Laju kaki Aryssa melangkah keluar dari kereta Axianya yang di parkir di parkir lot universiti.
Berlari-lari anak dia mahu menuju ke koperasi untuk membeli air ribena sebelum masuk ke dewan kuliah. Dari sekolah sehingga dah tua bangka pun masih tidak berubah seleranya.
Sedang laju kaki melangkah, terasa gegaran telefon bimbit di poket seluar jeansnya.
"Assalamualaikum Dr." Aryssa menjawab panggilan.
"Waalaikumussalam Aara. Saya ada nampak Aara tadi, nak minta tolong boleh? Datang dekat kereta saya depan office. Nak minta tolong bawakan barang saya masuk ke office."
"Boleh Dr. Sekejap Aara ke sana ya," sopan Aryssa membalas.
Aryssa mengenali pensyarahnya ini dari semester satu. Ketika itu pensyarahnya itu selalu memanggilnya untuk membantu dan menjadi wakil pelajar batch mereka. Rajin juga pensyarahnya itu mengajak makan selepas kelas, kadang kala menemani wanita berumur separa abad itu mencari bahan rujukan di kedai buku.
Walaupun ada semester yang tidak belajar di bawah pensyarahnya itu, tetap saja Aryssa dicari dan mereka kekal berhubung. Rezeki semester akhir ini, dapat juga belajar di bawah pensyarah kesayangan itu sekali lagi.
Habis sahaja kelas di dewan kuliah, pensyarahnya mengajak untuk berjumpa di kafe universiti.
"Sorry saya lambat Aara. Ada student datang jumpa dekat office tadi."
"Eh tak apa Dr. Aara pun baru sampai ni," jawab Aryssa berbudi bahasa.
Suka betul pensyarahnya ini memanggilnya dengan nama Aara. Pada mulanya kekok juga kerana nama itu hanya digunakan apabila bersama keluarganya sahaja. Tetapi lama-kelamaan sudah menjadi biasa.
Usai makanan yang telah diorder tadi sampai, khusyuk mereka mula menjamah. Sunyi seketika sebelum pensyarahnya memulakan perbualan.
"Lagi berapa bulan je kan Aara nak habis belajar? Apa planning Aara lepas ni?"
"Emm, tak ada plan lagi Dr. Kerja macam biasa, maybe weekend Aara rehat-rehat. Lama dah rasa tak rehat waktu weekend sejak sambung belajar ni. Oh, and maybe Aara ambil order buat kek juga kut," jawab Aryssa panjang lebar.
"Eh! Sebut pasal kek, boleh tak saya nak minta tolong Aara buatkan empat kotak chocolate peanut butter cupcake weekend next week? Saya tahu Aara busy. Tapi lupa, next week birthday anak lelaki saya. Dia suka cupcake Aara je," bersinar-sinar mata pensyarahnya merayu.
Sejak pensyarahnya ini tahu Aryssa part time baker, sejak itulah wanita itu akan order pada dia cupcake untuk birthday anak-anaknya.
'Berapa entah umur anak lelakinya ini. Mesti dah tua bangka kan? Comel betul, tua-tua pun sambut birthday lagi.' Tersenyum kecil Aryssa memikirkannya.
"Untuk Dr, semua boleh! Nanti Dr cakap dengan anak Dr, dah tua-tua tak boleh makan manis. Nanti kena kencing manis, karang tempang tak ada siapa nak," gurau Aryssa.
Ketawa besar pensyarahnya itu.
"Kalau tak ada siapa nak, Aara nak tak? Aara lah kena bertanggungjawab sebab buat dia kena kencing manis," balas pensyarahnya.
Tertelan air liur Aryssa. Aku pula yang dipersalahkan.
"Aara tak ada boyfriend kan?" terkeluar soalan cepumas dari bibir wanita itu. Tersentak Aryssa yang mahu menyuap makanan ke mulutnya.
"Err, tak ada lagi Dr" Aryssa tersengih segan.
"Kenapa? Aara cantik, baik. Mesti ramai nak ni, tapi Aara tak nak ye?" duga pensyarahnya.
"Tak jumpa yang sesuai lagi Dr. Lagipun, Aara sibuk dengan keluarga dan kehidupan Aara. Sampai lupa hal jodoh kahwin ni."
"Selagi Aara tak dapat jumpa ayah Aara, selagi tu hidup Aara rasa terumbang-ambing lagi Dr," senyum kelat Aryssa.
Pensyarahnya itu sedia maklum akan hal keluarga Aryssa.
"Aara pelik Dr, tiap bulan ada kiriman duit dari seseorang. Cuma Aara tak tahu tu dari siapa. Aara syak dari ayah. Tapi Aara tak pasti. Aara pun tak berani guna duit tu. Aara simpan je," luah Aryssa.
"Kenapa ayah lari? Ayah tak rindu ke dekat keluarga dia?" keluh Aryssa dan menolak pinggan yang sudah kosong itu.
Sayu hati wanita tua itu, melihat wajah dan mata berkaca Aara Aryssa. Lama dia mengenggam tangan halus milik gadis itu bagi menyalur sedikit semangat.
"You are so strong Aara. Saya yakin, Aara akan berjumpa balik dengan ayah Aara. Saya sebagai seorang ibu, dapat rasa, mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Trust me."
*****
Sibuk gadis tinggi lampai berbaju kebaya menyusun dokumen di dalam bilik mesyuarat. Selaku PA kepada Ku Adlee yang berwibawa, Fariha akan pastikan dokumen dan segala lampiran berkenaan mesyuarat tersebut berada di dalam keadaan teratur.
Mesyuarat bersama TESB akan bermula tepat pada pukul 11 pagi.
"Awalnya Tuan masuk meeting? Pukul 11 baru mula kan Tuan?" soal Fariha sambil mengerling jam di tangannya.
"I nak study sikit input meeting hari ni sebelum diorang sampai," jawab Ku Adlee mendatar.
Sedangkan hatinya sudah berdebar teruk gara-gara tahu akan berjumpa dengan Aryssa hari ini.
Teruja dia menunggu meeting hari ini setelah berjumpa dengan gadis itu dua minggu yang lepas.
Bukan dia tidak boleh Whatsapp Aryssa, nombor gadis itu elok sahaja tersemat di dalam contact listnya. Tapi dia masih tidak yakin. Lebih baik face to face dengan Aryssa dahulu.
Kedengaran suara Naim menegur Fariha yang sudah berada di meja kerjanya yang terletak di hadapan bilik pejabat Ku Adlee Raiz.
"Fariha, mana Tuan?" sambil kepalanya menjenguk ke dalam bilik pejabat Ku Adlee.
"Tuan dah turun ke bilik meeting. Nak study dia kata," jawab Fariha.
"Aik? Tak pernah-pernah. Selalunya sharp 11 pagi baru dia turun."
Fariha hanya menjungkit bahu tanda tiada jawapan.
Jam Tag Heuer Carrera di tangannya dikerling sekilas. 11.15 pagi. Sepi suasana di bilik mesyuarat menunggu Ku Adlee memulakan bicara. Ku Adlee mengeluh.
"Semua dah sampai ke?" tanya Ku Adlee.
"Sudah Tuan," serentak semua menjawab.
'Argh, mana kau Ryss!' bentak hati Ku Adlee.
Naim hanya diam memerhati. Ketara perubahan mood Ku Adlee yang awalnya tadi ceria, segar dan mesra.
Kali ini, riak beku seperti sebelum-sebelum ini kembali lagi di wajah sahabatnya itu.
Mesyuarat dimulakan dan berjalan seperti biasa. Ligat Ku Adlee berfikir cara untuk berjumpa dengan Aryssa dengan lebih kerap.
Tidak semena-mena senyum Ku Adlee tersungging di bibir.
'I have power right?' Getus hati Ku Adlee.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Roman d'amour1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...