🌼 BAB 14

8K 311 4
                                    

"Ad, nak tanya boleh?"

"Tanyalah," jawab Ku Adlee sambil memandang ke hadapan fokus dengan pemanduan.

"Dulu dekat sekolah, ingat tak kau pernah ambil buku nota aku. Kenapa ek?" tanya Aryssa berani.

Ku Adlee di sebelah sudah terkedu. Sekilas Ku Adlee melihat wajah Aryssa di sebelah.

"Kau ingat lagi?" tanya Ku Adlee sambil tersenyum.

"Gila tak ingat? Buku kesayangan tahu tak."

"Sorry, aku nampak buku tu atas meja Ikhman. Aku ingat dia punya. Aku sengaja belek dalam tiba-tiba nampak nama kau. Aku pun ambil lah," jelas ku Adlee. Mata masih fokus ke hadapan memandu.

"Iya lah, kenapa ambil? Dah ambil, tak pulangkan terus pulak tu. Ingat aku tak perasan ke buku yang kau pegang ke hulu ke hilir tu aku punya," dijeling Ku Adlee disebelah.

"Entah lah. I just want to hold your things. I feel close to you that way..." mengendur suara Ku Adlee menjawab.

"Kau dengan bulan tak ada bezanya Aara. Jauh dan sukar digapai. Kadang-kadang aku rasa kau dekat tapi still aku tak boleh gapai," dalam suara Ku Adlee menjawab.

Terdiam Aryssa di sebelah. Lama wajah Ku Adlee ditenung.

"Who am I to you Ad?" soal Aryssa berani.

Sungguh dia berasa keliru dengan perasaan lelaki ini. Samakan aku dengan bulan pula. Dah tu tiba-tiba panggil nama manja aku.

'Ku Adlee! Tolong jangan mainkan perasaan aku please...' rayu Aryssa di dalam hati.

Perlahan kereta berhenti di lampu isyarat merah. Ku Adlee menoleh ke arah Aryssa dan mengenyit matanya nakal. Dibiarkan soalan Aryssa sepi tidak berbalas.

Aryssa mengetap bibirnya geram. Dia palau soalan aku. Biasa dia tu ek!

Meluncur kereta hitam Ku Adlee memasuki simpang untuk ke pejabat Aryssa.


"Ad, turunkan aku dekat depan ni je boleh? Aku taknak orang dekat office perasan kau hantarkan aku. Nanti aku jalan sendiri dari sini."

"Tak payah. Biar aku hantar sampai depan office. Hari panas-panas ni jangan mengada nak jalan kaki. Pengsan nanti, nak aku dokong lagi ke?"

Terbuntang mata Aryssa memandang Ku Adlee di sebelah. Wah, dia main ungkit-ungkit pulak.

Tidak sempat Aryssa membantah, laju sahaja Audi hitam Ku Adlee berhenti di hadapan pejabat Aryssa. Laju Aryssa mengucap terima kasih dan terus berlari masuk ke pejabat untuk mengelak dari pandangan mata-mata pekerja di situ.

Usai solat zohor, Aryssa duduk di kerusi meja kerjanya dan membaca mesej-mesej di Whatsapp yang kebanyakkannya dari group kerja dan universiti. Mesej-mesej kawan rapat universitinya di dalam group bernama Powerpuff itu dibaca.

Eleanor 🤍

- Babies, jom hangout this weekend!
Kelas Dr Kamilah cancel kan.
-

Jom lah, lama tak lepak. Nak2 dengan
Ryss 🙄


King Emir

- Kalau Ryss ada, baru aku join.
Kalau kau je, aku taknak

Eleanor 🤍

- Kau ingat aku nak berdua dengan kau? Poodah!

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now