Kedengaran bunyi ombak laut memecah hening di villa mewah yang dihuni Ku Adlee dan Aryssa. Dibiarkan tingkap terbuka luas memberi laluan pada angin bayu masuk ke dalam bilik mereka.
Aryssa yang sedang bersandar di kepala katil sambil membuat revision untuk final examnya memangku kepala Ku Adlee yang sedang lena.
Diusap-usap kepala Ku Adlee lembut membuatkan suaminya itu bertambah nyenyak. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 11. Perut mula berkeroncong minta diisi. Memandangkan pagi tadi hanya mengisi perut dengan cereal dan buah sahaja.
Terasa getaran dari telefon bimbit Ku Adlee yang terletak di sebelah Aryssa.
"Abang, ooo abang," kejut Aryssa perlahan.
"Yes baby, kenapa?" jawab Ku Adlee dengan mata yang masih terpejam.
"Ada orang call abang ni," Aryssa menyerahkan telefon bimbit itu ke tangan suaminya.
"Hello, Naim." jawab Ku Adlee perlahan.
"Hmm..."
"Ada apa?"
"Tak boleh tunggu esok lusa ke?" Berkerut dahi Ku Adlee. Terserlah kembali muka beku suaminya yang sudah lama Aryssa tidak lihat. Kali terakhir dia nampak wajah sombong beku suaminya itu 10 tahun lepas.
"Kau dekat sini?" Terus terbangun Ku Adlee dari baringnya. Terangkat kening Aryssa mahu bertanya kenapa.
"Kau tunggu dekat lobby resort. Aku datang sana."
"Aku sorang lah," jawab Ku Adlee lagi membalas perbualan dari Naim di hujung talian.
Setelah Ku Adlee tamatkan panggilan, laju tangannya mengambil t-shirt putih dan menyarungkan ke tubuhnya.
"Aara, abang pergi lobby sekejap jumpa Naim. Ada benda abang kena approve and sign untuk projek. Lepas tu, abang terus bungkuskan makanan untuk kita okay?" ujar Ku Adlee.
Ditarik dagu Aryssa mendongak ke arahnya lalu mencium bibir isterinya lembut.
"Aara jangan merayau pulak tau. Duduk sini diam-diam. Kejap je okay?" pujuk Ku Adlee lagi.
"Okay abang. Aara duduk sini je. Jangan risau," senyum Aryssa. Ditarik tangan Ku Adlee lalu mencium bertalu-talu tangan berurat itu.
"Bro, sorry kacau honeymoon kau. Paper ni urgent nak hantar esok pagi," kata Naim apabila Ku Adlee sudah melabuhkan punggung ke sofa mewah di hujung lobby resort.
"Tak apa. Tapi sanggup kau drive sampai sini eh?" Ku Adlee menyelak dokumen dan mula membaca sekali lalu. Dalam fikiran mahu cepat selesai sahaja urusan kerja ini. Tidak betah meninggalkan isterinya lama-lama.
"Kita ni kuli je, nak tak nak, kena buat juga," sengaja Naim menekan perkataan kuli itu. Tajam jelingan Ku Adlee ke wajah Naim.
"Dokumen ni bukan ke next month baru kena submit?" tanya Ku Adlee.
"Ahh, err, last minute diorang tukar tarikh."
"Aku tak dapat apa-apa e-mail pun pasal tu?" soal Ku Adlee lagi. Mata khusyuk menyemak dokumen tersebut.
Terasa bergetar poket seluar Ku Adlee. Melihat panggilan datang dari isterinya, laju tangan Ku Adlee swipe untuk menjawab.
"Hello baby," jawab mesra Ku Adlee sambil menandatangan dokumen di hadapannya.
"Hello baby?" panggil Ku Adlee lagi. Berkerut dahinya apabila panggilannya tidak disambut Aryssa.
"Kau... kau buat apa dekat sini?! Macam mana kau boleh masuk?" Kedengaran jauh suara Aryssa di hujung talian.
"Aara?" ditekap kuat telefon ke telinganya untuk mendengar lebih jelas perbualan Aryssa dengan seseorang.
"Jom Ryss, ikut aku. Cerai dengan jantan tu, kahwin dengan aku Ryss. Please..." rayu lelaki yang berada di hujung talian.
Bingkas Ku Adlee bangun dari duduknya. Naim pantas menghalang laluan Ku Adlee.
"Tepi Naim, ada orang pecah masuk villa aku. Kau tolong minta staff datang villa aku sekarang!" arah Ku Adlee berang.
"Ad, kau tak settle lagi sign dokumen ni Ad," Naim menghalang lagi langkah Ku Adlee.
Berubah terus wajah Ku Adlee.
"Kau gila ke? Bini aku dalam bahaya Naim!" Di tolak tubuh Naim kuat lalu berlari pantas menuju ke villa mewahnya. Villa yang ditempah khas untuk VIP terletak jauh dari lobby untuk keselesaan dan privasi tetamu VIP.
Telefon masih setia melekap ke telinganya.
Bertambah panik Ku Adlee apabila mendengar jeritan suara isterinya di hujung talian.
"Ya Allah, Aara!" tidak putus Ku Adlee berdoa minta Aryssa tidak diapa-apakan.
"Abang!" jerit Aryssa apabila melihat Ku Adlee di muka pintu villa mereka.
"Aara! Kau... Raja Emir?!" tegang wajah Ku Adlee menahan marahnya melihat kondisi Aryssa yang sudah tidak terurus. Tudung entah di mana, rambut sedikit serabut seperti baru lepas bergelut.
Kedua-dua belah tangan Ku Adlee dikepal kuat. Baru kakinya mahu melangkah ke arah Raja Emir, Aryssa menjerit. Menghalang suaminya dari mendekat.
"Abang jangan! Dia ada pisau!" bergetar suara Aryssa cuba menahan rasa takut di dalam diri.
Terhenti langkah Ku Adlee.
"Kau datang dekat, aku tak teragak-agak toreh leher bini kau ni," gertak Raja Emir dengan senyuman sinis.
Berkaca-kaca mata Aryssa menahan tangis. Sungguh dirinya berasa takut. Takut suaminya diapa-apakan Raja Emir.
Aryssa yang terduduk bersimpuh di lantai berdekatan dengan Raja Emir hanya mampu menggelengkan kepalanya. Berharap Ku Adlee tidak mendekati mereka.
"Calm down bro... let's talk," Ku Adlee cuba menenangkan Raja Emir yang sudah separa mental berhampiran Aryssa. Membuak-buak rasa amarah di hati.
"Kau ingat kau dah menang dapat perempuan ni?" sindir Raja Emir dengan senyuman sinisnya.
Kemudian dia turun mencangkung di sebelah Aryssa yang sedang bersimpuh di lantai itu. Dicium dahi Aryssa sengaja mahu menambah bara di hati Ku Adlee.
Terpempan Aryssa.
Laju tangannya naik menampar kuat wajah Raja Emir.
"Don't touch me you bastard!" amuk Aryssa lalu menendang kuat tangan kiri Raja Emir.
Tercampak pisau yang dipegang lelaki itu jauh ke bawah sofa. Aryssa mengambil peluang untuk lari ke arah suaminya. Laju Ku Adlee menarik Aryssa ke dalam pelukan dan mengarah Aryssa berlindung di sebalik tubuh tegapnya.
"Kurang ajar!" berang Raja Emir lalu berlari ke arah mereka dan menarik kolar baju Ku Adlee lalu ditumbuk wajah Ku Adlee bertalu-talu.
Raja Emir tidak pernah tahu barangkali, Ku Adlee bekas atlet sukan ragbi dulu. Apa guna badan sasa kalau tak diguna waktu-waktu genting begini?
Dengan sekali tolakkan, tercampak Raja Emir ke muka pintu. Meluru Ku Adlee ke arah Raja Emir dan mencekik leher lelaki itu geram.
"Kalau ikut hati aku, aku nak cekik kau sampai mampus dekat sini!" bisik Ku Adlee.
"Tapi aku tak nak kotorkan tangan aku depan isteri kesayangan aku!" tambah Ku Adlee lagi.
Ditekan kuat leher Raja Emir sehingga sukar lelaki itu untuk bernafas.
Mulut kata tak nak kotorkan tangan dengan membunuh lelaki itu, tapi tangan seperti tidak memberi kerjasama. Semakin kuat ibu jari Ku Adlee menekan halkum Raja Emir.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...