tahu, mama kata Kak Aara bakal menantu mama. Kena layan Kak Aara baik-baik, mama kata," bertubi-tubi rahsia Kamilah pecah dek mulut tempayan Raisa.

"Menantu?!" serentak Aryssa, Eleanor dan Raja Emir terkejut. Entah masa bila Raja Emir menghampiri mereka.

"Err, Icha gurau," balas Raisa apabila terasa tajam renungan abangnya. Alamak, terlepas pula.

'Habislah karang Abang Lee marah,' bisik kecil hati Raisa.

"Kau nak jadi menantu siapa Ryss? Kau nak kahwin ke? Asal aku tak tahu?" bertubi soalan keluar dari mulut Raja Emir.

Tidak sempat Aryssa mahu menjawab, Raja Emir membidas lagi sehingga semua terdiam.

"Sebab tu ke kau reject aku? Aku confess haritu tapi kau tak layan. Sebab ni ke Ryss?"

"Stop it, Emir," balas Aryssa perlahan.

"Dengan siapa kau nak kahwin? Mamat ni ke? Bagi tahu aku Ryss!" lengan Aryssa direntap kasar oleh Raja Emir.

Mengaduh kecil Aryssa. Terasa sakit lengannya dicengkam Raja Emir.

"Bro relaks. Lepaskan tangan Aryssa please," arah Ku Adlee dengan berwajah tegang.

Staff Adidas sudah mula menghampiri mereka apabila terdengar sedikit kekecohan di sudut kedai berhampiran dengan pintu butik.

"Kau tak nampak ke Aryssa sakit tu gila. Sebelum aku cekik kau, lepaskan dia sekarang!" tempik Ku Adlee.

Terkaku semua yang berada di situ. Sedaya upaya Aryssa cuba meloloskan lengannya dari cengkaman Raja Emir. Tetapi semakin sakit dirasakan.

"Emir, please not now. Not here," rayu Aryssa.

"Kau bela pulak jantan ni ni eh. Kau reject aku sebab nak kahwin dengan dia ni ke? Jawab Ryss!" tengking Raja Emir tepat di wajah Aryssa.

"Yes! Kau nak dengar jawapan tu kan? Sekarang lepaskan aku!" Menggigil tangan Aryssa menahan amarah. Budak ni aku cakap elok-elok, dia tengking aku pulak. Pantang nenek moyang betul lah!

"Shit!" Jerit Raja Emir. Dilepaskan tangan Aryssa kasar sehingga terjelepuk Aryssa ke lantai.

"Akak!"

"Ryss!"

Laju Raina, Raisa dan Eleanor meluru ke arah Aryssa dan membantunya untuk berdiri kembali.

BUKKK!

Melayang satu tumbukan dari Ku Adlee ke wajah Raja Emir.

"I've warned you bro. Touch her, I'll kill you!" gertak Ku Adlee geram.

Raja Emir mengelap sedikit darah yang keluar di hujung bibirnya akibat ditumbuk oleh lelaki itu.

"Selagi dia bukan hak sesiapa, I can do whatever I want," bisik Raja Emir di telinga Ku Adlee dan terus berlalu pergi dari butik itu.

Menggigil tangan Ku Adlee mengepal penumbuk. Cuba menahan marahnya apabila mendengar ayat terakhir dari Raja Emir.

'She will be mine. I swear,' bisik Ku Adlee di dalam hatinya.

Mereka berlalu pergi selepas meminta maaf pada staff Adidas kerana sedikit kekecohan tadi.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now