🤍 BAB 56

7.9K 248 0
                                    

Laju langkah seorang gadis lengkap dengan suit berwarna biru gelap, dihiasi tudung bawal satin berwarna hitam di kepala menaikkan lagi seri wajahnya yang sudah sedia cantik mula memasuki ruang lif di pejabat besar KR Builders.

Banyak pasang mata memandang dan menunduk pada gadis itu.

"Morning Cik Raifa!"

"Morning Fariha! Lamanya tak jumpa you! Sihat?" soal Raifa sambil bersalam dengan Fariha dan memeluk gadis ramping itu.

"Alhamdulillah, sihat! Cik Raifa start kerja hari ni kan? Tahniah!" Tersipu-sipu Raifa segan.

Diikutkan hati, dia lebih rela bekerja di tempat lain dari bekerja di company milik arwah babahnya ini. Tetapi apa boleh buat, Kamilah memaksa juga dia berkhidmat di sini membantu abangnya Ku Adlee Raiz sama-sama menjaga amanat akhir babah mereka.

"Thanks Far. I nak jumpa Tuan Adlee boleh?"

"Of course, jom. Tuan memang tengah tunggu Cik Raifa–"

"Rai, please. Jangan formal sangat dengan I..." meleret suara Raifa diselangi jelingan manja. Tersengih Fariha.

Selalu juga Fariha berjumpa dengan Raifa di majlis-majlis rasmi KR Builders. Tidak dinafikan, Raifa seorang gadis yang sangat baik di matanya. Tidak sombong, mesra dan selalu merendah diri. Harapnya, Raifa dapat menjadi seorang ketua yang baik seperti abangnya Ku Adlee Raiz.


"Tuan, Cik Raifa dah sampai..." beritahu Fariha pada Ku Adlee sebelum memberi laluan pada Raifa untuk masuk ke bilik pejabat yang luas itu.

Ku Adlee memanggung kepalanya melihat ke arah pintu sebelum kembali menunduk menyambung kerjanya.

"Sit, Rai..." arah Ku Adlee. Perlahan Raifa melabuhkan punggung ke kerusi empuk berhadapan dengan Ku Adlee. Diam dia di kerusi menunggu abangnya membuka mulut.

Selesai sahaja Ku Adlee menutup fail kerjanya, direnung tajam wajah adik perempuan di hadapannya itu.

"So, ready dah nak pikul tanggungjawab besar ni?" Soal Ku Adlee berpeluk tubuh dan bersandar ke kerusinya.

"Insyaallah Tuan. Harap Tuan boleh guide saya sepanjang saya cuba sesuaikan diri dekat sini," jawab Raifa. Ku Adlee mengangguk lalu menekan punat interkom.

"Fariha, tolong panggil Hakim masuk bilik I," arah Ku Adlee. Lama Ku Adlee dan Raifa mendiamkan diri sehinggalah Hakim muncul di bilik pejabat Ku Adlee.

"Yes, Tuan?" sapa Hakim berdiri di sebelah kerusi yang diduduki Raifa.

"Hakim, kenalkan your new CFO. Ku Aira Raifa. As I've told you before, you will assist her on any finance matter– or anything. Rai, ni Hakim. Ada apa-apa yang Rai tak faham or tak tahu, please refer with him. Hakim orang yang paling saya percaya. So please, respect dia, macam saya respect dia. Hakim is our Finance General Manager," ujar Ku Adlee panjang lebar.

Bingkas Raifa bangun dan menundukkan kepala sedikit pada Hakim.

"Hai Cik Raifa, saya Hakim. Anything boleh refer pada saya, Insyaallah saya cuba tolong," sapa Hakim lembut.

Raifa membalas senyum.

"Kim, tolong bawa Raifa ke bilik dia. And boleh start tunjuk ajar. Thanks," ujar Ku Adlee.

"Baik Tuan. Jom, Cik Raifa."

Sebelum mereka keluar dari bilik, kedengaran suara Ku Adlee memanggil Raifa.

"Rai, lunch with me today. Sharp 1 pm," arah Ku Adlee sambil menatap skrin laptopnya.

Alah, baru nak ajak Fariha lunch hari ni. Rungut Raifa dalam hati. Pelik juga dia dengan kelakuan abangnya yang sedikit dingin.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now