🤍 BAB 63

9.1K 253 9
                                    

Riuh kondo mewah Ku Adlee dan Aryssa dengan kehadiran keluarga mereka. Ku Adlee sudah berniat mahu mengadakan majlis hari jadi buat isterinya. Niat asal mahu membawa isteri ke Switzerland untuk bercuti, tetapi memandangkan kandungan isterinya yang sudah menginjak ke 6 bulan, terpaksa niat itu ditangguh buat sementara waktu.

Lega Ku Adlee apabila kes mereka dengan Raja Emir dan Naim sudah selesai di mahkamah. Masing-masing telah dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Aara baby, duduk lah. Tak penat ke sayang?" tegur Ku Adlee. Dia yang letih melihat Aryssa dengan perut memboyotnya tidak sudah-sudah ulang alik dari ruang tamu ke dapur.

Sekejap-sekejap dia bawa pinggan kotor ke dapur. Degil betul!

"Aara lagi penat kalau duduk," Aryssa menjawab.

"Dah, dah. Pergi depan. Nanti majlis dah settle, abang cuci semua. Aara jangan risau." Memuncung bibir Aryssa mengikut langkah Ku Adlee ke hadapan.

"Umi, suruh Aara ni duduk kejap. Penat Lee tengok dia ke sana ke sini. Macam lipas!" rungut Ku Adlee. Mengecil mata Aryssa memandang suaminya yang sedang bercekak pinggang.

"Aara ni, perut dah besar gitu pun lasak lagi. Tak penat ke? Umi tengok pun penat," diusap perut anak perempuannya yang sudah duduk bersandar di sofa.

"Tak penat umi. Aara dah biasa..." jawab Aryssa.

"Badan kecik, perut dia bukan main lagi. Baru 6 bulan dah besar. Sihat betul baka Lee dalam ni," tegur Arian.

Tersengih Ku Adlee membuat muka angkuh.

"Anak Lee, kena lah gagah macam baba dia," balas Ku Adlee.

"Dah tengok jantina ke Aara?" tanya Kamilah.

"Dah mama, tapi Aara tak bagi doktor bagitahu. Dah lahir nanti baru surprise," jawab Aryssa sambil mengurut-urut pinggangnya yang terasa sengal.


"Assalamualaikum!" muncul Aihan dan Eleanor di muka pintu.

"Wa'alaikumussalam–" serentak semua menjawab.

"Lea!" Laju Aryssa bangun dari duduk dan meluru ke arah Eleanor.

"Lea, I miss you!"

"Miss you too Ryss! Rindunya dekat kau," mencebik Eleanor. Berpelukan mereka berdua dihalangi perut besar Aryssa.

"Kenapa lambat Han? Nasib makanan ada lagi tau," rungut Aryssa.

"Aku ada buat kelas tambahan dekat sekolah hari ni. Sorry," tersengih Aihan di sebelah Eleanor.

"Hmm, dah jom makan," Aryssa mengajak pasangan pengantin yang tidak berapa baru itu ke dalam rumah untuk menjamu selera.


Malam itu, selepas semua beransur pulang, laju Ku Adlee mengemas dapur rumah mereka. Sebelum keluarganya pulang pun, ada juga Raina dan Raisa membantu sedikit mencuci pinggan dan mengemas baki makanan untuk dibungkus.

Sementara Aryssa sedang mandi, bagai lipas kudung Ku Adlee mengemas dan mencuci pinggan.

Begitulah rutin mereka, Aryssa akan memasak, Ku Adlee akan mengemas dan membersih. Kadang-kala skill mengemas Ku Adlee lebih pro dari Aryssa. Habis segala kabinet, meja makan dan lantai licin berkilat dek kerja Ku Adlee.

Wangi habis satu rumah apabila Ku Adlee on mode mengemas.

Lenggang lenggok Aryssa dengan night gown hitamnya menuju ke dapur. Dipeluk tubuh Ku Adlee dari belakang.

"Thank you abang tolong Aara," Aryssa mencium belakang tubuh suaminya itu. Terasa jauh pelukannya pada Ku Adlee terhalang dek perutnya.

"Tugas abang sayang. Kenapa tak baring dekat bilik ni? Dah pukul 10. Aara kena tidur," tegur Ku Adlee.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now