🌼 BAB 6

8.3K 314 5
                                    

Tamat sudah peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar tingkatan 5. Masing-masing sibuk pula dengan proposal projek bagi subjek Teknologi Kejuruteraan.

Bermacam idea yang perlu diperah bagi setiap pelajar untuk menghasilkan kerja kayu yang berguna dan kreatif.

Sudah seminggu pelajar 5 Tangent berkampung setiap petang di bengkel kejuruteraan bagi menyiapkan projek kayu masing-masing. Riuh suasana di dalam bengkel dengan bermacam bunyi alatan tukang.

Khusyuk Aryssa membantu Haifa memasangkan roda pada almari yang direka oleh rakan baiknya itu.

"Fa, senget lah roda kau ni," tegur Aryssa.

"Mana? Aduh, senget teruk ni. Macam mana boleh tak perasan," keluh Haifa. Satu kerja pula nak kena buka semula roda ni.

"Kira okay lah senget-senget roda ni pun boleh repair. Kau punya otak senget, langsung tak boleh repair," perli Aryssa sambil membantu Haifa membuka semula roda senget bak tuan itu.

"Yih, kejam betul mulut kau kan Ryss. Kau sibuk tolong aku ni, kau punya rak dah siap belum?" tanya Haifa.

"Belum, kesian aku tengok kau tertonggeng-tonggeng pasang roda ni. Aku tolong lah kejap. Lepas ni tolong aku pulak okay?"

"Ceh, tolong ada makna rupanya," rajuk Haifa.


Selesai sahaja membetulkan roda Haifa, Aryssa kembali pada raknya yang masih belum siap.

Sibuk mengukur plywood di atas meja untuk digergaji sekejap lagi.

"Ryss, aku tolong kau pasangkan mana yang kau dah potong ni tau. Yang belum potong tu, aku tak boleh tolong la. Yang tu kena minta tolong budak lelaki. Circular saw cutter tu syeram lah aku nak guna," ujar Haifa.

"Tak apa, aku buat sendiri nanti," jawab Aryssa tidak memandang Haifa. Mata masih khusyuk mengukur sehingga Aryssa berpuas hati.

Laju langkahnya menuju ke meja terletaknya circular saw cutter di luar belakang bengkel.

Terhenti langkah Aryssa melihat Ku Adlee yang sedang menggunakan cutter itu.

"Kau nak guna?" tanya Ku Adlee. Aryssa mengangguk.

"Tak apa, aku letak plywood aku dekat sini dulu, nanti kalau kau dah siap, inform aku eh," pesan Aryssa.

"Bak sini biar aku tolong cut kan," pelawa Ku Adlee.

"Eh, tak apa lah Ad, aku boleh buat," balas Aryssa.

"Larat ke tu? Tangan kena kuat pegang kayu tu, kalau tak nanti terbabas. Bahaya."

"Err, kalau macam tu kau tunjukkan contoh. Nanti aku cuba buat sendiri," Aryssa berdegil.

"Come, tengok ni. Kau kena berdiri, jangan duduk macam aku. Pegang lebih kayu ni kuat-kuat, baru kau tekan on and ikut line yang kau dah buat ni. Kalau boleh, jangan stop separuh jalan. Nanti tak cantik," ajar Ku Adlee. Terangguk-angguk kepala Aryssa.

"Okay aku cuba."

Aryssa yang sudah berdiri di tepi cutter tersebut teragak-agak mahu mula memotong. Dah kenapa pula Ku Adlee ni tercangak kat sini. Serba tak kena tangan Aryssa mengadjust kayu di hadapannya.

Aryssa mula memotong, bergetar juga lah tangannya menahan kayu dari terbabas. Selesai sahaja memotong satu papan, Ku Adlee mengangguk kepala berpuas hati dan terus berlalu masuk ke dalam bengkel.

'Phew, nervous mak, nok,' Aryssa melepas nafas lega dan menyambung memotong papannya yang lain dengan tenang tanpa Ku Adlee memerhati.


LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now