🤍 BAB 37

8.5K 261 2
                                    

"Kita nak pergi rumah siapa ni abang?" tanya Aryssa.

Pelik apabila kereta Ku Adlee menuju ke jalan yang asing baginya. Suaminya hanya tersenyum sahaja tidak menjawab.

Sesampai sahaja mereka di parkir lot kondominium, barulah Ku Adlee bersuara.

"Abang dah plan nak bawa Aara ke rumah kita lepas honeymoon. Lagi pun, abang tak nak balik mansion dulu. Nanti mama panik nampak muka abang lebam-lebam ni." Ku Adlee membukakan pintu kereta di sebelah penumpang, menghulur tangan ke arah isterinya.

Aryssa keluar dari perut kereta dan menunggu Ku Adlee mengeluarkan bagasi dari boot.

"Welcome to our house sayang," ucap Ku Adlee apabila kaki mereka melangkah masuk ke dalam kondo mewah itu.

"Cantiknya rumah abang!" teruja Aryssa memerhati di segenap ruang rumah yang telah lengkap dengan perabot dan hiasan dalaman mewah.

"Our house sayang. Sorry, tak sebesar mansion mama, tapi cukup lah untuk kita berdua. Dah ada anak-anak-anak nanti, abang tukar rumah lagi besar okay?" dirangkul pinggang Aryssa dari belakang dan mencium bahu isterinya itu. Tergelak kecil Aryssa.

"Kenapa anak-anak-anak?" soal Aryssa.

"Maksudnya kalau dah masuk anak ketiga, baru abang tukar rumah. Kalau Aara nak tukar rumah lain cepat-cepat, Aara kena beranak tiap tahun lah. Cukup 3 tahun kita tukar rumah," usik Ku Adlee.

"Eee, gatal!" dicubit tangan Ku Adlee yang sedang merangkulnya itu.

"Jom kita round," Ku Adlee menarik lembut tangan Aryssa menuju ke dapur. Tubuh kecil Aryssa diangkat dan didudukkan di atas island table. Ku Adlee membuka peti ais dan menuang air kosong ke dalam gelas lalu disua ke arah Aryssa.

"Berapa lama dah abang beli rumah ni?"

"Lama dah sayang. Start abang take over company arwah babah, terus abang beli rumah ni. Lepas tu abang beli kereta kesayangan abang tu, lepas tu baru abang beli Aara."

Terbuntang biji mata Aryssa mendengar ayat terakhir Ku Adlee.

"Abang!" memuncung bibir Aryssa.

"Sorry, sorry, abang gurau," terlepas tawa Ku Adlee. Tajam jelingan Aryssa pada suaminya itu.

'Ingat aku barang ke?'

"Selalu ke abang duduk sini? Bukan abang duduk mansion?" tanya Aryssa sambil menyua gelas air kosong yang sudah tinggal separuh itu ke arah Ku Adlee pula. Ku Adlee meneguk air kosong lebihan dari Aryssa sehingga habis lalu diletakkan ke sinki.

"Kalau abang banyak kerja dekat office, abang tidur sini. Sebab jarak rumah ni dengan office lagi dekat dari mansion."

"Nampak tak tu? Ada dua oven untuk Aara. Rumah kita ada 4 bilik. 1 bilik abang dah convert jadi bilik kerja kita berdua," tambah Ku Adlee lagi.

Mencebik Aryssa terharu dengan suaminya.

"Thank you abang," Aryssa memegang kedua belah pipi Ku Adlee, dikucup lembut bibir suaminya.

Terkedu Ku Adlee dengan tindakan Aryssa. Ingin membalas ciuman Aryssa tetapi dihalang.

"Why?"

"No no no. Aara kiss sikit je sebab hujung bibir abang ni luka."

"Abang pun nak kiss sikit je."

"Iya lah tu. Jarang lah abang kiss sikit-sikit. Nanti tambah teruk luka tu," laju Aryssa turun dari island table dan menarik tangan Ku Adlee menuju ke bilik pula. Mahu mandi, terasa lesu dan berlengas badan.


LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now