🤍 BAB 46

8.5K 262 8
                                    

Sesampai sahaja Ku Adlee dan Aryssa di mansion keluarga Ku Adlee, laju langkah kaki Aryssa keluar dari kereta dan berlari anak menuju ke arah ibu mertuanya yang sudah menanti ketibaan mereka di laman rumah.

"Mama! Assalamualaikum!" ceria Aryssa memberi salam dan mencium tangan Kamilah kemudian dipeluk wanita itu erat.

"Wa'alaikumussalam Aara sayang! Rindulah mama dekat menantu mama ni!" Dicubit-cubit pipi Aryssa geram.

"Amboi, lately ni memang dah tak excited jumpa anak sendiri ke? Sayang menantu lebih nampak?" rajuk Ku Adlee yang baru sahaja sampai ke arah mereka sambil membawa sekotak kek ditangan kiri.

"Jemu lah dengan Lee. 27 tahun hadap muka Lee. Nak hadap muka menantu mama lah pulak," sengaja Kamilah mengusik sambil mengusap kedua lengan Aryssa lembut.

"Dua bulan kahwin ni, nampak bahagia anak menantu mama. Sebab tu ke Aara nampak makin berisi ni?" komen Kamilah.

Nak tersedak Aryssa mendengar komen ibu mertuanya. Berkerut juga dahi Ku Adlee memandang mamanya dan Aryssa.

"Aara gemuk ke mama?" tanya Aryssa mencebik. Puas ditilik tubuh sendiri melihat bahagian mana yang berisi itu.

"Mana ada berisi mama. Sama je Lee tengok," jawab Ku Adlee membela isterinya.

"Iya lah, ada berisi sikit. Nampak lagi comel, makin cantik!" balas Kamilah mahu menang juga!

"Makin cantik tu iya lah. Tapi berisi tu tak pun mama. Lee peluk gomol dia hari-hari, sama je rasa," selamba Ku Adlee membalas.

Terbuntang biji mata Aryssa lalu menampar perlahan bahu Ku Adlee.

"Abang!" terjegil mata Aryssa memberi amaran pada Ku Adlee.

"Apa sayang? Betul lah. Abang rasa sama je badan sayang," tergelak-gelak Ku Adlee menambah. Sengaja mahu mengusik Aryssa yang sudah membahang wajahnya malu.

Terlepas tawa Kamilah melihat Aryssa sudah bagai cacing kepanasan menahan malu.

"Dah kahwin, tak apalah nak gomol-gomol. Mama okay je. Cepat sikit mama dapat cucu dari korang berdua," usik Kamilah lagi.

Aryssa sudah tersengih malu seraya menarik lengan Kamilah untuk masuk ke dalam rumah. Sembang kari sampai esok pun belum tentu habis. Mahunya berpacak khemah dekat luar rumah ni.


*****


Ceria suasana rumah agam Kamilah dihiasi belon-belon dan banner bertulis 'Welcome Home Ku Aira Raifa!' di ruang makan.

Masing-masing menanti kepulangan Raifa yang dijemput oleh Pak Nik dari lapangan terbang petang tadi. Keluarga Mak Long dan Mak Ngah kepada Ku Adlee juga dijemput Kamilah bagi memeriahkan majlis makan mereka. Sempat juga Aryssa berbual dan berkenalan dengan sepupu Ku Adlee.

Saat kaki Raifa melangkah masuk ke dalam rumah, terkedu seketika gadis itu apabila seluruh ahli keluarganya sudah berada di ruang tamu.

"Welcome home Kak Rai!" jerit si kembar Raina dan Raisa. Berpeluk mereka bertiga di tengah-tengah ruang tamu. Kemudian dipeluk Kamilah lama oleh Raifa. Sibuk gadis itu bersalam dengan sepupu dan makcik-makciknya.

Akhir sekali baru langkah Raifa menuju ke arah abangnya Ku Adlee. Tetapi, seperti yang dijangka, Aryssa tetap Raifa buat seperti tidak wujud. Ku Adlee ingin menegur Raifa yang tidak menyambut salam Aryssa, tapi pantas tangan Aryssa memaut lengan Ku Adlee dan menggelengkan kepalanya.

"Tak apa abang. Aara okay je," senyum Aryssa.

"Abang kena tegur jugak dia Aara. Makin lama makin kurang ajar pulak dia dengan Aara," bidas Ku Adlee.

"Okay, up to you. But not now ya abang... bukan depan semua orang ni," bisik Aryssa lembut. Cuba memujuk Ku Adlee yang jelas bengang dengan tindakan adiknya yang terus berlalu tanpa menghiraukan Aryssa.


Di meja makan, ramai yang memuji kek Victoria Sandwich yang dibuat Aryssa di rumah sebelum datang ke mansion.

"Pandainya wife you baking Lee," puji Kaisara sepupu kepada Ku Adlee. Ku Adlee tersenyum bangga kerana air tangan isterinya dipuji semua orang.

"Untung kau Lee. Dah lah Aara cantik, comel, lembut, pandai buat kek. Kalau Aara single, dah lama aku suruh Mak Ngah masuk meminang." Kairi mengenyit mata pada Aryssa dengan senyuman sinis.

Terkedu Aryssa dibuatnya. Ditoleh wajah Ku Adlee di sebelah yang sudah berubah tegang. Mencerlung tajam mata Ku Adlee ke arah Kairi sepupu suaminya itu.

"Apa cakap macam tu Kairi. Tak baik pertikai jodoh Lee dengan Aara. Apa jadi pun, tertulis dah jodoh diorang berdua. Bukan dengan orang lain," Kamilah bersuara tidak puas hati. Perasan akan riak wajah anak lelakinya yang sudah tegang menahan marah.

Yang lain terus diam mendengar bebelan Kamilah. Mak Ngah Kairiah cuba meredakan keadaan. Dijeling anak lelakinya Kairi yang bermulut miskin insuran itu.

"Sorry Lee, Kairi tak maksudkan tu. Dia gurau je," ujar Mak Ngah Kairiah.

"Kai tak bergurau ibu. Datang dari hati Kai," balas Kairi tanpa segan silu. Berdenting kedengaran bunyi garfu di pinggan Ku Adlee. Aryssa mengusap lembut peha suaminya bagi meredakan amarah lelaki itu.

"Aara dengan Lee dah dua bulan kahwin kan?" Mak Ngah Kairiah cuba menukar topik sebelum ada periuk api meletup.

Berdebar hati tuanya melihat telinga Ku Adlee yang sudah memerah menahan marah pada Kairi. Mereka berdua dari kecil memang tidak sebulu. Ada sahaja benda yang boleh buat bertengkar.

"Err, ya mak ngah. Dua bulan dah Alhamdulillah," jawab Aryssa mesra.

"Kamu tak ada lekat baby lagi ke Aara?" soal Mak Long Katijah.

Terkelu lidah Aryssa ingin menjawab. Oh, begini rupanya rasa di asak soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. Selalu dia lihat di kaca TV sahaja dilema wanita-wanita yang baru berkahwin. Diasak soal anak.

"Belum lagi mak long. Belum rezeki lagi," jawab Aryssa perlahan.

"Kaisara ni baru kahwin bulan lepas, tu dah bunting pelamin dia," ujar Mak Long Katijah. Aryssa hanya mengangguk tersenyum dan mengucap tahniah pada Kaisara.

"Kalau Kaisara kahwin dengan Lee dulu, cepat lah kau dapat cucu Acu," bicara Mak Long Katijah pada adik bongsunya, Kamilah.

Terpempan Kamilah ditempat duduknya. Mata terus terarah pada Aryssa yang sudah berkerut dahi memandang ke arah kakaknya Katijah.

"Mak long cakap apa ni?!" Ku Adlee sudah mula berdiri menatap wajah Mak Long Katijah dengan riak tidak berpuas hati.

"Betul lah Mak Long cakap... Kalau... tapi dah Lee tak mahu dengan Kaisara, terima lah bini yang entah-entah tak berapa subur tu," ujar Mak Long Katijah sinis.

"Kak Long! Astaghfirullahal'azim. Apa kak long cakap ni? Cakap macam orang tak ada pegangan agama!" berang Kamilah merenung tajam ke arah kakak sulungnya itu.

"Kitorang baru kahwin dua bulan mak long. Lee nak hidup dengan isteri Lee untuk selama-lamanya. Banyak lagi masa Lee dengan Aara. Kahwin tu banyak lagi definisi dia mak long. Bukan takat buat anak je. Fikiran jangan sempit sangat. Lee tak suka mak long perkecilkan isteri Lee!" tinggi nada suara Ku Adlee membidas Mak Long Katijah.

Raina, Raisa dan Raifa sudah menunduk ketakutan. Jarang sekali mereka melihat sisi garang abang sulung mereka di depan mata.

Menggigil tangan Aryssa cuba menahan sebak apabila dirinya menjadi topik pergaduhan keluarga ini malam ini. Dicapai tangan Ku Adlee menyuruh suaminya kembali duduk dan bertenang.

Ku Adlee tersedar apabila tangannya dipegang lembut oleh jemari Aryssa yang sudah kesejukan. Kembali Ku Adlee duduk dan mengelus jemari halus Aryssa dan mencium dengan penuh perasaan.

"It's okay abang. Please calm down," rayu Aryssa. Berkaca matanya menahan air mata dari jatuh ke pipi.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now