🤍 BAB 62

9.1K 273 13
                                    

Lama Ku Adlee merenung wajah pucat Aryssa yang sedang tidur sambil mengelus lembut jemari isterinya. Tersenyum senget Ku Adlee.

Betul sangkaannya selama ini. Dia dapat rasa perbezaan emosi Aryssa yang aneh dari biasa. Isterinya sering menangis dan manja. Aryssa punya manja tu sampaikan dia dah lupa cara-cara dia nak bermanja dengan Aryssa pula.

Selalu dia yang mengendeng Aryssa, sejak sebulan dua ini, Aryssa pula yang asyik mahu menempel dengannya.

Diusap perut Aryssa lembut, masih tidak percaya ada nyawa baru yang dibawa isterinya.

Kedengaran pintu diketuk perlahan, terjengul kepala Sofiyah dan Arian.

"Lee, umi dengan ayah balik dulu ya. Lee tolong jagakan Aara ya..." pesan Sofiyah sambil mencium dahi dan pipi anak perempuannya.

"Baik umi. Lee ada je dekat sini sampai Aara sihat, Insyaallah," jawab Ku Adlee. Arian tersenyum dan menepuk-nepuk bahu Ku Adlee lembut sebelum berlalu keluar untuk pulang.

Sunyi kembali bilik wad VVIP itu. Tinggal Ilman dan Raifa sahaja di luar bilik. Sesekali datang inspektor polis berjumpa dengan mereka untuk bertanya tentang kes langgar lari Naim dan kes culik Raja Emir.

Remy yang asalnya kritikal di ICU juga sudah stabil dan dipindahkan ke hospital berdekatan tempat tinggalnya. Sibuk juga Fariha berulang alik hospital dan pejabat bagi menguruskan kerja-kerja Ku Adlee yang tertangguh.


"Abang–" Aryssa mencebik ingin menangis apabila melihat sosok tubuh suaminya yang sedang berdiri di tepi tingkap kaca melihat suasana malam di luar.

Laju Ku Adlee berpusing menghadap Aryssa.

"Aara baby..." dipeluk tubuh isterinya erat. Menggunung rasa rindu pada Aryssa. Dua hari Aryssa terlantar tidur. Sesekali sahaja Aryssa mengerang dan mengadu sakit kepala sebelum kembali tidur.

"Aara ingat Aara tak dapat tengok abang dah..." berkaca-kaca mata Aryssa menatap wajah Ku Adlee sambil tangannya mengusap lembut pipi suaminya itu.

"Abang dekat sini, abang tak tinggalkan Aara... Aara kena sihat cepat, boleh balik rumah kita okay?" Dikucup lembut dahi Aryssa.

"Abang, nak tidur dengan abang..." rayu Aryssa. Terangkat kening Ku Adlee.

"Mana muat sayang–"

"Muaaaaatttt..." mula berkaca kembali mata coklat Aryssa ingin menangis.

"Haa, okay okay abang baring sebelah Aara. Aara baring atas lengan abang," perlahan Ku Adlee naik ke atas katil itu. Nasib lah lebar sikit dari katil single. Boleh lah berhimpit dengan bini manja ni.

Setelah selesa masing-masing berbaring, Aryssa perasan akan balutan di lengan Ku Adlee.

"Tangan abang sakit?" soal Aryssa sambil mengusap balutan di lengan Ku Adlee.

"Tak sayang. Tengok Aara sakit, lagi abang sakit," mencebik Aryssa.

"Nasib muat katil ni untuk kita bertiga," ujar Ku Adlee perlahan.

"Hmm? Kita bertiga?" Terangkat kepala Aryssa memerhati sekitar katil.

'Apa yang bertiga?'

"Abang jangan buat cerita seram. Bertiga apanya?" berkerut dahi Aryssa menyoal. Tersenyum Ku Adlee mengusap perut Aryssa lembut.

"Kita bertiga. Abang, Aara dengan baby kita."

"Baby kita?" tanya Aryssa keliru.

"Anak kita. Akhirnya dah sampai. Tak payah abang praktis berenang. Dia dah sampai dah rupanya sayang," gurau Ku Adlee. Terkebil-kebil Aryssa memandang Ku Adlee yang sudah tersengih.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now