🤍 BAB 34 (M)

9.8K 245 1
                                    

Warning: Mature Content


Hampir seminggu mereka menghabiskan masa bersama di pulau ini. Ku Adlee betul-betul melayan isterinya seperti puteri. Apa yang Aryssa mahu, laju sahaja Ku Adlee tunaikan. Apa sahaja makanan yang Aryssa teringin, laju sahaja Ku Adlee dapatkan.

Terjaga Aryssa dari tidur, dikerling jam di telefon bimbitnya, 8 pagi. Mujur kedua-dua mereka sudah menunaikan solat subuh bersama-sama. Tiada niat mahu tidur semula selepas solat, tetapi rasa kantuk mereka berdua tidak dapat dibendung.

Asalnya Aryssa hanya bermalas-malasan di katil sambil membaca nota-nota penting untuk final examnya. Ku Adlee seperti biasa, akan berbaring di atas peha Aryssa. Sambil mereka berbual, tangan Aryssa akan mengelus rambut hitam Ku Adlee. Lama-lama, kedua-duanya pun dibuai lena.

"Abang, bangun" kejut Aryssa. Menepuk-nepuk lembut dada Ku Adlee yang sedang nyenyak tidur.

"Pukul berapa sayang?"

"8 pagi dah. Aara lapar," bingkas Ku Adlee bangun dari baringnya.

"Jom kita pergi breakfast. Sayang nak makan apa?" Ku Adlee menghulurkan tangannya ke arah Aryssa. Mengajak isterinya turun dari katil dan bersiap untuk keluar.

"Makan dekat restoran dalam resort je lah abang. Malas nak keluar jauh-jauh. Hari ni, Aara nak lepak tepi pantai lepas maghrib boleh?"

"Boleh Aara baby. Siap dulu," arah Ku Adlee. Laju Aryssa bersiap sebelum mereka melangkah keluar dari Villa.

Pulang dari makan, mereka sambung melepak di ruang tamu villa menonton TV, sekejap-sekejap Aryssa mendengar cerita Ku Adlee, belum lagi episod masing-masing tertidur di sofa selepas menonton TV.


Selesai sahaja mereka solat maghrib, laju Aryssa mengajak Ku Adlee ke tepi pantai.

"Abang tak sejuk ke pakai sleeveless shirt ni?" soal Aryssa.

"Sejuk, tapi best," sengih Ku Adlee.

"Best jugaklah dekat mata anak-anak dara tu. Tak berkelip mata diorang tengok abang. Dengan seluar pendeknya," atas bawah Aryssa memandang Ku Adlee.

"Biar lah diorang. Abang layan anak dara sorang ni je," Ku Adlee mengenyit mata. Disulam jarinya ke jari Aryssa erat.

"Macam kuat ombak malam ni. Langit pun tak nampak bintang," muncung bibir Aryssa. Baru nak tangkap gambar langit malam hari ni.

Kuat kedengaran guruh. Tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebat. Berkeliaran manusia-manusia di tepi pantai mencari tempat berteduh.

"Sayang, jom balik villa," Ku Adlee sudah menarik tangan Aryssa untuk berlari ke villa mewah mereka.

"Kejap abang! Jom mandi hujan!" Aryssa menarik kembali tangannya dan mendongak ke langit sambil mendepa tangannya menikmati hujan yang baru turun itu.

"Not now Aara, nanti demam," laju tangan Ku Adlee mendukung Aryssa di bahu sasanya seperti membawa sekampit beras. Terkedu Aryssa dengan tindakan suaminya itu.

"Ad! Put me down!" jerit Aryssa.

"Ad???"

"Abang, put me down!" Aryssa membetulkan panggilan terhadap suaminya.

"Tak boleh, sebab Aara degil."

Ku Adlee menurunkan Aryssa di bilik air di dalam bilik mereka. Basah lantai sepanjang laluan Ku Adlee dari pintu masuk sehinggalah ke dalam bilik mereka.

"Terus mandi sayang. Abang takut Aara demam nanti. Umi kata Aara senang demam kalau kena hujan," pesan Ku Adlee.

Tangannya sibuk membuka selendang Aryssa yang sudah lencun dek hujan. Blouse putih Aryssa juga sudah ditanggalkan. Tidak tahu kenapa Aryssa hanya membiarkan suaminya membuka semua baju dan tudungnya.

Jantung terasa laju melihat Ku Adlee kebasahan.

Sleeveless shirt basah yang melekat di tubuh Ku Adlee betul-betul menduga iman Aryssa.

Perlahan tangan Aryssa bermain di dada sasa Ku Adlee.

"What are you doing baby?" Mencerun matanya ke wajah Aryssa yang sedang tersenyum manis memandangnya. Aryssa diam tidak menjawab. Rambut Ku Adlee yang terjatuh di dahi, disebak ke belakang oleh Aryssa. Titik lemah Ku Adlee apabila Aryssa bermain dengan rambutnya.

Imannya sudah senipis telur dadar sim card. Naik turun halkum Ku Adlee menelan air liur cuba bersabar dengan tingkah Aryssa.

Aryssa menjingkit kakinya lalu mengucup bibir Ku Adlee sekilas.

"Aara goda abang ke ni?" mengecil mata Ku Adlee memandang wajah Aryssa yang sudah merah menahan malu. Malu tapi pandai pulak goda aku dia ni! Marah Ku Adlee di dalam hati.

"Emm, abang tergoda ke?" soal Aryssa manja.

"Yes, I am. Aara jangan main-mainkan perasaan abang please. Iman abang nipis je ni."

"Aara pernah main-mainkan abang ke?" soal Aryssa lagi.

Lama Ku Adlee diam merenung isterinya itu. Rambut lebat beralun cantik, juntaian rambut di dahi isterinya itu cukup membuat wajah Aryssa kelihatan comel di matanya. Di usap dagu belah isterinya. Ditenung dalam anak mata coklat berkaca milik Aryssa. Anak mata yang selalu memberi ketenangan pada dirinya.

Ku Adlee menarik dagu Aryssa mendongak ke arahnya dan mengucup bibir lembut itu. Aryssa membalas kucupan Ku Adlee perlahan. Automatik tangannya memeluk leher Ku Adlee lebih rapat ke arahnya.

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum ciuman Ku Adlee beralih ke leher jinjang Aryssa dan turun ke bahu mulus isterinya itu.

"Can I have you... now baby?" bisik Ku Adlee di telinga Aryssa. Dikucup telinga Aryssa lembut.

Aryssa mengangguk dan mencium pipi Ku Adlee manja.

Laju Ku Adlee mendukung Aryssa dan meletakkan tubuh isterinya itu di atas tilam di bilik mereka. Ditutup lampu utama, hanya lampu tidur sahaja bercahaya di sebelah katil king itu.

Menyaksikan Aara Aryssa menjadi hak milik Ku Adlee Raiz sepenuhnya.


Ku Adlee mengiring menghadap Aryssa sambil tangannya menongkat kepala. Ditarik comforter lalu menutup tubuh Aryssa yang terdedah. Diusap pipi Aryssa yang masih tenang tidur mengiring menghadapnya. Tersenyum Ku Adlee, teringat memori indah mereka malam tadi.

Aryssa yang cantik, Aryssa yang comel, Aryssa yang lembut, Aryssa yang manja.

Diusap bibir mungil Aryssa lalu dikucup lembut. Menggeliat kecil Aryssa tersedar perbuatan suaminya. Terkebil-kebil matanya memandang wajah suaminya yang sudah tersengih-sengih.

Malam tadi... Ahh!

Laju Aryssa menarik comforter menutup seluruh tubuhnya sehingga kepala. Malu! Malu! Malu!

Tergelak besar Ku Adlee melihat telatah Aryssa yang berselubung penuh di dalam comforter mereka.

"Why baby?" soal Ku Adlee dengan sisa tawanya.

"Don't say anything," jawab Aryssa.

"Aara malu ke?" Ku Adlee cuba menarik turun comforter yang menutup wajah Aryssa itu.

"Hmm," balas Aryssa.

"Buat apa malu dengan abang, hmm?" Aryssa tidak menjawab. Ditutup pula wajahnya dengan tangan.

"Semalam tak malu pulak goda-goda abang? Kan dah kena," usik Ku Adlee lagi.

"Abang! Kan Aara kata jangan cakap apa-apa!" bentak Aryssa. Masih malu mengingatkan kejadian malam tadi.

Bingkas Aryssa bangun sambil berselubung dengan comforter bagi menutup tubuhnya dan berlari anak ke arah bilik air.

"Eh, eh nak buat apa?" sempat Ku Adlee menahan Aryssa di pintu bilik air.

"Nak mandi lah. Nak subuh."

"Lah, abang nak mandi jugak. Jom lah mandi sekali," pelawa Ku Adlee.

"Tak nak, abang tu bukan boleh percaya. Nanti subuh pun ke laut," Ku Adlee mencebik.

"Yelah, yelah. Aara mandi lah dulu. Abang nak tukar kan cadar kita sekejap," Ku Adlee mengenyit mata ke arah Aryssa.

Merona merah wajah Aryssa. Terus sahaja pintu biik air ditutup dan dikunci.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now