Puas Aryssa mencari beg sandangnya di rak luar dewan yang telah dipenuhi pelajar yang juga sibuk mencari beg masing-masing. Kecoh suasana dengan suara-suara teruja pelajar yang sudah merdeka dari peperiksaan.
"Haih, mana pula beg aku ni," bisik Aryssa perlahan.
"Babe! Nah beg kau. Aku dah ambilkan," Eleanor menyua beg sandang merah jambu milik Aryssa.
"Ooh, thanks Lea!" Aryssa mengambil beg sandangnya dan terus mencari telefon bimbit.
"Akhirnya kita dah habis belajar Ryss! No more class, no more exam!" jerit kecil Eleanor.
Terujanya gadis itu.
"Suka ek tak ada kelas? Tapi aku sedih..." mencebik Aryssa membuat muka sedihnya di hadapan Eleanor.
"Lah, sedih kenapa pulak?"
"Sedih lah nanti lagi susah jumpa kau," tersebik-sebik Aryssa. Eleanor ni dah lah hidup dikongkong bapanya. Bertambah susah lah dia mahu berjumpa dengan gadis itu lagi selepas ini.
Eleanor ikut mencebik apabila mendengar ayat Aryssa.
"Kita jumpa waktu kerja lah lepas ni. Waktu lunch, kita lunch dekat area office kau. Tak boleh lunch area office aku, nanti kantoi dengan daddy. Onz?" Eleanor memberi cadangan.
"Bijaknya anak Tan Sri Emran ni! Okay onz!"
"Jangan sebut nama dia boleh tak? Bikin stress," jeling Eleanor. Tergelak Aryssa dijeling tajam oleh Eleanor. Marah betul nampaknya tu.
"Okay-okay sorry. Tapi tak nak lah lunch hari-hari dengan kau, nanti bosan," ujar Aryssa tersengih.
"Bosan? Biadab betul bini Ku Adlee Raiz ni eh?" jeling Eleanor lagi.
"Eh Ryss, jom lepak mall. Aku nak cari baju sikit. Next week ada meeting dengan VVIP dekat office," ajak Eleanor sambil mengerling ke arah Aryssa di sebelah yang sedang khusyuk menatap telefon bimbitnya sambil melangkahkan kaki ke parkir lot.
"Aku kena tanya suami aku dulu. Kejap aku call dia." Terhenti langkah mereka berdua di tepi parkir lot universiti. Cukup tiga deringan, kedengaran suara garau lelaki di hujung talian menyambut.
"Hello abang!"
"Hello baby. Habis exam dah?" tanya Ku Adlee.
"Dah abang! Abang... boleh tak Aara nak teman Lea pergi mall sekejap? Dia nak cari baju kerja dia. Boleh?" pinta Aryssa lembut. Nak minta sesuatu kena extra lembut bagi orang sana cair.
"Lama ke sayang? Abang rindu ni. Boring dekat rumah sorang-sorang," mencebik Ku Adlee. Dah lah dari awal pagi ditinggal bini, petang pun kena tinggal juga.
Baru ingat nak peluk-peluk budak ketot ni.
"Alala, tak lama pun. Please-please..." pujuk Aryssa lagi.
"Balik nanti Aara–" berkerut dahi Eleanor tidak mendengar janji manis Aryssa pada Ku Adlee.
'Dah kenapa minah ni nak bisik-bisik pulak.'
Ketawa besar Ku Adlee di hujung talian.
"Balik nanti abang tuntut, Aara tak bagi siap ek," ugut Ku Adlee.
Gulp!
Tertelan air liur Aryssa. Berharap Ku Adlee lupa akan janjinya nanti bila sampai rumah.
"Err, abang izinkan tak ni?" tanya Aryssa lagi.
"Okay, hati-hati baby. Jangan balik lewat sangat. Sebelum maghrib sampai rumah. Boleh?" Ku Adlee mengalah.
"Boleh sangat! Thank you abang. See you at home. Abang jangan nakal-nakal," pesan Aryssa sebelum menamatkan panggilan.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...